BAB 50👠

15.4K 710 35
                                    



TERSENYUM lebar Dylan melihat isterinya yang sedang melentokkan kepala di bahunya dengan mata terpejam. Mereka sedang berada didalam kapal terbang untuk menuju ke New Zealand ketika ini.

Dylan mencium lama pusar kepala isterinya. Tangan kiri setia menggosok lengan halus isterinya seraya mata memandang ke luar tingkap yang dipenuhi dengan awan putih.

Eryna mencelik mata apabila merasakan ada dagu direhatkan diatas kepalanya. Dia senyum sahaja. Diusap pinggang suaminya dari tepi. Dylan mencelik mata tatkala pinggangnya diusap satu jemari runcing.

Dylan senyum. "Hye.. dah bangun ke sayang?" Tanya Dylan seraya ingin mengintai isterinya dari tepi. Eryna senyum lebar lalu mengangguk. Didongak kepalanya memandang suaminya.

"Here you are.. dari tadi lagi i cari wajah isteri i.. sekarang baru i nampak muka dia.." seloroh Dylan dengan senyuman menggoda. Eryna tergelak. Ditolak perlahan pipi suaminya.

"Mengada.." ujar suara serak basah itu. Dylan gelak perlahan. Tangan mengusap pinggang isterinya. "Nak air tak? Makan?" Eryna menggeleng.

"Taknak.. i taknak makanan dalam ni.. i nak makanan dekat New Zealand nanti.. i nak makan crayfish, whitebait fritters.. and yes! Manuka honey! Paling famous dekat situ!" Ujar Eryna teruja.

Dylan hanya perhatikan riak isterinya dengan senyuman lebar. "Okay then.. nanti i beli semua yang you nak..asalkan you bahagia.." bisik Dylan romantis seraya menyelitkan rambut isterinya ke belakang telinga.

Eryna senyum lebar dilayan begitu. Dipeluk erat badan suaminya. "Thank you biy.." Dylan mencium lama kepala isterinya. "Sama sama kasih.."

Eryna panggung kepala apabila dia mengingati sesuatu. "Biy.. orang kata, kalau lelaki beri bunga kepada isterinya di malam hari di New Zealand, maknanya hubungan mereka akan kekal lama.. betul ke biy?"

(Saya reka je auta ni tau. Korang jangan cari dekat google pulak!)

Dylan menjungkit kening. "Iya ke? I tak pernah dengar pun?" Eryna memuncung lalu menggaru kepala yang tidak gatal. "Ea? Salah la tu.." bisik Eryna lalu kembali memeluk badan suaminya.

Dylan senyum. Dia tahu pasti Eryna menginginkan bunga darinya. Dia kenal Eryna bagaimana. Wanita itu tidak akan meminta secara terang-terangan. Namun dia akan reka ayat supaya ayatnya untuk meminta sesuatu tidak terlalu jelas. Seperti tadi..

Dylan memeluk erat badan Eryna. Dia sudah ada rancangan dia.. kalau dia beritahu Eryna, tak jadi la rancangannya kan? Heheheh.

*:・✧*:・゚✧

TERGELAK Dylan apabila tangannya diheret Eryna ketika ini. Tangan kiri digenggam Eryna manakala tangan kanan sedang membawa bagasi mereka. Pakai satu bagasi je untuk dua orang. Barulah sweet bila kongsi kan? Hakhak.

"Biyy.. sejuknya sini.. nasib baik kita bawa banyak baju sejuk kan?" Tanya Eryna yang menggigil. Dylan senyum. Tangan kiri merangkul bahu isterinya dari tepi sambil mengusap lengan isterinya yang ditutupi baju sejuk yang tebal.

"Yes.. dekat sini rasanya dah masuk musim salji.. tak silap i, -20 celcius dekat sini sekarang.."

"Grrr sejukkkk.." rengek Eryna lalu melentokkan kepala ke bahu suaminya. Dylan senyum. Dicium kejap dahi isterinya.

"I kan ada? I boleh panaskan you.." bisik Dylan perlahan. Eryna senyum lebar mendengar itu. Dia panggung kepala lalu menjungkit kening.

"Iya? You nak panaskan i macam mana tu?" Bisiknya secara menggoda. Dylan tergelak. Digesel kejap hidung mereka berdua. Hoho takpa. Ni luar negara. Diorang tak kisah kalau pasangan buat aksi romantik depan mata mereka sekalipun.

DYLAN : RICH OF LOVE [C]Where stories live. Discover now