BAB 33👠

17.6K 776 11
                                    



DYLAN mendengus apabila tidurnya tidak lena malam ini. Dia mencelik mata tatkala merasakan ada sesuatu menindih badannya. Terbeliak matanya melihat tangan serta kaki Elsa sudah bertapak diatas perutnya.

Dylan mendengus perlahan. Sudahlah dia tidak boleh tidur! Elsa pula menindihnya! Kenapa dia tidak boleh tidur?? Sebab dia tidak boleh merasmikan bantal peluk baru dia!

Ahhahahahah gatal betul si duda ni.. mengada pula tu.

Dylan menoleh ke kirinya. Tersenyum dia melihat isterinya yang sedang tidur mengiring. Cantik sahaja wajah wanita itu diulit lena. Dia memandang pula anaknya yang tidur buas. Dylan senyum senget.

Elsa banyak mengambil ruang diatas katil. Ia bermakna, Dylan boleh la tidur ditepi Eryna kerana Elsa sedang mengambil ruangnya ketika ini.

Dylan bangun dari baringnya perlahan-lahan. Dia menuruni katil lalu melangkah perlahan-lahan ke penjuru katil dimana isterinya berada. Dia naik keatas katil lalu berbaring dibelakang Eryna.

Dylan meletakkan kepala diatas bantal Eryna lalu memeluk pinggang Eryna dari belakang. Muka disembamkan ke ceruk leher Eryna lalu dicium bertalu-talu leher jinjang itu. Tersenyum dia apabila ada bekas memerah di leher Eryna.

Hehe mesti sebab semalam.. dia ada menggigit leher Eryna sewaktu mereka sedang foreplay. Geram! Putih sangat.. macam kuih tepung pelita. Itu yang dia gigit tu..

Terjaga Eryna dari tidurnya apabila merasakan ada sesuatu hangat melekap di lehernya. Dia menoleh perlahan-lahan ke belakangnya. "Biy?" Panggilnya dengan suara seraknya.

Dylan panggung kepala. Bibir mengoyak senyuman tipis. Dicium lama pipi kemerahan idamannya itu. Eryna senyum dengan mata terpejam. Diusap pipi suaminya yang melekap di pipinya.

"Why are you here?" Bisik Eryna. "Shh.. nanti Elsa dengar.." bisik Dylan ditepi telinga Eryna. Eryna senyum mendengar itu. Matanya pejam celik pejam celik..

Dia nak tidur.. tapi si Dylan ni pula nak perhatian darinya. Nak taknak, Eryna kena layan baby besar dia dulu sebelum diulit lena.

"Kenapa you baring sini? Bukan kawasan you dekat sana ke? Sini sempit la biy.." bisik Eryna seraya kepala menoleh ke arah suaminya.

Dylan mengeluh. "I wanna sleep with you.." bisik Dylan dengan riak tersebik. Eryna senyum tipis. Dia memusingkan badannya perlahan-lahan untuk mengadap suaminya. Dylan pula hanya perhatikan sahaja gerak-geri isterinya yang seumpama jenayah.

"Kenapa tak beritahu? Hm?" Tanya Eryna yang sedang mendongak ke arah suaminya. Tangan mengelus kumis suaminya. Dylan mencebik. "Kan i dah beri signal tadi sebelum you tidur? You je yang tak perasan."

Eryna gelak perlahan dengan mata mengantuknya. "Ooh.. yang pasal muka you yang masam mencuka tu ea?" Dylan berdecit. Dipeluk makin erat badan Eryna sehingga hidung Eryna terpenyek didadanya

"Biy!" Marah Eryna dengan nada berbisik. "Shh.. sleep.. i nak bantal peluk i je.. sebab tu i datang pada you.." bisik Dylan seraya mencium serta menghidu rambut isterinya.

Eryna senyum. Diselesakan kedudukannya lalu dia mendongak ke suaminya. Dylan pula menunduk memandang isterinya yang sedang menempel dengannya tika ini.

"Love you.." bisik Eryna lalu mencium dada Dylan bertalu-talu. Lebar senyuman Dylan mendengar itu. Dipeluk makin erat badan gebu seumpama kapas didalam dakapannya ini.

"And i love you more my sayang.." bisik Dylan lalu mengangkat kakinya naik menindih keatas paha Eryna. Eryna ketawa kecil. Sangat erat pelukan mereka ketika ini. Dah macam bercantum pula. Nak buat macam mana kan?

Ruang dikatil jadi sempit kerana Elsa tidur buas.. jadi mereka berdua pun tidur berpelukan begitu untuk mendapatkan ruang.

Hakhak alasan. Memang ada niat nak peluk erat pun diorang ni.. sengaja salahkan Elsa la tu.

DYLAN : RICH OF LOVE [C]Where stories live. Discover now