BAB 17👠

14.3K 764 102
                                    



DYLAN memusingkan pen di meja pejabatnya. Dia masih membaca setiap perkataan yang tertera dalam dokumennya. Kepala diangguk perlahan. Dia menandatangani dokumen itu.

"Alright. I terima. Nanti call assistant puan Eryna and then, beritahu i sama ada cik puan dia terima atau tidak kerjasama ni. Kalau dia beri kata putus bahawa dia terima, i akan berjumpa dengan model-model ni untuk berbincang hal ni. Get it?"

Alia mengangguk. Diambil dokumen yang dihulur Dylan. "Okay tuan. Saya akan inform balik."

Dylan mengangguk. "As soon as possible. I taknak lambat-lambat. I tak sabar nak jumpa Eryna." Berkerut dahi Alia mendengar itu.

"Maksud.. tuan?"

Dylan panggung kepala. Dia berdehem kejap apabila dia terlepas cakap. "I mean, yeah. I tak sabar nak jumpa dia sebab nak bincang hal ni. I nak settle kan terus semua ni tanpa ada masalah. You get it?"

Alia mengerdip mata. Bibirnya yang menganga kecil ditutup rapat lalu mengangguk faham. "Baik tuan, saya keluar dulu." Alia menunduk sekejap lalu dia memusingkan tubuh melangkah keluar dari pejabat itu.

Dylan mengeluh lalu menyandarkan badan ke kerusinya. Diambil telefon diatas meja lalu dibuka galeri. Terbit senyuman tipis di bibir apabila dia merenung gambar selfie Eryna dan Elsa yang dihantar Elsa.

"Cantik.. dua-dua cantik.." gumam Dylan perlahan selari mengusap wajah kesayangannya di dalam telefon. Diperhatikan sahaja bibir memuncung Eryna dalam gambar. Makin lebar senyumannya.

Bibir itulah yang ingin dia cicip semalam.. namun tak sempat kerana Elsa terjaga dari tidurnya. Aihh. Melepas.. baru je dia ingin merasai bibir kemerahan yang basah itu.. tapi terbantut pula.

Tok tok!

Dylan menutup telefonnya. Dia panggung kepala lalu menjungkit kening kearah Alia yang sedang sengih dihadapannya.

"Why Alia?" Tanyanya seraya meletakkan telefon diatas meja. Alia berdehem.

"Ada.. seseorang nak jumpa tuan." Terjungkit kening Dylan. "Who?"

"Me." Dylan mengalih pandangan kearah suara itu. Terukir senyuman di bibir memandang gerangan dihadapannya.

"Bro. Gosh.." ujar Dylan lalu bangun dari duduknya. Dia melangkah mendekati jejaka itu lalu memeluk kejap bahu lelaki itu seumpama brotherhood.

"Bro.. lama gila kau tak datang sini eh?" Tanya Dylan selepas melepaskan pelukan. Jejaka itu gelak perlahan.

"Mestilah.. aku datang pada kau untuk urusan kerja je. Lepas tu aku blah lah."

Dylan gelak. Dipukul dada lelaki itu. "Choiii. Aku sunyi kau takde tau? Kalau kau ada, boleh la syarikat kau bantu aku cari model serta bekerjasama dengan mall aku.."

Jejaka itu senyum mendengarkan itu. Dia mengangguk perlahan. "Kau masih ada model yang baru ke?"

Berkerut dahi Dylan. "Kenapa? Kau nak aku carikan model ke? Tapi untuk apa? Bukan ke kau dah tutup ke syarikat designer kau?"

Jejaka itu menjungkit bahu. "Well. Saja. Kot-kot ada yang aku berkenan, boleh la aku jadikan sebagai model baju terbaru aku nanti." Ujarnya dengan senyuman yang tak boleh ditafsir.

Dylan gelak perlahan. "Macam-macam la kau ni Ariel. Nanti aku dah jumpa, aku inform kau. Duduk la dulu." Ujar Dylan selari menjemput Ariel untuk duduk.

Ariel mengangguk. Well. Walaupun dia dah tiada butik, namun dia tetap juga nakkan model. Untuk apa? Untuk nafsunya. Untuk merakam video bersetubuh dan dijual di platform haram.

Dia telah lama muflis. Sekarang, dia hanya buat kerja haram untuk dapatkan duit yang banyak. Hampir berpuluh-puluh model yang dibayarnya untuk bersetubuh dengannya didalam video.

Dan semestinyalah wajah mereka dikaburkan dalam video tersebut. Dasar duda tak guna. Bernafsu kuda selepas menceraikan isteri yang sedang mengandung waktu dulu.

Ariel menghenyak punggung di sofa. Diperhatikan sahaja pejabat Dylan yang gah. Dia bukannya kenal sangat dengan Dylan ni.

