20 ~

95 4 0
                                    

"Suka? Dapat apa yang awak nak?" Sewaktu ini aku menghantar lelaki ini menuju ke keretanya. Tak ada siapa suruh, tapi aku yang gatal sebab nak ucap tahniah dekat dia sebab dah berjaya ikat aku masuk dalam kehidupan yang tak ada masa depan.

"Well, I think jodoh kita memang kuat."

Aku senyum sinis.

"Jodoh ke kalau bermula dengan rancangan buruk awak tu?" Aisy gelak kuat.

"Tak percaya takdir? Jodoh?"

"Takdir boleh diubah dengan doa. Mungkin juga boleh diubah dengan perancangan manusia."

"Jaga mulut bila bercakap my love. Marah macam mana pun, jangan sesekali cakap perkara yang tak sepatutnya."

"Betul apa? Semua ni jadi pun sebab awak. Kalau awak tak datang rumah saya, semua ni tak akan jadi. Kalau awak tak buat perancangan tak ada otak macam ni, hantar gambar pada mama dengan ayah, semua ni tak akan jadi."

"I think you should shut up your mouth daripada terus tambah dosa." Perli Aisy pakej senyuman sinisnya seperti biasa.

"Tau dosa pahala. Ingatkan tak tahu."

"I'm human being too my love. Ingat aku jahil sangat tak tahu apa-apa pasal agama?"

"Kata orang yang penuh dendam." Sambungku laju. Sekali lagi tawa Aisy pecah.

"Tapi kalau kau tak nak kau boleh tolak. Kenapa kau tak cakap apa-apa tadi?" Aisy

Aku diam. Haah eh kenapa aku tak bantah? Mama dan ayah bukan jenis memaksa. Jadi kalau aku cakap tak nak mesti dia orang tak cakap apa.

"Baik. Saya tak nak kahwin dengan awak. Nanti saya cakap dengan mama ayah."

"Dah terlambat. Terima jelah kenyataan Balqis yang kau tu bakal jadi isteri aku. Tak pun kau boleh anggap yang kau nak jaga air muka keluarga kau."

"Okaylah jumpa lagi di hari bahagia kita nanti. Jaga diri my love." Aisy menyambung apabila aku masih berdiam diri.

"Tak payah nak my love sangat. Geli telinga dengar."

"Nanti lama-lama biasalah, macam dulu."

"Tak ada dulu. Hanya ada sekarang."

"Auch! Jangan nampak sangat bencinya tu. Makin kau benci, makin tak sabar aku nak ikat kau tau." Dia berbisik perlahan di telinga kananku. Auto meremang segala bulu romaku.

Ia bagaikan amaran. Amaran sebelum berlakunya sesuatu musibah.

📌

"Kahwin! Dengan mamat tu? Why? Kenapa? Apa yang dah jadi sebenarnya?" Laju Hafiy bertanya. Sungguh dia terkejut dengan perkhabaran yang diterima. Baru sahaja bulan lepas dia bergaduh dengan lelaki itu, kalini tiba-tiba nak kahwin?

"Sorry aku tak boleh ceritakan lebih detail. Yang aku nak cakap keadaan memaksa aku untuk terima semua ni." Aku mengeluh perlahan.

"Teruk sangat ke? Memang tak ada pilihan lain?" Aku menggeleng perlahan.

"Tapi kenapa dia? Kenapa? Ayah kau tak cakap apa-apa? Mama kau?" Hafiy

"Dia orang setuju." Makin sayu hati dibuatnya.

"Balqis apa semua ni? Ya Allah. Kau tengah buat apa sekarang ni?" Hafiy meraup mukanya perlahan.

"Entahlah."

"Balqis, aku tak tahu apa situasi kau sekarang tapi aku yakin kau boleh tolak. Ada masa lagi. Kita diberi pilihan untuk memilih Balqis. Tolong jangan rosakkan masa depan kau semata-mata nak hidup dengan lelaki macam tu." Hafiy mengeluh perlahan.

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now