33 ~

99 3 0
                                    

Aiskrim magnum mangkuk kecil itu aku makan dengan bahagianya. Walaupun pada mulanya hanya untuk mengalas perut sebab lapar gila. Nak masak tak dan lah dengan kaki bersimen macam ni. Nak kena pegang tongkat lagi, nak masak memang tidak lah. Maggi cawan pun masa ni lah habis.

Suapanku mati apabila telefon berdering. Kecil besar kecil besar je aku tengok nama dekat skrin.

Aisy hitler

"Hello?"

"Lambat angkat. Buat apa?" Aisy

"Saya dalam kelas ni. Tu lambat angkat." Aku bersuara separa berbisik. Konon-konon dalam kelas.

"While eat ice cream?"

Suapan aku terus mati. Laju mata memandang sekeliling. Namun tak cukup pusing 360 darjah, bayang si suami sudah berada di hadapan mata dengan senyuman jerknya.

Aku telan liur. Alamak kantoi macam tu je.

"Errr awak buat apa kat sini?" Teragak-agak aku bertanya. Muka dah pucat lesi sebab dah kantoi menipu. Apalah nasib aku agaknya. Dah la kaki patah, kantoi menipu lagi dengan si hitler ni. Alahai.

"Did you lie to me just now?" Aisy mendekatiku yang masih lagi duduk diatas kerusi yang berada hadapan rumah. Dia tersorok sikit sebab terhalang dengan kereta. Sebab tu juga aku dengan santainya duduk di situ tanpa memakai tudung.

"Tipu sunat?" Aku kerut dahi.

"Buat apa kat luar? Tudung mana? Hilang? Nak tunjuk kat siapa rambut tu?" Bertalu-talu soalan keluar daripada mulut Aisy.

"Saja ambil angin sekejap. Lagipun orang tak nampak saya kat sini. Kan dah lindung kereta." Jawabku yakin.

"Depan je. Kiri kanan?"

Aku diam. Datang-datang je terus berlakon jadi suami mithali. Alahai.

"Iya saya nak masuk ni." Aku jawab malas. Malas nak gaduh-gaduh. Tak ada masa.

Aku mengambil tongkat yang bersandar di dinding sebelum menapak masuk. Baru sahaja hendak menutup pintu, Aisy terus meluru masuk tanpa memberi salam. Macam tu je serbu masuk rumah anak dara orang. Tak senonoh betul perangai.

"Awak buat apa ni? Kenapa suka-suka masuk rumah orang?" Sergahku apabila Aisy sudah selamat mendarat diatas sofa yang berada di ruang tamu.

"Rumah bini aku juga."

"Kau duduk situ." Arahnya sebelum aku membuka mulut hendak membidas ayatnya sebentar tadi. Aku hanya menurut. Seksa juga bila dah bangun lepastu duduk. Tapi lagi seksa dah duduk lepastu nak bangun. Sofa pula jenis terjunam lembut dia. Faham-faham jela kalau nak bangun dengan bertongkat bila dah duduk.

"Kenapa tak bagitau aku?"

"Apa?"

"Pasal kaki kau." Aisy

"I have eyes on you. Jadi buat apa saya nak bagitau awak. Ni pun awak ada kat sini tanpa saya bagitau. Jadi tak ada beza." Sempat aku memulangkan ayat lelaki itu sebelum menjawab.

"Susah sangat ke nak bagitau sendiri? Kenapa kena tipu aku?" Aisy

"Sebab saya tak boleh drive balik sendiri. Kalau saya bagitau pun, bukan awak kisah."

"Siapa cakap?"

"Tak ada siapa cakap pun saya tahu."

"Kalau tak ada bukti jangan suka-suka nak buat andaian sendiri."

"Betul apa? Saya kan isteri atas kertas awak je." Perkataan atas kertas sengaja aku tekankan. Jujur aku masih sakit hati lagi dengan ayat itu walaupun aku tahu aku tak ada hak nak rasa semua tu.

Aisy diam. Ha kan dah terkena tu.

"Kenapa makan aiskrim pagi-pagi?" Aisy menukar topik.

"Tak ada sarapan. Tunggu Hana bawak makan tengahari nanti. Nak masak tapi keadaan tak izinkan saya untuk masak." Terangku panjang lebar.

"Kat dapur ada apa?" Aisy

"Nasi semalam. Tak tahu elok ke tak. Kenapa? Awak nak masak ke?" Perliku. Tak mungkin la dia nak masakkan untuk aku. Mengarut semua tu.