Mereka hanya berkenalan sebagai rakan kerja sahaja. Mereka tidak tahu hal keluarga masing-masing. Dah berkahwin atau belum, dah ada anak atau belum, semua itu tak diceritakan.

Kerana mereka hanya rakan bisnes sahaja.

Dylan mengumam sekejap sambil memandang jam ditangannya. "Ermm aku rasa kita boleh bercakap sekejap je kot. Sebab aku dah janji dengan anak aku untuk ambil dia nanti."

Terjungkit kening Ariel. "Anak? Kau dah ada anak?"

Dylan senyum lalu mengangguk. "Yeah. Anak seorang." Ariel mengangguk. "Wahh. Best ada anak. Aku jugak laa yang sunyi.." gumam Ariel namun didengari Dylan.

Dylan gelak perlahan. Ditepuk bahu rakannya itu. "Takde apalahh. Kau enjoy je dulu waktu bujang kau ni. Nanti dah ada anak, kau dah tak boleh enjoy dah. Kau kena luang waktu dengan dia je kalau taknak dia merajuk."

Ariel senyum lalu mengangguk. "Aku pun.. hampir ada anak juga dulu.." giliran Dylan pula terkejut.

"Really? Kau pernah berkahwin?" Ariel senyum lalu mengangguk.

"Yap. Tapi.. bekas isteri aku tu taknak anak.. dia gugurkan kandungan dia. Sebab tu lah aku ceraikan dia."

Dylan mengeluh mendengar itu. "Kenapa dia gugurkan? Tak patut dia buat macam tu.. semua orang inginkan zuriat. Bekas bini kau ni memang tak berperikemanusiaan betul.." Dylan menggeleng kepala dengan riak kecewa.

Orang lain bukan main lagi usaha untuk dapatkan anak. Tapi bekas isteri Ariel boleh pula gugur dengan sengaja? Aihh. Kecewa Dylan dibuatnya.

Ariel pura-pura senyum lalu mengangguk.

*:・゚*:・゚✧

"HAIH daddy you tu memang pelupa. Nanti mummy pukul dia dengan senduk okay?" Ujar Eryna yang sedang memimpin Elsa di mall. Terpaksa la dia mengheret Elsa kesini untuk memujuk budak kecil itu.

Merajuk dengan daddy katanya sebab itulah Elsa mengheret black one dan black two ke syarikat Eryna. Nak mengadu pada mummy yang daddy tak ambil dia di tadika hmm..

Elsa mengangguk dengan muncung sedepa. "Nanti mummy marah daddy tau? Daddy selalu berjanji tapi selalu mungkiri.." marah Elsa dengan hidung kembang kempis.

Eryna tergelak. Direndahkan badan menyamai ketinggian Elsa. Diusap serta dibelai rambut anak kecil ini.

"Alaa takpa.. mummy kan ada? Kalau daddy taknak ambil Elsa, Elsa call je mummy. Elsa ada nombor mummy kan? Haa nanti Elsa mengadu je pada mummy. Mummy sedia dengar luahan Elsa okay?"

Elsa sengih lalu mencium sekilas pipi Eryna. "Okay mummy!"

Black one dan black two menggaru kepala mereka. Haih. Boleh pula madam mereka nii mengajar benda  pelik-pelik pada anak majikan mereka. Ni kalau Dylan tahu, harus dileteri ni..

"Good. Dah. Jangan sedih-sedih. Jom kita shopping? Mummy nak beli barang mummy jugak ni.." ujar Eryna selari bangun dari duduk bertinggungnya tadi. Mata melilau memandang sekeliling mencari barang keperluannya.

"Elsa Damia!"

Elsa dan Eryna mengalih pandangan kearah suara itu. Bibir Elsa memuncung lalu selari berpeluk tubuh dihadapan bapanya yang sedang berlari-lari anak kearahnya.

Berkerut dahi Eryna apabila dia kenal akan jejaka yang berjalan bersama Dylan ketika ini. Menggelegak hatinya apabila dia dapat mengenali wajah lelaki itu.

"Elsa.. gosh.. maaf-maaf. Daddy lupa.." pujuk Dylan selari mengusap pipi Elsa. Elsa kekal dengan wajah masam mencuka.

"Daddy selalu macam tu."

Eryna mengetap rahang memandang lelaki yang melangkah kearahnya sambil memandangnya dari atas kebawah. Ariel senyum sinis.

"Eryna?"

Berkerut dahi Dylan. Dia terus bangun dari duduknya lalu memandang Eryna dan Ariel silih berganti.

"Ariel.." gumam Eryna dengan tangan dikepal kuat.

TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

DYLAN : RICH OF LOVE [C]Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu