22 ~

85 5 0
                                    

"Balqis! Kenapa tak cakap dengan aku kau nak kahwin?" Tanpa salam, Sarah terus menghambur soalan setelah aku menjawab panggilannya. Sarah Arisah, sahabat aku sejak zaman persekolahan lagi. Aku, Sarah dan Hafiy memang jarang berenggang sewaktu di zaman persekolahan sehingga dipanggil tiga Trio. Sentiasa bersama.

Tetapi sejak Sarah berpindah ke Kelantan mengikut keluarganya, dengan Hafiy sahaja tempat aku meluahkan semua rasa. Sebabtu aku sangat hargai persahabatan aku dan dia juga Sarah. Walaupun kami berpisah tempat, ada sosial media menjadi penemu.

"Hafiy bagitau ke?"

"Ha la. Kalau dia tak cakap, sampai kau beranak pinak pun aku tak tahu tau!" Suaranya jelas tidak puas hati.

"Sorrylah. Aku pun tak buat majlis. Kahwin dekat pejabat kadi je."

"Pejabat kadi pun aku ni kawan kau tau. Sedih aku kau tak jemput." Suara Sarah agak berjauh hati.

"Sarah sorrylah. Aku tak ada niat pun nak belakangkan kau. Aku cuma..." Aku diam. Aku tak kahwin macam orang lain. Terpaksa atau dipaksa pun aku tak tahu.

"Hmm iye tau. Kau kahwin dengan lelaki itu. First time dengar terperanjat aku tau tak. Tapi aku tahu kau mesti ada sebab yang tersendiri dan aku tak boleh nak judge apa-apa. Tapi yang aku musykil, kau akan okay ke?" Soalan Sarah membuatkan aku terdiam sekali lagi.

Aku akan okay ke?

"You still have time to back off. Jangan paksa diri kau untuk terima sesuatu di luar kemampuan kau. Kita orang tahu betapa susahnya kau nak lupakan semua yang terjadi dulu. Kahwin ni lain tau dengan bercinta."

"Hafiy ke yang suruh kau bagi khidmat nasihat dekat aku ni?" Aku ketawa kecil. Menutup gundah di hati.

"Haah. Tapi kalau mamat tu tak suruh pun aku akan cakap juga. Sebab ni berkaitan dengan hidup kau. Aku nak kau bahagia. Hafiy nak kau bahagia." Aku senyum sekilas.

"Iye tau. Korang nak aku bahagia. Doakan aku tau." Hanya itu sahaja yang boleh aku balas.

"Kau kalau dah buat keputusan memang susah nak patah balik kan?" Terasa aura annoying nya pada aku. Aku ketawa kecil.

"Aku dah janji. Keluarga aku dah berharap. Jadi aku cuma mampu ikut je. Bahagia atau tak tu hanya Tuhan je yang tahu. Walaupun jauh daripada sudut hati, aku inginkan kebahagiaan."

"Iyelah. Janji dengan aku...."

"Iye, aku akan bagitau kau dengan Hafiy kalau aku tak boleh nak handle sorang-sorang. Tau." Pintasku laju. Dia dengan Hafiy sama je perangai.

"Tau pun. Kau tak bagitau siap eh! Memang aku cincang mamat tu kalau dia berani buat kau sedih." Aku ketawa mengekek. Lega sikit hati dengar lawak tak berapa nak menjadi itu.

📌

"Dah ready ke nak jadi suami orang?" Perli Taufiq bersahaja.

"Apahal kau?"

"Iyelah, kau kan nak jadi suami nanti. Dah bersedia ke nak pikul tanggungjawab nanti?" Sambung Taufiq.

"Itu hal aku. Pandailah aku fikir." Jawab Aisy

"Kau betul-betul nak teruskan ke semua ni? Tak rasa serba salah ke?" Taufiq

"Kenapa nak rasa serba salah? Kahwin kot. Kan benda baik."

"Niat tak menghalalkan cara bro."

"Kau tak bosan ke bagi ceramah kat aku? Aku tahu lah apa yang aku buat." Menyampah.

"Aku tegur sebab aku nak kau sedar diri."

"Ni hidup aku Fiq. Kau urus jelah hidup kau sendiri okay." Taufiq angkat bahu. Nampaknya hati sahabatnya memang keras. Batu pun boleh hancur bila orang duk ketuk hari-hari. Dia ni tak tahu lah batu jenis apa. Batu belah batu bertangkup agaknya!

"Hai Aisy!" Tak payah pandang. Tau dah. Siapa lagi kalau calon pilihan mummy, Farisha.

