BAB 46👠

15.2K 808 23
                                    



ERYNA gelak sinis. "Kenapa nak terkejut sangat? Apa you ingat i ni tak laku ke walaupun i janda?" Tanya Eryna sinis terhadap ibubapanya.

Puan Elena menggeleng. "You silap besar Dylan jika you jadikan dia isteri you. Entah berapa ramai lelaki yang dia tiduri sebelum dia berkahwin dengan you."

"Just shut up your fucking mouth. Aku lebih kenal dia berbanding kau kenal dia. Dari selepas dia melahirkan lagi aku dah kenal siapa Eryna Estelle. Kau jangan nak acah-acah kenal isteri aku sedangkan dah hampir 7 tahun kau tak berjumpa dengan dia."

Ujar Dylan dengan suara celah gigi. Tuan Eric mengetap rahang mendengar itu. Dia kembali memandang anaknya.

"Berapa kau bayar dia untuk kahwini kau?"

Eryna gelak kuat. Terkesima kejap mereka melihat itu. Mana taknya? Eryna sedang gelak dengan linangan air mata ketika ini. Dylan hanya perhatikan sahaja isterinya.

"Really? Bayar? I? So hilarious!" Jawabnya sambil gelak. Eryna mengesat air mata dihujung mata.

"Lawak la you ni Tuan Eric.. dahlah tak kenal anak sendiri, ada hati pula mengata i macam-macam.. macam mana i nak bayar dia sedangkan i ni miskin selepas dihalau MOM AND DAD tak guna i tu? I dibuang seperti kucing kurap...

....langsung tiada harta diberikan. Celah mana pula i ada harta nak bayar dia untuk berkahwin dengan i? So funny la you ni. Kaya tapi otak udang. Nampak sangat tiada pelajaran."

Tuan Eric mengetap bibir mendengar itu. "Kurang ajar!" Marahnya lalu ingin mendekati Eryna namun Dylan menahan. Dylan berdiri dihadapan Eryna seraya mencerlung tajam pada Tuan Eric.

"Maaf, my dad in law jika i kurang ajar pada you. Tapi i takkan benarkan sesiapa sentuh atau sakiti isteri i. I sendiri pun tak pernah kasari dia. I jaga dia sepertimana dia dijaga grandpa dia. So, apa hak you untuk sentuh dia sesuka hati sedangkan atok dia sendiri jaga dia bagai menatang minyak yang penuh?"

Terkesima Tuan Eric dan Puan Elena mendengarnya. Eryna pula setia memegang coat suaminya dari belakang. Seumpama meminta perlindungan dari sang suami yang dia percayai.

"Grandpa?"

Eryna gelak sinis. "Kenapa? Dah lupa ke ada ayah? You tak boleh salahkan i jika i kurang ajar pada you kerana you sendiri yang kurang ajar pada bapa you, Tuan Eric. Grandpa ada beritahu i yang you langsung tak tanya khabar dia selama bertahun-tahun sehingga dia tertanya-tanya sama ada anak menantunya masih hidup atau tak."

Tuan Eric meneguk liur kesat mendengar itu. Benar apa yang dikata anaknya. Dia langsung tidak menitikberat hal Mr Edward selama bertahun-tahun.

"Tch tch tch.. tak baik you ni Tuan Eric. Apa guna jadi kaya kalau bapa sendiri pun you tak jengah?"

Puan Elena gelak sinis. "Sama juga dengan you. You tak jengah ibubapa you juga kan?"

Eryna menoleh kearah Puan Elena lalu dia gelak sinis. "Why? Kenapa i nak jengah orang yang benci i? Tak silap i, i pernah pergi ke rumah you sebelum i pergi ke England. Tapi apa yang you buat pada i? You tolak i.. you panggil pengawal untuk halau i dengan cara kasar..

...and you know what Puan Elena?" Tanya Eryna dengan suara bergetar. Dylan menarik isterinya ke hadapan lalu dipeluk erat badan bergetar isterinya. Alia hanya memandang sayu isteri bosnya itu.

"Jahitan bekas bersalin i terkoyak disebabkan pengawal you yang heret i keluar dari kawasan rumah you!!" Jerit Eryna. Terkejut para pelanggan mendengar itu. Mereka menekup mulut tanda simpati pada nasib Eryna.

Masing-masing mula menurunkan telefon mereka. Tak betah lagi ingin merakam perbualan itu.. mereka kasihan akan Eryna yang sedang menangis ketika ini.

