61 ~

139 5 0
                                    

Siling putih hospital dipandang kosong. Sesekali mata mengerling kearah pintu masuk dengan harapan lelaki itu muncul. Namun sejak tiga hari lepas langsung tidak kunjung tiba. Bayang pun tak ada apalagi suara. Aku bukan apa, cuma nak tanya la kenapa dia ada masa aku terjaga. Isteri baru dia tak marah ke dia buat macam tu. Tu je.

'Iya tu je. Tak lebih tak kurang.' Perlahan suara hatinya berkata. Serentak itu aku mengeluh perlahan.

Klak!

Pintu wad terbuka daripada luar. Wajah yang teruja tadi bertukar mendung apabila melihat si pelawat.

"Nampak sangat tak nak aku datang tu Qis." Seloroh Hafiy sambil membawa satu plastik merah berisi buah-buahan.

"Mana ada.  Aku sukaaaaaa sangat kau datang Hafiy."

Hafiy gelak kecil.

"Tunggu suami tersayang datang ke?" Laju aku menggeleng. Entah kenapa muka aku sekarang seakan rasa terbakar. Panas. Mesti muka dah merah. Kantoi dengan kawan sendiri.

"Benda malu eh? Geli aku." Hafiy membuat reaksi muntah.

"Diamlah!" Aku peluk tubuh. Mestilah buat muka menyampah sekali okay.

"Kenapa suami kau tak datang? Sejak kau dah sedar, aku tak nampak dah bayang dia."

"Bini kedua ikat la tu. Sebabtu dia tak datang!"

"Dia tak jadi kahwinlah." Hafiy

Terbuntang mata aku dibuatnya. Serieslah tak jadi kahwin?

"Habistu gambar yang perempuan tu hantar apa pula?"

"Mungkin sebelum akad. Sebab mamat tu sendiri yang berkeras dengan mama ayah kau yang dia belum kahwin dengan perempuan tu. Takkan dia nk tipu keluarga kau pula kan."

"Mama ayah? Kau jangan cakap yang mama ayah aku tahu apa yang dah jadi dengan hubungan aku dengan Aisy?"

"Haah. Kau ingat dia orang nak duduk diam ke kalau ada benda yang pelik-pelik jadi? Lagi-lagi bila datang dengan baju melayu putih." Bohong Hafiy. Bohong sunat. Padahal dia yang terlepas cakap waktu itu. Tapi kalau tak terlepas pun rasanya daripada baju pun dah boleh tangkap.

"Mama ayah cakap apa?"

"Of course kecewa. Lagi-lagi mama kau. Tapi slow-slow boleh terima sebab nampak kesungguhan dia jaga kau masa koma. Sehari pun dia tak pernah tak datang. Kalau boleh nak ada dekat dengan kau 24 jam. Tapi lepas ayah halau dia suruh kerja, tu setiap kali sebelum dan selepas pergi kerja dia datang."

Aku menunduk. Aisy jaga aku? Tapi kenapa bila aku dah sedar dia tak jenguk aku? Ke dia memang dah tak nak tengok muka aku? Jaga aku pun entah-entah terpaksa sebab dia tak ada masa aku kena tikam dan dia serba salah dengan keluarga aku.

"Tapi kan Hafiy."

"Apa?"

"Aisy kerja apa?"

Hafiy ternganga. Serielah tak tahu suami sendiri kerja apa?

"Kau biar betul. Kau dah kahwin dengan dia dekat empat bulan Qis. Tak kan tak tahu kerja apa?" Aku geleng.

"Sebab dia tak bagi aku ambil tahu hal dia. Jadi aku tak tanya."

"Kau dengan laki kau sama je. Otak tak betul."

"Bagitau lah kerja apa."

"Tanya sendiri." Hafiy

"Ala Hafiy...."

"Cikgu!" Terbantut sesi memujuk Hafiy apabila ada makhluk lain pula yang datang. Dan pastinya sudah cukup membuatkan aku tersenyum.

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now