"You buat apa kat sini?" Aisy bertanya malas. Buat-buat sibuk bersihkan kawasan sekitar mesin kopi.

"Jumpa you lah. Lama tak jumpa. I datang rumah mummy you pun, you tak ada." Keluhnya.

"Tu namanya I tak nak jumpa you. Tu pun tak faham ke? Otak letak lutut ke?" Hasilnya tawa Taufiq terhambur. Agak kuat membuatkan dua pasang mata memandang kearahnya. Diam-diam curi dengar.

"Aisy apa cakap macam tu. I datang baik-baik nak jumpa you kat sini. Macam ni you layan I?"

"Dah ke?" Aisy

"Dah apa?" Farisha kerut dahi.

"Dah habis cakap? Kalau dah habis sila pergi. Kalau tak tahu pintu kat mana I boleh tolong tunjukkan." Aisy. Suaranya masih bersahaja.

"Aisy!" Suaranya naik seoktaf. Tidak puas hati dilayan sebegitu.

"I busy ni. Kalau tak boleh jadi orang baik sekurang-kurangnya jangan jadi beban." Aisy.

Farisha jeling tajam. Rasa dirinya dipijak-pijak. Berani betul lelaki itu memandang rendah kearahnya.

'Tengoklah! Memang aku buat sampai kau jadi hak milik aku nanti.' Gumamnya di dalam hati.

"Baliklah. Makin lama kau kat sini, makin banyak ayat yang kau tak nak dengar keluar. Ni nasihat aku sebagai kawan dia." Taufiq menyampuk.

"You jangan ingat I akan berhenti kat sini je okay? I akan pastikan you jadi milik I. Ingat tu Aisy." Sempat wanita itu memberikan pesanan khidmat masyarakat kepada Aisy sebelum berlalu.

"Kau dengan dia memang sesuai. Macam pinang dibelah tujuh." Sarkastik Taufiq bersuara sambil senyum sumbing.

"Kau pun otak letak kat lutut ke?"

Taufiq gelak kuat.

"Oh tidak! Otak aku masih selamat dekat kepala. Sebabtu aku masih boleh fikir mana betul mana salah." Sempat Taufiq memerli sahabatnya.

"Sudah lah. Malas aku layan kau." Aisy terus berlalu meninggalkan kaunter. Daripada melayan Taufiq, baik buat paperwork.

📌

Termenung ku sendiri,
Memendam rindu tidak menentu.
Kasih suci murni yang kita bina.
Hapus hancur oleh kata fitnah.

Aku mengeluh lagi. Entah kali ke berapa pun tidak pasti. Kalau lah dulu aku dengan dia berkahwin, mungkin akan menjadi hari bahagia kami. Tapi kalau sekarang, mungkin akan jadi hari derita aku. Bukan tak suka, bukan tak nak terima kenyataan. Tapi aku sedar diri yang aku bukan sesiapa.

Kalaulah aku bagitau apa yang dah jadi empat tahun lepas. Agak-agak akan berubah ke persepsi dia pada aku. Masih memendam rasa ke dia ataupun dia rela hati untuk lepaskan aku demi keluarganya.

Patut ke aku bagitau semua?

'Tapi dah terlambat Balqis. Dia tak akan percaya. Mungkin tahap kebencian dia pada kau akan bertambah. Terangkan apa yang jadi bukan jalannya. Biarlah kau sendiri yang tahu. Dia tak perlu tahu.' Aku bermonolog sendiri di dalam hati.

Siling putih dipandang lama. Kosong. Tapi fikiran berat. Rasa nak pecah kepala. Nak menangis, nak meraung semua ada.

Menyesal dengan keputusan sendiri? Semestinya. Tapi aku sendiri tak tahu kenapa aku tak nak batalkan semua ni. Kenapa aku tak nak bangkang cadangan ini di hadapan mama dan ayah dan aku pun tak tahu kenapa sampai sekarang aku hanya menerima.

Sayang. Tidak dinafikan, aku masih sayangkan lelaki itu. Cinta aku pada dia terlalu kuat sehingga aku tak boleh menolak apa yang jadi. Tidak kisah dengan kehidupan yang mendatang asalkan aku ada dengan dia. Tidak kisah dengan kebencian lelaki itu asalkan aku boleh bersama semula dengan dia. Tidak mahu lagi aku kehilangan lelaki itu semula. Bodohkah aku? Tamak ke aku sebagai seorang manusia?

Kau Yang Ku Pilih Место, где живут истории. Откройте их для себя