65 ~

142 5 0
                                    

Sejak aku keluar daripada hospital, sejak itu juga Aisy tidak henti-henti menunjukkan wajahnya dihadapan mataku. Kalau boleh dia nak sebumbung denganku di sini. Namun setelah aku tentang habis-habisan dengan mama dan ayah, mereka hanya menurut dengan syarat Aisy boleh datang pada bila-bila masa sahaja yang dia nak. Sebab Aisy masih lagi suami aku yang sah.

"Ish awak tak bosan ke asyik datang sini je ha?" Bentakku sedikit kasar apabila lelaki itu tunjuk muka seposen dihadapanku.

"Tak, abang lagi suka dapat tengok muka awak. Rasa tenang je." Aisy senyum meleret. Ya dia bahasakan diri dia abang sekarang. Tidak dinafikan aku juga suka dengan panggilan itu dan membuatkan hati aku berdetak dari kebiasaannya.

"Tapi saya yang rasa angin je bila tengok muka awak." Tipu!

Tak mungkin aku angin tengok muka suami sendiri. Kalau rasa nak marah, tak adanya aku masih kat sini duduk depan dia. Baik aku blah duduk jauh-jauh. Tapi biasalah ego. Nak juga menangkan ego tidak bertempat.

"Lama-lama nanti sayang lah. Orang cakap kalau dah benci sangat dengan sesuatu, mesti akan bertukar dengan suka. So abang tak kisah pun kalau awak tak suka abang sekarang, sebab abang yakin, lama-lama mesti akan timbul perasaan sayang." Yakin Aisy.

"Yakin?" Aku senyum sinis dan dibalas anggukan oleh Aisy.

"Yes. I know you well Balqis."

"But... people do change Aisy Zulfan." Bangkang aku.

"But not you. Sebabtu abang akan buat apa sahaja untuk dapatkan semula hati awak. I promise that your heart will be mine again and again." Senyuman ikhlas yang terhias di bibir lelaki itu membuatkan aku terkedu. Dan suatu perasaan yang aneh kini muncul kembali tanpa dipinta.

"Jangan janji, risau termakan dengan janji sendiri nanti."

"Okay abang tarik balik. Abang tak janji tapi abang akan buat yang terbaik untuk ambil semula hati awak. Macam mana? Okay?"

"Tak! Dah pergi balik." Halau aku tiba-tiba membuatkan Aisy gelak kecil.

"Awak tau tak, awak comel sangat bila blushing macam tu." Aisy senyum nakal membuatkan pipi aku semakin membahang.

Apa dia ni. Tak aci la buat aku macam ni!

"Bila? Entah-entah mata awak yang tak betul." Aku berpaling daripada memandang kearah Aisy.

"Balqis look at me." Perlahan dan menggoda ton suara Aisy membuatkan jantungku berdetak laju daripada kebiasaan.

"Balqis please. Tak baik tau belakangkan suami. Abang tak nak isteri abang jadi isteri derhaka." Suaranya seakan memujuk membuatkan aku memalingkan wajah secara perlahan-perlahan.

Tak sekarang ni kenapa aku dengar cakap dia?!

"Good girl." Aisy mengusap kepalaku yang bertudung. Ajaibnya aku suka. Seperti rasa dihargai.

"Abang ada banyak perkara nak bagitau awak. Tapi yang paling utama, abang nak selesaikan apa yang patut diselesaikan tentang hubungan kita." Aisy diam sejenak setelah bersuara. Kami masih berada di gazebo rumah milik keluargaku.

"Selesaikan hubungan kita? Akhirnya awak dah buat keputusan untuk lepaskan saya ke?" Laju aku bertanya. Kalau lah betul, memang aku meraung dekat sini juga. Tak kisah dia nak kata aku sudah kalah atau sebaliknya.

Dan ini juga telah membawa maksud tekaan aku yang dia mempunyai agenda lain itu adalah betul semata-mata. Tidak lain tidak bukan, hendak melihat aku derita seperti apa yang dia harapkan selama ini.

"Apa cakap macam tu. Takkanlah abang nak tinggalkan awak lepas dah janji macam-macam? Jahat sangat ke abang ni dekat mata awak sayang?" Suaranya tetap lembut walaupun ada sedikit perasaan kecewa di hujung suaranya.

Kau Yang Ku Pilih Where stories live. Discover now