41 ~

100 4 0
                                    

"Babe! rindunya!" Teriakku setelah melihat Sarah berada di hadapan mata. Iye memang kami berdua je yang ada dalam kedai tu, sebabtu aku suka-suka je jerit tanpa hiraukan pelanggan yang lain. Nasib baik tak kena halau. Cukuplah dengan pandangan amaran yang dilemparkan pekerja di situ membuatkan aku segera menutup mulut dan brlari anak menuju kearah sahabatku yang baru sahaja tiba dari Kelantan.

Kami erat berpelukan. Rindu sangat dekat Sarah. Kali terakhir dia berjumpa Sarah pada hari perkahwinanku dua bulan lepas. Oh iye tidak lupa juga kawan hot and spicy aku si Hafiy. Budak tu pun aku dah lama sangat tak jumpa. Risau juga kalau dia masih frust menonggeng sebab aku tolak cinta dia. Bukan nak perasan, tapi risau jer.

"Aku pun rindu kau juga. Kau macam mana? Okay?" Sarah mula bercerita apabila kami sudah duduk. Perbualanku terhenti apabila seorang pekerja menghantar pesanan ke meja kami. Mungkin Sarah dah membuat pesanan sewaktu dia belum sampai ke sini.

"Okay je. Not so good, not so bad." Aku senyum kecil. Sarah kecilkan mata memandang kearahku. Tak puas hati agaknya dengan jawapan aku.

"Jangan cakap mamat tu pukul kau?!" Disebabkan suara Sarah agak kuat membuatkan beberapa pasang mata memandang kearah kami. Aku menunduk memohon maaf dengan kerutan di wajah. Risau pula kalau ada pelanggan yang lari sebab kami.

"Oii cover sikit suara tu."

"Sorry-sorry my bad." Sarah gelak kecil.

"Jadi betullah mamat tu ada pukul kau?" Sarah bertanya sekali lagi apabila soalannya belum dijawab.

"Mana ada. Dia okay je. Tak pernah pun dia naik tangan dekat aku." Jawabku.

"So why not so bad, not so good?" Sarah ulang semula ayat aku tadi dalam nada risau.

"Kau tahu kan kenapa aku kahwin dengan dia?"

"Yes. So?"

"So?" Aku kerut dahi. Sarah tak faham atau buat-buat tak faham?

"Yes, so. Dia dah jadi suami kau kot. Apa masalahnya? Goda jelah dia sampai dia boleh lupakan apa yang dia cakap dekat kau tu. Lelaki wey, lama mana sangat dia orang berdendam. Lagi-lagi korang pernah bercinta. Aku tak rasa akan ada masalah apa-apa." Jawab Sarah bersahaja sambil menyedut air yang dipesan tadi.

"Goda? Kau gila ke?" Aku geleng kepala laju. Tak mungkin aku akan goda dia.

"Kau yang gila sebab tak goda suami sendiri. Atau kau nak tunggu orang lain goda dia baru kau nak ternganga?" Aku diam. Cuba menghadam apa yang dikatakan Sarah.

"Aku tak kisah kalau dia nak kahwin dengan orang lain. Dia pun berhak untuk bahagia." Entah kenapa itu pula yang keluar daripada mulutku. Sarah gelak kuat dengan jawapan yang aku beri.

"Babe, janganlah tunjuk yang kau ni lemah sangat. You should fight for your own happiness. Yes, pada mulanya aku memang tak setuju kau kahwin dengan lelaki itu. You know aku tak benci dia tapi aku tak suka layanan keluarga dia dekat kau. Dan aku fikir kau tak akan bahagia kalau kahwin dengan Aisy. Restu keluarga is the key bila dah libatkan perkahwinan."

"Tapi kau yang pilih dia. Aku yakin dalam cerita kau ni tiada paksaan daripada pihak mana-mana pun. Aku tahu keluarga kau macam mana. Dia orang tak akan paksa kalau kau tak nak. Kalau kau kata Aisy yang paksa, boleh je kau mengadu dekat parents kau yang Aisy tu jerk dan kau tak nak kahwin dengan dia. Aku tak rasa keluarga kau akan setuju dengan perkahwinan ni kalau itu sebabnya. But you don't. Jadi dalam cerita ini pilihan ada dekat tangan kau." Sarah mengambil nafas sebelum menyambung semula syarahannya.

"Once kau dah pilih Aisy bermaksud kau dah bersedia untuk jadi isteri dia. So act like a wife girl. No matter what the reason is, just seduce him. Make him yours!" Sarah senyum nakal. Aku telan liur. Sungguh aku tak pernah terfikir sampai ke tahap itu. 

