BAB 18👠

13.9K 790 50
                                    



TERKEBIL-KEBIL mata Dylan. "Korang kenal?" Tanyanya perlahan. Eryna mengetap bibir merenung Ariel. Ariel pula hanya menayangkan senyuman sinis kepada Eryna sambil mata memandang Eryna dari atas ke bawah.

"Mummy.. mummy kenal ke uncle tu?" Tanya Elsa selari menarik-narik dress mummynya. Berkerut dahi Ariel. Dia terus memandang gadis kecil yang sedang merengek pada Eryna.

Eryna menjeling Elsa dengan hujung mata. Tersungging senyuman dibibirnya apabila dia mempunyai satu idea dalam otaknya.

Dia menarik tangan Dylan menghampiri lalu merangkul kemas lengan Dylan dari tepi. Tergandah kejap Dylan. Tidak faham akan situasi ini.

"What's wrong?" Bisik Dylan ditepi telinga Eryna. Eryna hanya menayangkan senyuman lebar kepada Ariel.

"Mummy? Dia.. anak kau?" Tanya Ariel perlahan. Eryna mengangguk laju. "Yes. Anak saya bersama Dylan." Berkerut hebat dahi Dylan dan Ariel mendengar itu.

"What?" Tanya Ariel seumpama berbisik. Dylan pula hanya terkedip-kedip dihadapan Eryna yang sedang menayangkan senyuman manis.

Elsa sengih lalu memeluk kaki mummy serta daddynya. "Yes! We're family!" Jeritnya keriangan.

Ariel menolak isian pipinya dengan lidah. Tercetus tawanya mendengar itu. "Kau jangan menipu aku la Eryna. Dylan ada kata pada aku yang budak tu berumur 5 tahun. Dan ia bermakna waktu tu kau mengandungkan anak aku. Celah mana pula kau boleh ada anak dengan Dylan ni?!"

Jerkah Ariel. Bergema mall itu dengan tengkingannya. Berkerut hebat dahi Dylan mendengar itu. "Hold on.. anak kau.. dengan Eryna? Maksud kau..." Dylan memandang Eryna yang sedang mencerlung tajam ke arah Ariel.

".... Eryna bekas isteri kau?" Ariel senyum senget lalu mengangguk. "Absolutely yes. Dia bekas isteri aku."

Eryna mengetap bibir mendengar itu. Dia mengeluh. Tak sangka pula Ariel boleh membocorkan rahsia mereka. Fikirnya Ariel tidak mahu perkara ini diketahui Dylan kerana dia yakin Ariel malu jika dia merupakan bekas isteri lelaki itu.

Eryna mendengus. Dilepaskan rangkulan tangan Dylan. Namun Dylan menarik kembali tangan itu lalu disisip jemari mereka berdua. Terjungkit kening Eryna ketika ini. Manakala Elsa yang berada dicelah Dylan dan Eryna sudah menepuk tangan keriangan melihat itu.

Berkerut Ariel melihat itu. Urat didahi sudah timbul menahan amarahnya melihat adegan itu.

"Jika Eryna adalah isteri kau, ia bermakna cerita kau tadi adalah menipu." Berkerut dahi Eryna. "Apa maksud you? Dia cerita apa pasal i?" Dylan mengerling kearah Eryna. "Shh.. let me talk to him."

Eryna mengangguk lalu melabuhkan kepala ke bahu Dylan. Makin membuak-buak amarah Ariel melihat itu.

"Kau ada kata pada aku bahawa bekas isteri kau menggugurkan kandungan sebelum kau bercerai dengan dia kerana dia tidak inginkan anak dia."

Berkerut dahi Eryna. "That's stupid bastard told you that? Melampau!" Marah Eryna terhadap Ariel. Dylan mengusap tangan Eryna sebagai tanda bertenang. Dicium sekilas tangan itu.

"Tenang okay? Bagi i bercakap dengan dia dulu.." bisik Dylan lagi. Eryna mengeluh. Dianggukkan kepalanya.

"Tapi.. aku adalah saksi dimana Eryna menderita selepas kehilangan anak dia.. dan waktu tu Eryna beritahu aku bahawa bekas suami dia menceraikan dia sebab taknak anak ni.."

Ariel gelak sinis. Dia berpeluk tubuh dihadapan Dylan. "Kau percayakan dia? Anak dia meninggal kan? It's mean, dia yang bunuh anak dia!"

Berombak kasar dada Eryna ketika ini. Baru sahaja dia ingin menghamburkan kemarahan, namun Dylan terus menarik kepalanya lalu dilentokkan ke dada lelaki itu. Dylan tidak mahu Eryna bergaduh disini.

Eryna mendengus. Dipeluk erat badan Dylan dari tepi selari menyembamkan wajahnya ke dada tegap lelaki itu. Elsa? Terkepit pun takpa. Asalkan dapat melihat mummy dan daddy dia berpelukan macam ni pun dia dah bahagia. Gelekek budak itu ketawa gembira.

