23 ~

84 5 0
                                    

Akhirnya hari ini tiba juga. Hari di mana aku akan menjadi isteri kepada seorang lelaki yang bernama Tengku Aisy Zulfan. Lelaki yang dahulunya pernah aku serahkan hati padanya. Dulu. Sekarang aku mungkin hanya sebuah luka di dalam hati lelaki itu.

Aku memandang lelaki yang bakal aku kahwini sebentar lagi. Lelaki itu hanya memakai sepasang baju Melayu lengkap bewarna putih bersampin dan songkok hitam. Walaupun simple tetapi tetap nampak kacak. Bukan sahaja dimata aku tetapi juga di mata semua orang yang berada di situ.

Jantung aku semakin berdebar hebat apabila lelaki itu sudah bersedia untuk menyalam tok kadi.

"Aku terima nikah Balqis binti Rizman dengan mas kahwinnya sebanyak RM100 tunai." Sekali lafaz.

Dengan ini maka sah la aku menjadi isterinya. Entah kenapa hatiku tiba-tiba terasa lapang. Perasaan sedih jangan kata, memang dah menangis dah sekarang ni. Nasib baik ada mama yang sentiasa menemani aku di sebelah. Jadi dapatlah mengurangkan rasa sedih di hati.

Siap sahaja semua prosedur di pejabat kadi, kami berkumpul berdekatan kereta masing-masing. Masa untuk aku berpisah dengan mama ayah dan mengikut suami.

Sedih! Entah apa jadi dengan nasib aku selepas ini.

"Bila keluarga kamu balik dari luar negara tu?" Mama bersuara. Dalam hati aku mencebik. Luar negara sangat! Kalau dia tahu anak dia kahwin dengan aku, tak mungkin lelaki ini akan jadi suami aku sekarang.

"Tak tahu lagi. Tadi sebelum datang sini sempat telefon. Katanya flight delay lagi." Aisy.

"Iyeke? Tak apalah kalau macam tu." Mama.

"Tahniah!" Sergahan seseorang membuatkan aku mengundur sedikit ke belakang. Terkejut eh tiba-tiba sergah macam tu.

Aku memandang kearah manusia yang menyergah. Kecil besar kecil besar aku pandang. Dia macam kenal, tapi macam dah lupa. Siapa iye?

"Lupa dah ke? Saya Taufiq, kawan suami awak tu. Kita pernah jumpa dulu masa korang bercinta." Taufiq sengih lebar.

Seminit... dua minit...

"Oh awak."

"Iye saya la tu. Tahniah akhirnya dapat juga kahwin dengan bekas kekasih awak."

"Errr perli ke macam mana?" Aku kerut dahi. Macam tak sedap di dengar ayat itu di telinga aku.

"Eh bukan. Saya memang maksudkan. Okay lah tu awak kahwin dengan dia. Dapatlah buka minda dia sikit nanti."

"Ha?" Makin berkerut dahi dibuatnya.

"Saya kenal Aisy dah lama. Walaupun saya tak tahu apa motif dia buat macam ni, tapi saya harap hubungan awak berdua berkekalan sampai akhir hayat. Dia memang nampak keras kepala tapi hati dia baik. Saya rasa awak pun tahu tentang tu."Perlahan tapi cukup untuk didengar oleh aku.

Bahagia? Dia harapkan aku bahagia dengan kawan dia? Mungkin dia tengah bermimpi di siang hari. Dia tak tahu ke impian kawan dia tu nak tengok aku merana?

"Tolong jaga Aisy baik-baik iye?" Pesanan khidmat masyarakat diberikan kepadaku.

"Tu pun kalau dia bagi saya jaga dia." Sarkastik. Hasilnya tawa Taufiq pecah membuatkan kami menjadi perhatian. Aku buat muka biasa. Walaupun ulu hati dah kecut apabila melihat mata helang Aisy kini tepat memandang kearahku.

Kawan dia yang gelak, aku yang kena mata helang dia. Tak adil betul.

📌

"Apa yang bahagia sangat tadi?" Aisy bersuara setelah kami berada di dalam satu kereta. Hanya kami berdua. Sudah semestinya perasaan canggung menerpa. Kalau dahulu status kami hanya sebagai bekas kekasih, tapi kalini sebagai suami isteri. Mau tak lain aku rasa.

