BAB 1👠

34K 900 73
                                    



HOSPITAL KUALA LUMPUR
15 FEBRUARI 2019

"ARGHHHHH!!!!"

"Push lagi puan! Push! Kepala baby dah keluar ni!" Jerit nurse kepada seorang wanita yang sedang meneran menahan kesakitannya ketika ini. Berlinang air matanya cuba meneran sehabisnya demi anak sulongnya.

"Ssaa..sakit.." ujarnya dengan nafas tercungap-cungap. Peluh menitik dipelipisnya ketika ini. Nurse itu menggigit bibir melihat wajah kemerahan wanita yang sedang bertarung nyawa melahirkan anaknya sendirian.

Ya. Sendirian. Kerana wanita sudah bercerai ketika dia sedang mengandung. Entah kemana bekas suaminya itu pergi sehingga meninggalkan dia hidup terkontang-kanting sebegini.

"Sikit lagi puan.. puan bertahan ya? Kepala anak puan dah nampak ni.." ujar nurse lagi. Eryna makin mengalir air mata hiba. Dicengkam bantalnya lalu mula meneran sekali lagi.

"Urgghhhhhhhhh!!" Jeritnya selari mencengkam erat bantal ditepinya. Peluh makin menitis. Dahi berkerut menahan kesakitan yang amat dasyat ketika ini.

"Puan.. puan dah berjaya melahirkan.." ujar nurse itu. Eryna menghela nafas lega mendengar itu. Berkerut dahi nurse melihat seorang bayi lelaki yang hanya diam tak bersuara.

"Tapi.. kenapa.. dia tak menangis?" Tercelik mata Eryna mendengar itu. Dia mengangkat sedikit kepalanya untuk mengintai anak yang sedang didukung nurse itu. Menitis air matanya melihat anaknya hanya seumpama patung ketika ini.

"Doktor!! Emergency!" Jerit nurse itu lalu cepat-cepat meletakkan anak kecil itu keatas katil. Eryna menggeleng. "Tolong.. tolong selamatkan anak i.. please doktor please!!" Jeritnya selari ingin bangun dari baringnya.

Dua orang nurse merapati Eryna lalu memegang tangan Eryna. "Sabar puan.. doktor tengah usaha.."

Eryna menggeleng dengan airmata yang tidak henti menitis. "I nak anak i! Please! Tolong anak i! Hidupkan dia please!" Jerit Eryna seumpama meroyan. Diperhatikan sahaja para doktor yang sedang usaha mencari nadi serta degupan jantung anak kecilnya itu.

Doktor itu bernafas tercungap-cungap. Dikesat kejap peluh didahi lalu menoleh kearah jam.

"15 februari 2019, pukul 2.31 petang.. tarikh dan masa bayi ini meninggal.." ujar doktor dengan perasaan berkecamuk.

Bagai dipanah petir, pedih hati Eryna mendengar apa yang terbit dari mulut doktor perempuan itu. Hampir terjelumpuk jatuh dia ketika ini apabila mendapat khabar bahawa bayi yang dikandungnya selama 9 bulan 10 hari telah meninggalkannya begitu sahaja..

Tanpa.. mengenal nama.. tanpa.. mengenal rupa.. tanpa.. mengenal siapakah ibubapanya..

Eryna menggeleng. Ditolak kedua nurse ditepinya. "Kau tipu aku!! Anak aku tak mati!! Anak aku tak tinggalkan aku!! Jangan buat aku macam ni!!"

Jerit Eryna seumpama dirasuk. Perit hatinya apabila ada satu perasaan asing sedang melilit jiwanya ketika ini. Habis barang yang berada disitu dilemparnya.

Doktor cepat-cepat mengambil jarum lalu diletakkan ubat penenang dalam jarum itu. Dia mendekati Eryna lalu mencucuk lengan wanita itu. Terus terdiam Eryna dari meroyan apabila disuntik ubat penenang.

Mata masih memandang wajah kaku anaknya yang sudah tidak bernyawa. Berderai airmatanya ketika ini.

"Anak mummy.. kenapa..kenapa tinggalkan mummy macam ni... mummy hidup untuk awak.. tapi awak tinggalkan mummy.. kenapa nak.. kenapa.." tanya Eryna dengan nada sayu.

DYLAN : RICH OF LOVE [C]Where stories live. Discover now