"Kalau dia nak bunuh anak dia, dah lama dia bunuh anak tu. Tak perlu tunggu time beranak. Telan je pil gugurkan kandungan sewaktu kandungan masih awal. Tapi.. Eryna tak buat macam tu. Dia cuba sedaya upaya bertarung nyawa melahirkan anak itu..."

Dylan mengetap bibir menahan sebak. Digosok lengan Eryna ketika ini. "Aku tahu semua tu.. sebab aku pernah tengok arwah isteri aku melahirkan zuriat aku. Sakit.. pedih.. penat.. jeritan dia.. sangat menyakiti jiwa lelaki aku.. pengorbanan ibu melahirkan anak tiada tandingan..."

Eryna mula menangis mendengar itu. Dipeluk erat badan Dylan ketika ini. Dylan mencium sekilas kepala Eryna apabila dia dapat merasakan badan itu sedikit menggigil. Ariel pula hanya perhatikan sahaja adegan sweet Dylan terhadap Eryna ketika ini.

"Buat apa Eryna bertarung nyawa melahirkan zuriat korang kalau dia tidak mahu anak itu hidup? Boleh kau jawab soalan aku tak, Ariel?"

Ariel mendengus mendengar itu. Diraup kasar wajahnya. Dia mencerlung kearah Eryna sebelum melangkah keluar dari situ.

Dia kalah. Kerana dia silap menilai orang. Fikirnya dia boleh menipu Dylan namun Dylan seorang lelaki yang tidak mudah mempercayai tanpa bukti.

Ariel senyum senget. "Takpa.. kau bahagia la dulu dengan kekasih kau. Kau tengok la apa yang terjadi pada hubungan korang nanti.. aku takkan biarkan kau bahagia dengan lelaki lain, Eryna.." bisik Ariel dengan senyuman yang tidak boleh ditafsir.

Dylan mengeluh melihat langkah Ariel yang makin menjauh. Dia menunduk melihat Eryna yang masih mengalirkan air mata. Terpejam mata Eryna saat ini.

"Shh.. dia dah takde dah.." bisik Dylan seraya menggosok lengan Eryna. Eryna hanya diam tak bersuara. Dylan mencium lama kepala wanita itu.

"You pergi tandas.. tenangkan diri you. Cuci muka you tu agar lebih segar.. jangan layankan sangat sedih you ni. I tak sanggup tengok you menangis depan mata i.."

Bisik Dylan selari menyisir rambut ikal mayang Eryna yang menghalang pandangannya kearah wajah basah Eryna.

Eryna tersebik. Dia mencelik mata lalu terkedip-kedip dihadapan Dylan. Dylan menjungkit kening dengan senyuman. "Why?" Bisiknya seumpama memujuk.

Eryna menggigit bibirnya. "I buruk ke sekarang? Maskara i.. comot tak?" Tercetus tawa Dylan mendengar soalan itu. Dia menepuk perlahan bahu wanita itu.

"Comot pun cantik masalahnya.." Eryna memuncung mendengar itu. Ditepuk perlahan dada Dylan sebelum melonggarkan pelukan mereka.

Eryna mengesat air mata dipipinya. Dylan senyum perhatikan itu. Dia menunduk ke dadanya. "Gosh Eryna.. patutlah i rasa dada i basah. Rupanya air mata you. Ingat ke susu badan i bocor tadi."

Berkerut dahi Eryna. Ditampar kuat dada Dylan. "Ish tak senonoh betul.. jom Elsa, teman mummy masuk tandas. Jangan layan daddy ni. Kita merajuk dengan daddy je harini okay?"

Tanya Eryna selari badan direndahkan mendukung Elsa. Elsa melingkarkan tangan ke leher Eryna lalu mengangguk.

"Hm! Harini Elsa nak luang masa dengan mummy je. Daddy no no no.." ujar Elsa selari menggoyangkan jari telunjuknya dihadapan wajah Dylan. Tergelak Dylan melihat itu.

Diperhatikan sahaja Eryna dan Elsa yang sedang menuju kearah pintu tandas wanita. Dia menjeling black one dan black two.

"Tunggu apa lagi? Pergi la teman mereka." Berkerut dahi mereka berdua.

"Err tapi tuan.. tu.. tandas wanita."

"Okay so? Kalau diorang tergelincir dalam tandas macam mana? Kalau diorang diculik? Kau nak tanggung?"

Bodyguards tersebut menggeleng laju. "Baik tuan! Kami yang menurut perintah!" Jerit mereka lalu melangkah ke tandas wanita.

Redha je la bila dijeling wanita-wanita disitu. Nak buat macam mana kan? Ada kesayangan tuan Dylan dekat situ..

TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

DYLAN : RICH OF LOVE [C]Where stories live. Discover now