Tanpa sebarang balasan, Aisy terus menuju ke dapur dan abaikan aku yang berada di ruang tamu. What?

📌

Terkedek-kedek aku bangun semata-mata hendak melihat apa yang ingin dilakukan Aisy di dapur kami itu. Aku mengintai di balik dinding. Kelihatan Aisy sedang memotong bawang dan lada. Mungkin hendak membuat rencah masakan.

Dia masakkan untuk aku ke?

"Siapa izinkan kau bangun?" Tanpa menoleh kearahku, dia bersuara. Tangan ligat memotong bawang dan lada.

"Saya nak tengok awak buat apa."

"Ni dah tengok, pergi la sana." Halau Aisy laju.

"Awak masak ke?"

"Taklah. Tengah modified kereta." Aisy

Aku mencebik. Jawapan budak tadika dia bagi aku.

"Awak masakkan untuk saya ke?" Kalini soalan diubah sedikit.

"Bising je lah kau ni. Kau duduk diam-diam kat depan tu tak boleh ke?" Aisy

"Tanya sikit marah. Cuba jawab elok-elok sikit." Bebelku tanpa sedar.

"Aku tak maki kau pun kau patut bersyukur." Aku terdiam.

Betul la tu. Dia tak pernah maki aku. Paling kurang pun dia cakap aku bebal. Tu dikira maki ke tak ek?

"Termenung apa lagi? Kau nak tunggu kaki sebelah kau patah juga ke baru nak duduk?"

Aku buat muka. Nak buat baik ke nak marah ni? Komfius aku. Cuba pilih salah satu je tak boleh ke?

"Iye iye saya nak duduk ni."

📌

Habis satu pinggan yang agak penuh tadi aku makan. Sedap juga suami aku ni masak. Lagi sedap daripada air tangan aku sendiri. Boleh la lepasni aku suruh dia masak hari hari. Dalam mimpi pun okay. Kalau realiti macam ni memang kena sakit hari-hari la kalau nak si suami masakkan.

"Terima kasih." Aku bersuara setelah siap meletakkan sudu dan garfu diatas pinggan kosong itu. Sebuah senyuman dihadiahkan walaupun tahu tak akan dibalas.

"Ha." Hanya sepatah. Aku mencebik.

"Kalau awak nak balik, balik lah. Kejap lagi Hana sampai." Terangku.

Tanpa sebarang balasan, Aisy bangun daripada duduk dan membawa pinggan yang kosong tadi ke dapur.

"Diam pulak dia ni." Gumamku sendiri.

Pintu yang terkuak daripada luar membuatkan kepala aku laju menoleh. Sebuah senyuman lebar dilemparkan. Yeah Hana dah balik!

"Qis..." Suara Hana mati apabila melihat ada figura lain yang keluar daripada kawasan dapur. Mula-mula memang terkejut, tapi mungkin baru sedar yang aku dah kahwin tu yang muka dia berubah biasa.

"En ni suami Balqis ke?" Hana

"Kalau bukan I tak ada dekat sini." Sarkastik. Hana kerut dahi. Aku pandang Hana, Hana pandang aku. Mungkin sedikit terasa dengan jawapan Aisy. Aku hanya senyum lebar. Dia memang macam tu Hana. Hitler, mana nak cakap baik-baik.

"Ha okay lah kalau en ada dekat sini. Ha saya nak minta tolong sikit, boleh tak jaga kan Balqis untuk harini je. Sebab saya kena balik kampung harini. Nenek saya masuk hospital. Kesian pula nak tinggalkan Balqis sorang-sorang. Tadi pun serba salah juga mikirnya." Hana

"Ok." Hanya sepatah sudah cukup membuatkan Hana melepaskan nafas kelegaan. Tapi tidak aku. Kenapa dia kena jaga aku? Aku bukan budak-budak. Aku okay je kalau Hana nak tinggalkan sorang-sorang. Itu lebih baik daripada berdua dengan suami sendiri.

Tapi boleh jadi si Aisy ni berlakon. Iyelah aku ni isteri dia, takkan dia nak cakap tak nak dekat Hana. Dia kan pelakon suami terbaik abad ini. Dengan mama ayah pun dia boleh gulakan, apalagi Hana.

"Terima kasih. Qis aku gerak dulu. Kalau ada apa-apa bagitau je aku tau." Sempat Hana meninggalkan pesan sebelum berlalu.

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now