24 ~

88 4 0
                                    

Petang itu aku pulang ke rumah mama dan ayah. Ada makan-makan sikit untuk tetamu yang hadir majlis pernikahan aku harini. Sudah pasti hanya keluarga terdekat sahaja. Kawan pun hanya Hafiy dan Sarah. Bukan tak nak bagitau yang lain, tapi disebabkan perkahwinan ni macam aci redah je, tu yang jemput siapa yang perlu sahaja.

Majlis resepsi? Rasanya mustahil sama sekali. Tak mungkin akan terjadi selagi aku masih memegang status sebagai isteri kepada Tengku Aisy Zulfan.

"Kenapa nikah mengejut macam ni Som? Tak ada majlis resepsi pula tu? Anak kau mengandung ke?" Maklang bertanya tanpa memandang kiri kanan. Amboi sesedap mulut je nak kata aku mengandung kan?

"Bukanlah! Budak ni dah suka, nak tunggu apa lagi. Benda baik. Kalau si Balqis tu mengandung, tak adanya boleh nikah Alang. Kau ingat kahwin sekarang dengan dulu sama ke prosedurnya?" Bangkang mama tidak puas hati.

Aku mengangguk setuju tanpa sedar. Betul tu. Aku punya gigih ulang alik daripada Melaka Jb semata-mata nak uruskan hal perkahwinan yang tidak dirancang ni boleh dia kata aku macam tu.

Maklang diam setelah ibu menyuarakan fakta.

"Habistu kenapa majlis resepsinya tak ada? Nikah je? Tu pun dah macam nikah sorok-sorok." Sambung Maklang lagi. Ada saja orang tua ni nak cari point yang boleh nampak salah aku.

"Bukan tak nak. Cuma bukan sekarang je. Masing-masing sibuk kerja. Si Balqis tu bukan macam anak kau banyak masa kosong. Dia cikgu sekolah. Budak pula nak SPM dah. Lagipun resepsi tu bukannya wajib. Asalkan dah nikah maksudnya dah selesai la semuanya." Sambung mama. Hasilnya tiada lagi balasan daripada Maklang. Terkedu terus dengar mama jawab.

"Bukan main rancak lagi dia borak dengan ayah kau." Sarah buat muka menyampah sambil melihat Aisy sedang bergelak tawa dengan ayah juga beberapa orang saudara aku di situ.

Tidak dinafikan Aisy memang jenis senang bergaul walau dimana sahaja dia berada. Memang daripada dulu sikapnya begitu. Mudah bergaul dan orang pula cepat pula selesa dengannya. Mungkin itu salah satu kelebihan yang dia ada sebagai pelakon suami dan menantu terbaik abad ini.

"Dia memang macam tu. Cepat mesra dengan orang." Jawabku mendatar.

"Cehh sempat eh terkenang kenangan lalu?" Sarah mencebik.

"Bila?" Aku juling mata keatas. Tak nak mengaku.

"Ha kau diam kenapa Hafiy? Cakaplah congrates ke apa dekat kawan baik kita ni." Sarah bersuara apabila Hafiy kekal diam di tempat duduknya, berhadapan dengan aku.

"Tahniah." Hambar.

"Aku rasa macam nak makanlah. Aku cari makanan kejap." Sarah terus berlalu meninggalkan kami. Kini hanya aku dan Hafiy di meja itu.

"Hafiy kau tak happy ke aku dah kahwin?"

"Kau happy ke bila dah kahwin?" Soalan dikembalikan padaku. Aku diam seketika.

"Inshaallah."

"Kau bahagia, aku bahagia. Simple." Hafiy.

Aku serba salah. Kenapa Hafiy boleh jadi macam ni. Tak boleh ke dia terus jadi kawan aku macam selalu?

"Tak boleh ke kau terus jadi kawan aku Hafiy?"

"Aku memang kawan kau Qis. Aku takkan putuskan persahabatan kita selama 10 tahun ni semata-mata perasaan aku."

"Tapi..."

"Kau tak payah fikir pasal aku. Fikir je tentang diri kau sendiri. Asalkan kau bahagia, aku pun akan okay. Jangan risau, aku takkan runtuhkan rumahtangga orang. Lagi-lagi kau." Hafiy senyum sebaris.

"Dah habis bincang belum? Penat dah aku berdiri ni." Sarah yang entah bila muncul, bersuara di belakang kami.

