48 ~

115 4 0
                                    

"Qis aku tanya ni. Kau okay ke dengan semua ni?" Sekali lagi Hafiy bertanya apabila tiada jawapan daripadaku.

"Tak. Aku tak okay." Airmataku bergenang kembali apabila Aisy menjadi topik perbualan kami. Namun segera aku seka agar tidak menjadi-jadi seperti tadi. Aku bukanlah seorang yang cegeng. Tapi bila perkara ni jadi, perasaanku terus tidak dapat dibendung.

Dua kali hubungan kami gagal. Dua kali. Mungkin sebab tu aku agak sensetif daripada biasanya.

"Aku bukan nak masuk campur dalam hubungan kau dengan Aisy. Tapi kalau kau rasa kau tak boleh nak hilang Aisy. Kau pertahankan hubungan kau dengan dia. Jangan lari lagi daripada masalah Qis. Kalini kau kena hadap. Sebab kau isteri dia. Kau ada hak nak pertahankan rumahtangga kau sendiri." Hafiy

"Hak apa yang aku ada sekarang? Aku dah tak ada apa-apa hak Hafiy. Dia dah kahwin. Dia dah kahwin dengan perempuan tu tanpa bagitau aku Hafiy. Kalau kau tak bagitau aku, kalau perempuan tu tak bagi gambar dia tengah bahagia dengan Aisy, sampai mati pun aku tak akan tahu yang aku dah ada madu." Keluhan berat dilepaskan setelah teringat kembali gambar perkahwinan yang dihantar Farisha sebentar tadi.

"Dia dah kahwin?" Hafiy kerut dahi. Dia memang tahu akan hal tu tapi tak sangka pula secepat ini.

"Iye. Dia kahwin dengan perempuan tu harini. Aku pun tak tahu kenapa aku bodoh sangat balik Johor harini. Dah macam tak ada hari lain je." Aku senyum sebaris. Kesal, sedih. Semuanya menjadi satu. Kenapa? Kenapa susah sangat aku nak merasai kebahagiaan dengan orang yang aku sayang.

Aku mengeluh kecil. Namun segera aku tersedar dan mengucap panjang.

'Tuhan uji sebab dia tahu kau mampu. Jadi tetap semangat okay Balqis.'

"Qis." Hafiy bersuara apabila aku tidak membalas kata-katanya.

"Ha knapa?"

"Aku tanya sekarang ni kau nak buat apa?" Hafiy

Aku senyum sekilas. Jujur aku tak tahu nak buat apa sekarang. Nak mengadu pada keluarga, mereka langsung tak tahu masalah yang aku hadapi dan kalau boleh aku tak nak susahkan hati mereka. Selagi aku boleh tanggung, aku akan cuba hadap dan selesaikan apa yang patut diselesaikan. Selepas itu baru aku bersemuka dengan mama ayah kalau memang jodoh aku dan Aisy tak panjang.

"Mungkin tunggu masa untuk jadi janda?" Aku ketawa kecil.

"Tak kelakar okay." Hafiy buat muka.

"Betul apa. Dia dah dapat apa yang dia nak dan sekarang dia dah kahwin lain pun. Apa lagi yang boleh aku harapkan dengan hubungan pelik ni?"

"Aku nak tanya kau satu soalan." Wajahnya series memandang kearah anak mataku.

"Kenapa kau kahwin dengan dia sedangkan kau tahu dia tak akan buat kau bahagia? Jangan cakap ni pilihan keluarga kau sebab aku kenal  keluarga kau macam mana. Jangan nak gula-gula kan aku eh." Hafiy

Aku senyum kecil. Apa jelah yang Hafiy tak tahu tentang aku.

Fikiran melayang entah kemana. Aku pun pelik, kenapa tiba-tiba aku boleh terima lamaran si Aisy dulu padahal dah terang-terang dia tak ada niat langsung nak bahagiakan aku. Entahlah. Bila hati dah suka tu, ini lah agaknya akibat yang aku kena tanggung. Terlalu ikutkan perasaan sampai perasaan sendiri sakit akhirnya.

"Sebab dah jodoh."

"Klise." Hafiy senyum sumbing.

"Betul apa. Bila akad dah dilafaz tu maksudnya dia jodoh kita. Bezanya jodoh tu panjang atau tak je. Nak tak nak kena hadap. Kan dah jodoh dan ajal tu dah tertulis."

"Tapi kita diberi pilihan untuk memilih Balqis." Hafiy.

"Alah benda dah lepas. Aku malas nak fikir apa-apa. Sekarang ni aku guna konsep redho. Kalau dia nak lepaskan aku, aku akan terima sebaiknya dan anggap jodoh aku dengan dia sampai sini je. Lagipun permulaan aku dengan dia terlalu banyak buruk daripada baiknya. Mungkin sebab tu aku tak bahagia walaupun dia dah jadi suami aku."

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now