66 ~

140 4 0
                                    

Alhamdulillah setelah aku membuat solat istikarah dan berbincang semula dengan mama ayah,  akhirnya aku berjumpa jawapan yang aku nak. Walaupun aku tak yakin seratus peratus, tetapi tak salah kalau kita mencuba. Mungkin Aisy betul-betul sudah berubah dan ikhlas untuk menerimaku semula.

Nombor telefon Aisy aku dail. Tu pun fikir banyak kali juga sebelum nak telefon. Takut, gugup semua ada. Iya lah dah lama rasanya aku tak berbual dengan dia. Dekat dua minggu juga. Kali terakhir jumpa pun tak adalah banyak cakap sangat.

"Hello? Balqis? Hello?" Suara yang berada di talian mematikan lamunanku. Sempat je nak berangan eh Balqis.

"Err hai." Balasku ala kadar.

"Kenapa telefon abang? Ada apa-apa jadi ke? Awak tak sihat?" Suaranya beriak risau. Aku diam sejenak. Mengambil nafas yang agak panjang sebelum menyuarakan isi hati.

"Saya..."

"Awak kat mana? Abang ambil. Kita jumpa senang." Laju Aisy memotong percakapan aku.

"Ha?" Aku blur tiba-tiba.

"Jom jumpa. Abang ambil awak. Awak kat rumah kan?"

"Err tak. Saya memang kat luar."

"Kat luar? Dengan siapa? Kat mana?"

"Sorang je."

"Where?"

"Our first meet." Jawabku perlahan.

"Tunggu abang. Pastikan cari tempat yang ramai orang. Jangan jalan sorang-sorang. Abang risau kalau jadi apa-apa dekat awak. Ingat tu." Sempat Aisy menitipkan pesanan sebelum mematikan talian. Aku hanya merenung skrin yang sudah berubah menjadi gelap sebelum pandangan dihalakan kearah pantai yang sedang berombak tenang.

Tapi siapa sangka, ombak yang tenang juga boleh menjadi badai.

Setelah lima belas minit menunggu, bayang Aisy sudah pun kelihatan. Walaupun hanya berbaju kasual tetap tampan seperti biasa.  Daripada jauh Aisy sudah melemparkan senyuman kearahku. Aku pula teragak-agak hendak sama ada hendak membalas ataupun tidak. Hasilnya hanya senyuman plastik yang aku hadiahkan buat lelaki itu.

"Sorry lambat. Jalan jem pulak." Aisy

"Tak apa." Sepatah.

"So apa yang awak nak cakap dengan abang?" Aisy memandang tepat kearah anak mata aku membuatkan aku laju menunduk. Malu. Kenapa? Aku pun tak tahu. Padahal lelaki ini adalah suamiku, lelaki yang pernah aku serahkan sepenuh hati padanya dahulu juga sekarang. Tapi kenapa sekarang aku malu?

"Awak ingat tak pertemuan kali kedua kita? Kat sini juga." Aisy mula dan throwback kenangan lalu apabila aku masih mendiamkan diri. Aku hanya mengangguk perlahan. Mestilah ingat. Tak mungkin aku lupa permulaan hubungan antara kami dahulu.

Throwback ~

Pandangan aku halakan kearah pantai yang sedang berombak. Buku yang berada diatas meja langsung aku abaikan. Bila dah final smester ni memang banyak malas daripada rajinnya. Tidak lupa juga otak penuh dengan assignment dan thesis yang perlu dihantar sebelum final exam minggu depan. Sudah pasti aku belum siap sepenuhnya. Kalau dalam bentuk peratusan, mungkin dalam 40% macam tu. Sebabtu aku ambil keputusan untuk mengambil angin di sini. Port rahsia aku bila terlalu tertekan dengan kehidupan universiti.

Sarah dan Hafiy pula berlainan universiti denganku. Tapi selalu je lepak sama-sama.  Cuma harini mereka tidak munculkan diri sebab tengah berperang dengan peperiksaan akhir. Maka jadi lah aku lone rangers di sini.

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now