"Siapa suruh kau berdiri lama-lama." Hafiy

"Dah korang macam tak selesa je bila aku ada, aku blah lah." Sarah

"Perasaan kau je Sarah." Balqis

"Orang ketiga biasalah, selalu rasa dianak tirikan." Sarah buat muka sedih.

"Ngada-ngada!" Kami gelak. Bila dah lama tak berkumpul bertiga macam ni memang macam-macam lagi cerita yang keluar sewaktu kami bersekolah dulu.

"Rancak borak. Mana Aisy? Tak join sekali ke? Dah lama tak jumpa mesti banyak benda yang nak diborakkan." Mama bersuara.

Sarah dan Hafiy pandang aku dengan pandangan pelik. Aku? Mestilah pelik juga.

"Kenapa Aisy kena join sekali?" Aku bertanya kembali.

"Eh bukan ke korang berempat kawan dulu. Kamu sendiri cakap dekat mama yang Aisy tu kawan Hafiy." Mama

Seminit.. dua minit...

"Ha, dia tengah borak dengan ayah tu. Macam tak manis pula nak kacau." Aku mencipta alasan yang bernas. Apabila mama berlalu, sudah pasti aku harus menceritakan apa yang dah jadi.

Sudah pasti Hafiy tak puas hati apabila di dikaitkan dengan suami aku. Tapi apa boleh buat. Nasi dah jadi bubur.

📌

Canggung. Walaupun di dalam bilik sendiri tetap aku rasa pelik. Sebabnya ada makhluk lain juga di dalam bilik ini. Sorang di utara, sorang di selatan.

Harini kami mengambil keputusan untuk tidur semalam di rumah mama ayah sebelum aku kembali semula ke Melaka pada esok petangnya. Tak mungkin aku akan tidur di rumah keluarga Aisy. Nampak je muka aku kat depan pagar auto kena halau rasanya.

Lagipun tiada siapa tahu yang aku kahwin dengan Aisy bagi pihak keluarganya kecuali wanita yang dipanggil mak usu yang datang ke tempat pernikahan kami pagi tadi sebagai wakil Aisy. Nampak ayu dan manis. Sebabtu la agaknya Aisy percayakan mak usu dia tu.

"Sampai bila nak pakai tudung tu? Aku bukan orang luar pun." Aisy bersuara sambil bersandar diatas katil aku. Matanya memandang tepat kearahku membuatkan aku sedikit meremang. Apa pandang macam tu?

"Jangan risau, aku takkan tergoda la tengok kau. Nak pandang muka kau pun aku malas." Sinis

Aku menunduk memandang lantai. Entah kenapa hatiku sedikit terasa dengan ayat yang dituturkan Aisy. Tahu tak suka, tapi jaga la hati aku sikit.

"Kalau awak nak mandi, ada tuala lebih dalam almari hujung tu. Saya nak keluar kejap." Aku bangun daripada duduk di birai katil.

"Nak pergi mana? Mengadu dekat mama ayah?"

"Awak ingat saya budak-budak ke? Saya nak tolong mama buat kerja kat bawah." Ujarku. Daripada duduk dalam bilik ni berdua dengan dia, baik aku berambus.

Lenganku ditarik kasar membuatkan aku terbaring diatas katil itu. Aisy yang sememangnya sudah berada di atas katil itu memandangku dengan pandangan jahat. Aku telan liur.

"Ermm betullah. Tak ada rasa apa-apa." Setelah mengeluarkan ayat yang menyakitkan hati itu, dia bangun daripada katil dan menuju ke almari yang aku maksudkan untuk mengambil tuala. Dengan selambanya dia terus masuk ke dalam bilik mandi.

"Tak ada rasa? Kalau tak ada langsung rasa diam-diamlah! Tak payah nak mainkan hati aku la." Gumamku perlahan.

Tudung dibuka. Dah alang-alang dia memang tak suka aku, nak risau apa. Lagipun dia suami aku. Bukan orang lain. Kalau aku turun dengan pakai tudung pun mama dengan ayah mesti pelik.

Lima belas minit juga masa diambil untuk Aisy keluar daripada bilik air. Aku? Semestinya masih berada di bilik itu. Malas pula nak turun.

Aisy berhenti daripada melangkah setelah melihat aku hanya berbaju kurung tanpa kain. Sudah pasti terserlah betisku yang putih melepak itu. Baju pula sengaja dibuka kancing. Memang saja nak provok lelaki itu.

"Kenapa tak berganjak? Kata tak ada rasa?" Selar aku dengan senyuman sinis. Kaki terus melangkah menuju ke bilik air untuk mandi meninggalkan Aisy yang mungkin kebingungan.

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now