Puan Elena mengeluh mendengar itu. Manakala Tuan Eric pula memejam mata apabila dia rasa seriau mendengar itu.

"Puas hati you Puan Elena? Kenapa you tak bunuh je i waktu tu? Kenapa you biarkan i menderita macam tu?! Kenapa?!"

"Shh... calm down baby.." bisik Dylan seraya menggosok lengan isterinya. Dilentokkan kepala Eryna ke dadanya. Eryna pula hanya menangis terhinjut-hinjut didada suaminya.

Alia menunduk. Dikemam bibir menahan airmata. Tak sangka pula disebalik sikap diva Eryna, ada kisah sedih disebaliknya.

Patut la Eryna pernah memberitahu para model agar tidak memohon maaf jika tidak melakukan kesalahan.. patutlah wanita itu memarahi mereka jika mereka lemah.. Eryna takut jika kepala mereka dipijak.. sepertinya..

"I hate them so much biy.. diorang buat macam i ni jahat sedangkan diorang la punca segalanya.." adu Eryna didada suaminya. Dylan mengangguk. Dicium lama dahi isterinya.

"Shh.. don't cry baby.. i take care of this okay? You jangan menangis macam ni.. nanti you penat.." bisik Dylan seraya memeluk makin erat badan isterinya.

Tuan Eric dan Puan Elena mengeluh kasar memandang anaknya yang sedang menangis didalam dakapan suami. Dada dihimpit rasa bersalah mendengar rintihan Eryna tadi. Tak sangka pula Eryna menghadapi kesukaran serta kesakitan punca mereka sendiri..

Punca.. ibubapa kandung sendiri..

*:・゚*:・゚✧

"ALRIGHT Alia. You cancelkan kerjasama i dengan syarikat mereka. I taknak ada apa-apa hubungan dengan syarikat mereka." Ujar Dylan lalu meletakkan panggilan. Tangan mengetik nombor seseorang lalu dilekapkan telefon ke telinganya.

"Delisha.. i nak you ambil kereta Eryna di satu restoran. Nanti i akan beri location dalam whatsapp. Thanks." Dylan meletak panggilan lalu diletakkan telefon di dashboard kereta. Dia mengerling ke kirinya..

Nafas dihembus perlahan melihat isterinya yang masih menghadap ke luar tingkap dengan riak mendung. Selepas sahaja pertengkaran itu berlaku, Dylan terus mengheret isterinya keluar dari restoran. Lebih baik mereka melangkah pergi daripada bergaduh mulut dengan Tuan Eric dan Puan Elena.

Alia? Pandai-pandai la tunggu Delisha datang untuk pickup dia hoho.

"Sayang.." panggil Dylan seraya menggenggam tangan isterinya. Eryna hanya dalam dunianya sendiri. Dibiarkan sahaja Dylan menggenggam serta mencium tangannya.

Dylan senyum kelat melihat reaksi isterinya. "You okay?" Tanya Dylan perlahan. Namun hanya gelengan sahaja yang dia terima. Dylan mengangguk.

"Alright.. restkan dulu minda you. I takkan kacau.." Eryna mengangguk perlahan. Mata hanya tertancap ke luar tingkap sahaja.

Dylan senyum hambar sahaja. "Mama.." gumam Eryna. Dylan menoleh ke arah isterinya lalu menjungkit kening.

Eryna mengemam bibir kejap. "I nak jumpa mama.. boleh tak kita singgah rumah mama kejap?" Tanya Eryna seolah-olah berbisik.

Dylan mengangguk. Dicium kejap tangan isterinya. "Sure.." Dylan yakin.. Eryna pasti ingin mengadu kepada Puan Dayana.. dia tahu akan hal itu..

Kerana situasi ini sama dengan situasi Elsa.. Elsa kekurangan kasih sayang ibu kerana itulah Elsa selalu bermanja dengan Eryna..

Namun Eryna.. kekurangan kasih sayang ibu dan bapa.. nasib Eryna lagi memilukan berbanding nasib Elsa..

Elsa kurang kasih sayang ibu kerana ibunya sudah meninggal dunia. Manakala Eryna pula kekurangan kasih sayang ibubapa kerana... sikap benci serta ego kedua ibubapa terhadap anak mereka sendiri.

TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

DYLAN : RICH OF LOVE [C]Where stories live. Discover now