42 ~

101 4 0
                                    

Pulang sahaja daripada sekolah, aku terus menuju ke pasaraya untuk membeli bahan masakan harini. Sejak aku berkahwin dengan Aisy entah kenapa aku lagi suka memasak daripada makan maggi setiap hari. Hana pun pelik dengan kejadian baru aku ni. Walaupun tak berapa nak sedap, tapi boleh la masuk tekak. Hana pun tak cakap apa-apa dengan masakan aku dan dia telan je apa yang aku masak. Dia kata tak kisah rasa apa yang penting orang yang masakkan.

"Hai Balqis!" Sapaan mengejut daripada seseorang membuatkan aku sedikit terkujat. Kepala berpaling kearah suara yang menyapa daripada belakang.

Hayrul.

Aku terus berlalu tanpa menendahkan lelaki itu. Nak apa pun tak tahulah. Dah elok dah tak muncul dulu ni dah kenapa pula rajin tunjuk muka depan aku. Tak sedap hati betul aku lah.

"Janganlah abaikan saya Balqis." Hayrul menghalangku daripada terus melangkah.

"Awak nak apa ni?" Aku bertanya malas.

"Ada masa tak? Jom keluar minum. Saya belanja." Ujar lelaki itu dengan senyuman lebarnya.

"Saya sibuk." Sepatah.

"Please. Sekejap je. Tak lama. Saya ada benda nak cakap dengan awak."

"But I don't. Just go." Aku baru sahaja aku hendak melangkah, troli aku ditahan sekali lagi.

"Saya tahu rahsia perkahwinan awak."

"What?" Aku kerut dahi.

"Perkahwinan awak dengan lelaki itu bukan atas dasar cinta kan?" Aku diam.

"Cinta boleh dipupuk lepas kahwin. Dan sekarang saya bahagia. Puas?" Hayrul gelak kecil.

"Are you sure? So apa yang saya nampak ni? Boleh awak jelaskan?" Aku terkedu. Terkesima dengan apa yang dilihat di skrin telefon itu.

Kenapa? Kenapa aku sedih? Bukan ke aku redho kalau Aisy ada wanita lain?

Tapi itu tidak bermaksud dia boleh peluk perempuan yang bukan mahram dia. Aisy tak macam tu dulu. Dia sangat hormat dengan orang sekeliling dia terutama pada wanita. Tapi kenapa...?

'People change.'

"Tunggu saya habis beli barang. Nanti jumpa dekat KFC je." Terangku sebelum berlalu. Kalini lelaki itu tidak menahan lagi.

📌

"Mana awak jumpa gambar tu?" Aku bersuara setelah kami bersua muka seperti yang dijanjikan.

"Mata saya jadi saksi benda ni terjadi." Hayrul. Aku menunduk memandang lantai.

"Siapa je tahu tentang gambar tu?"

"Tak ada siapa." Aku mengagguk mengiyakan.

"Good. Sekarang awak dah jumpa saya, jadi boleh padam."

"Awak tak marah?"

"About what?"

"Your husband cheat on you." Aku diam. Tak marah? Orang gila pun tahu marah kalau ada orang ambil hak dia. Ini pula aku. Manusia normal. Tak mungkin aku tak marah. Tapi aku dah janji dengan dia yang aku tak akan masuk campur dalam apa-apa urusan melibatkan diri lelaki itu. Jadi aku tak patut luahkan apa yang aku rasa sekarang.

'Act like a wife girl. No matter what the reason is, just seduce him. Make him yours!' Suara Sarah terngiang-ngiang di benakku secara tiba-tiba.

'Make him yours!' Berulang-ulang ayat itu di kotak fikiranku.

Aku tak mungkin mampu untuk buat dia jadi milik aku Sarah. Tak mungkin.

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now