BAB 55👠

11.2K 688 19
                                    



MENGELAMUN.

Itu yang dilakukan oleh Dylan ketika berada di balkoni ketika ini. Dia masih memikirkan sesuatu perkara yang menggusarkan dirinya.

Sedari tadi dia hanya mengelamun disini. Elsa sedang bermain dengan Eryna ditingkat bawah. Katanya ingin bermain dengan adik yang berada didalam perut.

Jadi, Dylan biarkan sahaja. Otaknya sedang bercelaru ketika ini. Dia masih tidak sedap hati. Sejak pulang dari hospital lagi dia berfikir sendirian seperti ini.

"Biy.." Dylan menunduk tatkala ada lengan halus yang melingkar pinggangnya ketika ini. Dylan senyum. Diusap tangan lembut itu. Eryna memeluk erat tubuh hangat suaminya.

Kepala disandarkan ke badan belakang Dylan.

"Kenapa you mengelamun ni hm? Dari tadi lagi i panggil you tau.." Dylan memusingkan tubuhnya menghadap sang isteri. Senyuman tipis ditayangkan. Tangan naik mengusap pipi kanan Eryna.

"I terfikirkan sesuatu." Eryna mengangguk. Direhatkan dagu ke dada suaminya sambil mendongak memandang sang suami.

"Apa tu?"

"You're pregnant.. i happy for that.. tapi.. i risau.. i risau jika kejadian lalu berulang lagi.."

Berkerut dahi Eryna. "Kejadian lalu? What is that?"

Dylan menghela nafas perlahan. Direnung wajah isterinya yang sedikit pucat. "Jom duduk dulu. You pregnant. Tak boleh berdiri lama."

Dylan mengheret isterinya melangkah ke katil. Eryna akur. Senyuman makin lebar di bibir.

Sememangnya Dylan sangat menjaganya selepas mereka mengetahui Eryna sedang mengandung ketika ini. Boleh dikatakan Dylan menjaganya berhati-hati.

Dylan tak benarkan Eryna melakukan apa-apa kerja. Malah, dukung Elsa pun tidak boleh. Dylan melarang semuanya.

Dylan sangat strict dalam menjaga Eryna sekarang.

Dylan menghenyak punggung dikatil lalu ditarik pinggang isterinya sehingga Eryna duduk di riba Dylan. Dylan mengusap pinggang serta pipi Eryna.

Eryna membelit tangannya ke leher. Dia hanya senyum sahaja pada sang suami.

"You knew right? Mama Elsa? Selepas melahirkan?" Eryna mengangguk. Baru lah dia faham apa yang merisaukan Dylan saat ini.

"Aw biy.. don't worry okay? Trust me, i kuat. Anak kita kuat. You jangan fikir yang bukan-bukan.." bisik Eryna sambil mengusap pipi Dylan.

Dylan mengeluh. Diambil tangan Eryna di pipinya lalu dicium lama. Mata merenung mata Eryna yang sedang menatapnya.

"Janji pada i, ikut semua peraturan i sewaktu pregnant.. makan makanan yang sihat.. kawal kolestrol you.. and the important thing, kencing manis you kena kawal. I kena kawal semua pemakanan you..

...kalau you nak makan apa-apa, tanya i dulu.. bahaya untuk ibu mengandung ketika melahirkan jika mereka mempunyai masalah kesihatan. Please, i taknak kejadian lepas berulang lagi. I taknak kehilangan sesiapa lagi.."

Berkaca mata Dylan ketika ini. Inilah yang merisaukannya. Sedari tadi dia berfikir soal ini. Bukannya dia tidak bersyukur atas kandungan Eryna, namun dia risau..

Dia risau akan keadaan Eryna.. siapa je yang tidak trauma jika isteri meninggal dunia dihadapan mata sendiri?

Eryna senyum tipis. Dia mengangguk. "Okay hubby.. i ikut you. Jangan la nangis.. i promise i takkan tinggalkan you, okay?"

Eryna mencium lama mata Dylan. Dylan menggeleng.

"Itulah yang diungkap mama Elsa sebelum dia masuk labour room.. i takut sayang.. takut sangat sekarang ni."

DYLAN : RICH OF LOVE [C]Where stories live. Discover now