19 ~

81 5 0
                                    

Terkedu. Tergamam. Semua menjadi satu setelah melihat gambar yang ditunjukkan mama dan ayah. Wajah tua mereka aku pandang satu persatu. Sudah pasti kecewa. Namun tetap juga berdiam diri dan menunggu jawapan daripadaku.

"Siapa yang hantar gambar ni pada mama?" Aku bertanya perlahan.

"Siapa yang hantar tak penting. Yang penting sekarang betul ke tu adik?" Ayah bersuara. Walaupun perlahan tapi cukup tegas di pendengaranku.

Aku telan liur.

"Be...tul." Gagap aku menjawab. Mama terduduk, ayah pula menunduk memandang lantai. Jelas kecewa dengan apa yang berlaku.

"Tapi apa yang jadi tak sama dengan apa yang mama dengan ayah fikir." Laju aku bersuara. Benda betul. Memang tak ada apa-apa jadi antara kami. Cuma...

Adengan Aisy memeluk aku terimbau semula di ingatan. Namun segera aku menggeleng. Ni bukan masanya nak ingat semua benda tu.

"Siapa lelaki tu? Adik kenal?" Ayah bersuara lagi.

"Adik ayah tanya ni." Suara ayah naik satu oktaf apabila aku berdiam diri.

Perlahan-lahan aku mengangguk.

"Panggil dia datang sini. Ayah nak dengar daripada mulut dia sendiri." Aku ternganga. No! Tak boleh. Punca masalah ni aku yakin daripada dia. Bila dia datang bermaksud akan keruhkan lagi keadaan.

'Aku nak kau kahwin dengan aku. I will torture you for the rest of your life. Takkan ada perasaan bahagia dalam hidup kau. Langsung!' Bergema ayat itu di telingaku. Meremang segala bulu roma bila ingat balik.

Aku yakin dia yang hantar gambar ni pada keluargaku.

Tapi sanggup kan dia buat aku macam ni semata-mata nak balas dendam? Sumpah aku sedih gila dengan lelaki itu sekarang. Dia bukan Aisy yang aku kenal dulu. Dia sepenuhnya orang lain!

"Dengar tak ayah cakap apa?"

"Tapi..." Aku teragak-agak.

"Now!" Penuh autoriti membuatkan aku kecut perut. Ayah kalau dah marah, nak cakap sepatah pun aku takut. Akhirnya aku ikutkan saja permintaan ayah. Apa nak jadi lepasni, mungkin aku patut redha.

Nombor Aisy di dail. Sekali deringan sahaja panggilannya terus disambut. Nampak sangat dia tengah tunggu aku telefon.

"Congratulations Tengku Aisy Zulfan. Your plan to make me tormented nicely succeed." Hambar.

"Ha?" Aku senyum sinis.

"Datang rumah saya, ayah dengan mama nak jumpa." Tanpa menunggu balasan daripada si pemanggil, aku bersuara.

"Excuse me?"

"Tak payah pura-pura tak tahu. Saya dah hantar location. Bye."

📌

"Adik telefon ke tak?" Mama bersuara apabila tiada sesiapa yang tiba setelah satu jam setengah menunggu.

Aku mengangguk perlahan.

"Dia orang mana? Melaka?" Mama

"Sini."

"Tak sampai-sampai?" Mama kerut dahi.

"Ke dia lari lepas dengar kami nak jumpa?" Mama sambung bicara apabila aku masih berdiam diri.

'Tak mungkin dia lari ma, ni semua rancangan dia.' Rintihku di dalam hati.

Belum sempat mama bersuara, kedengaran loceng rumah berbunyi. Aku telan liur. Entah kenapa dada ku berdetak laju daripada biasa. Gementar ke aku? Atau takut? Takut lelaki itu menambah cerita yang tidak sepatutnya.

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now