"Tak ada apa pun." Jawabku

"Taufiq cakap apa?" Aisy masih lagi tidak puas hati dengan jawapan aku.

"Tak ada apalah." Malas layan. Menyampah pula bila dengar soalan sama.

"Aku tanya ni Balqis. Jawab jelah. Apa yang kau nak sorok sangat? Ke kau dah ada niat nak curang dengan aku?"

"Dia suruh saya jaga awak baik-baik. Puas hati?" Aku buat muka.

"Tak payah jaga. Aku pandai jaga diri sendiri." Aisy

"Memang tak nak jaga pun." Jawabku laju.

Haih la tak sampai sehari aku jadi isteri dia dah buat dosa sebab tinggi suara dengan suami. Macam mana lah aku nak hadap dia hari-hari nanti.

Kami diam.

Sepuluh minit kemudian, Aisy memberhentikan kereta betul-betul di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat yang berada di corner lot. Besar juga. Tengok laman pun dah tahu. Rumah dia ke?

Aku mengikut langkah Aisy memasuki rumah itu. Dan seperti jangkaan aku memang besar. Walaupun perabot sudah tersusun cantik, tetap ada ruang kosong yang besar. Cantik.

"Mulai harini kau dan aku akan duduk dalam rumah ni." Aisy

Aku diam. Nak jawab apa lagi kan?

"Bila aku cakap kau pun duduk sini tak bermaksud kau boleh berseronok dalam rumah ni tak buat apa-apa. Segala kerja dalam rumah ni aku nak kau buat. Kemas rumah, basuh baju, masak dan lain-lain."

'Wah dah macam maid lah gitu. Senang betul hidup dia terus upah wife jadi maid.'

"Masak?" Aku kerut dahi.

"Iye masak. Kenapa? Takkan tak tahu?"

'Mestilah tak! Masak maggi aku tahulah. Masak nasi pun kadang-kadang fail.' Gumamku dalam hati.

"Jangan cakap kau memang tak tahu?" Aisy sambung lagi apabila aku diam membisu.

"Tau. Awak cakap je nak masak apa. Kari, tomyam, sup ke asam laksa. Cakap je saya boleh masak." Yakin!

"Maggi aku pun tahu masak."

'Alamak tau pulak!'

"Semua kerja rumah saya boleh buat. Tapi kalau masak saya minta maaf awal-awal. Saya memang fail."

Aisy diam. Tak sangka mungkin. Tak pun menyesal sebab kahwin dengan aku. Dah la menyakitkan hati, tak berguna pula tu.

"Belajar. Macam mana kau belajar aku tak nak ambil tahu. Yang aku nak setiap kali aku balik sini, makanan dah ada depan mata."

Aku telan liur. Aduh! Memang kena masak ke?

"Kalau tak ada?"

"Kalau berani buatlah!" Segera aku menunduk. Tak sanggup rasanya nak bertentang mata dengan lelaki itu.

"Lagi satu, jangan sesekali campur urusan peribadi aku. Even aku akan berkahwin perempuan lain sekalipun. My business is mine and your's is also mine."

"Mana aci!" Tanpa sedar aku membantah. Laju aku menutup mulut setelah mata kami bersambung.

"Aku tak minta pendapat kau pun. Dan selalu ingat ayat ni, derita kau bahagia aku."

Aku menunduk. Entah kenapa hati aku sedih bila mendengar ayat itu.

"Tapi saya ada sesuatu nak bagitau awak."

"Apa dia?"

"Awak tahu kan saya kat Melaka tu kerja. Saya tak nak berhenti kerja sebab kita dah kahwin. Lagipun saya tak tahu berapa lama lagi saya boleh jadi isteri awak."

Aisy diam buat seketika.

"Balik rumah ni every weekend dan cuti sekolah. Wajib!"

"Tapi saya nak balik kampung jugak."

"Kau ingat aku kejam sangat ke tak bagi kau balik kampung? Kita balik sekali la. Kalau kau balik sorang, apa yang mama dengan ayah akan cakap nanti?"

Aku diam lagi. Tahu pula nak jaga air muka sendiri. Dasar hipokrit.

"Ada apa-apa lagi?"

Aku menggeleng perlahan.

'Kalau aku request belum tentu kau akan dengar Aisy!'

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now