12 ~

85 7 0
                                    

Restaurant hotel Amerin menjadi tempat blind datenya kali ini. Seperti biasa dia hanya mengikuti apa sahaja yang dikatakan mummy tercinta. Dan sudah pasti semudah itu akan dia tolak dengan jayanya. Buat masa ni tiada siapa lagi boleh membuka hatinya yang sudah mati. Tiada siapa.

Lima minit menunggu, baru bayang si wanita muncul. Hanya berpakaian kasual tapi tetap nampak elegant di pandangan mata lelakinya. Senang cerita sedap mata memandang. Cantik sudah semestinya. Nama pun pilihan Puan Sri Faezah Hani. Tak mungkin wanita itu memilih yang biasa-biasa.

"You are late 5min." Aisy bersuara apabila wanita itu sudah duduk dihadapan matanya. Terpancar riak kerisauan di wajah itu.

"Sorry, jalan jem." Jawab wanita itu.

"Whatever."

"Oh by the way I Farisha. You Aisy kan? Mama dah bagitau pasal you sebelum ni." Farisha cuba mencari topik untuk dibualkan. Bukan apa melihat reaksi lelaki ini cukup menerangkan yang lelaki ini tidak berminat langsung dengan pertemuan harini.

"Apa yang mama you cakap tu?" Aisy memandang tepat kearah mata wanita itu. Tidak semena-mena jantung wanita itu berubah rentak dengan sendirinya.

Farisha berdeham kecil sebelum menjawab untuk menutup rasa di dalam hati.

"Ha mama I cakap you anak Puan Sri Ezah. Tengah cari calon untuk bakal isteri you, Sebabtu I ada depan mata you sebagai calon." Terangnya.

"Kenapa you setuju untuk jumpa I?"

"Sebab I nak tengok dengan mata I sendiri you macam mana."

"Kita pernah kenal ke?"

"No. Tapi dah banyak rumour yang keluar tentang you."

"Like what?"

"You tak suka perempuan?"

"Excuse me?" Aisy gelak sinis. Siapa yang dah sebarkan perkara mengarut macam ni?

"You tak suka perempuan?" Sekali lagi soalan itu bergema membuatkan tawa Aisy agak kuat membuatkan mereka menjadi perhatian buat seketika.

"So what's your opinion about me? Do I look like not interested?" Soalan berbalik semula. Farisha diam seketika. Seakan cuba untuk menganalis.

"You're sure cold to me. But I think you're normal." Farisha kerut dahi setelah memberi jawapannya. Seakan tidak yakin.

"You are so good at judging. Good job." Aisy senyum meleret membuatkan hati wanitanya sedikit tertarik. Farisha senyum sekilas.

"So you're okay with me?" Walaupun hatinya gugup, tetap soalan itu keluar daripada mulutnya.

"Means?"

"Should we meet again?" Gugup.

Lama Aisy diam. Membuatkan wanita itu tidak senang duduk.

"Should we?" Soalan daripada Aisy membuatkan Farisha kerut dahi. Tanda tanya.

📌

Tempat pertemuan pertama adalah tempat yang paling terbaik buatnya. Tempat yang paling tenang lagi menyenangkan. Walaupun hatinya sakit, marah tetapi entah kenapa tempat itu selalu terlihat menyenangkan. Mengenangkan kembali pertemuan pertama kami sudah cukup membuatkannya tersenyum.

Kenapa? Dia sendiri tidak pasti. Dia tahu perasaan itu itu seharusnya wujud di dalam hati. Tiga tahun. Tiga tahun dia melalui fasa yang sangat menyedihkan di dalam hidupnya. Puas dia membenci wanita itu, tapi tidak sekalipun perasaan benci mekar di dalam hati namun yang ada cuma perasaan rindu dan sayang yang semakin tidak berpenghujung sehingga...

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now