📌

"Rancak borak?" Kami diam setelah ada suara lain yang menyapa. Mataku bersinar-sinar setelah melihat si empunya suara. YA ALLAH lamanya tak jumpa.

"Hafiy!" teruja.

"Jangan teruja sangat Qis, kesian hati aku." Hafiy senyum meleret. Hasilnya sebuah pukulan mengena bahu lelaki itu. Siapa lagi yang pukul kalau bukan orang yang berada di sebelah lelaki itu, Sarah.

"Ish bini orang tu." Sarah buat muka. Hafiy gelak kuat. Sah lagi sekali kita orang gelak memang kena halau terus dari cafe ni.

"Aku tahulah. Ingat aku jahat sangat ke nak ambil minah ni daripada suami dia ha?"

"Mana tahu. Kau tu bukan boleh percaya." Sarah

"Aku takkan buat kawan aku sedih. Itu janji aku okay, takkan aku nak langgar janji aku sendiri. Tak gentle lah." Hafiy senyum senget.

"Kau ni baiklah. Kahwin dengan aku nak? Lupakan je si Balqis ni." Aku ternganga. Lain macam betul lamaran Sarah ni.

"Tak nak." Laju tanpa berfikir. Sekali lagi Sarah buat muka. Aku gelak kecil. Comel pula pandang dia orang berdua ni.

"Aku tak nak kawan dengan kau dua jam. Nak pergi tandas. Bye!" Sarah terus berlalu setelah menunjukkan protesnya. Aku masih lagi dalam mood ketawa.

"So how? Okay ke lepas kahwin?" Hafiy. Sudah dapat dijangka soalan yang akan keluar daripada mulut Hafiy.

"Kau rasa?"

"Maybe yes, maybe not?" Aku ketawa kecil.

"Itu bukan jawapan, itu soalan." Kalini giliran Hafiy pula yang gelak.

"Dia layan kau okay?"

"Okay je."

"How's your feeling?"

"Tidak dinafikan aku masih sayangkan dia."

"Then i'll take it yes for my question." Hafiy senyum kecil.

"Alhamdulillah."

"Kau pula okay ke?"

"Aku? Mestilah okay. Kenapa? Kau ingat aku menangis guling-guling ke? Memang taklah! Ni Hafiy okay?"

"Glad to hear. Ni kau dari Johor ke?"

"Taklah. Kat Melaka juga. Aku ada seminar dekat sini. Kebetulan. Lepastu Sarah telefon kata dia ajak lepak. Tak tahu pula kau ada sekali." Aku mengangguk kecil.

"Excuse me sir? Did you just take a picture on that table?" Suara memetir Sarah membuatkan kami berpaling. Kelihatan Sarah sedang bercekak pinggang di hadapan lelaki berhoodie yang sedang memegang kamera itu.

"Hello, you dengar tak? Atau you tak faham bahasa inggeris? Nak I translatekan ke?" Sarah.

Namun lelaki itu kekal diam. Tidak sampai sesaat lelaki itu terus bangun dan berlari keluar daripada cafe itu. Pada masa yang sama, Hafiy yang berura-ura hendak mengejar ditahan oleh aku.

"Stop, tak payah kejar." Hafiy berpaling kearah aku.

"Kenapa? Kau kenal ke?" Hafiy bertanya dengan kerutan di wajah. Risau. Iye itu yang terlakar di wajah lelaki itu.

"Ish nasib baiklah aku pakai heels, kalau tak memang aku kejar dia." Sarah kembali ke meja kami dengan wajah begangnya.

"Kau salah orang kot. Entah-entah dia photographer bebas. Ambil gambar cafe ni ke ataupun suasana dalam cafe ha." tuturku kepada Sarah biar emosi sahabatnya menurun.

"Kalau tu je aku pun tak kisah. Ni suspicious gila. Berhoodie? Pakai mask? Cover the whole face? Siapa je tak insecure. Daripada tadi aku perasan. Seminit lepas kau masuk, dia pun masuk. Lepastu lens kamera dia tepat kat meja sini tau." Terang Sarah tak puas hati. Hafiy memandang kearahku dengan wajah yang sama seperti tadi.

"Perasaan kau je." Aku diam. Terus perasaan aku tidak enak tiba-tiba. Takkan sampai macam ni sekali Aisy stalk aku? Tapi...

Entahlah. Mungkin perasaan aku je kot.

Kau Yang Ku Pilih Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum