BAB 27👠

15.2K 844 33
                                    



"COME young man. Take a seat.." jemput grandpa kepada Dylan. Dylan senyum. Dia melangkah mendekati sofa mahal itu lalu dihenyak punggung disitu. Diperhatikan sahaja ramai bodyguard yang menjaga setiap penjuru rumah agam ini.

Dylan meneguk liur kesat. Ni kalau dia buat hal, konfirm pecah kepala dia.. mana taknya? Setiap bodyguard mempunyai senjata api dibahagian pinggang mereka.

Grandpa berdehem kejap lalu melontarkan senyuman tipis kepada Dylan. Dylan hanya senyum kekok sahaja.

"Grandpa, i let you discuss with him. I will back later.." bisik Delisha ditelinga grandpa. Grandpa mengangguk membenarkan. Delisha keluar dari ruangan itu. Dia pun seram sejuk juga dengan penjaga grandpa tu..

"So.. what's your name, young man?" Dylan berdehem lalu senyum. "Dylan.. Dylan Aldrich.."

Grandpa mengerdip mata kejap lalu mengangguk. "Ohh.. Mr Aldrich?" Dylan menggeleng. "Just call me Dylan, err mister?"

Grandpa senyum tipis. "My name is Edward. But nah.. you can call me grandpa.." ujar Mr Edward dengan senyuman tipis.

Dylan senyum sahaja ketika ini. Agaknya, inilah perasaan Eryna ketika bertemu Puan Dayana. Kekok dan berdebar. Hakhak.

"Delisha told me that you are someone who is very close to my lovely granddaughter... is that true?" Dylan senyum tipis lalu mengangguk.

Mr Edward senyum lalu mengangguk. Diperhatikan sahaja Dylan yang sedang meramas kedua tangannya ketika ini.

"Selesakan diri you dengan i.. jangan gementar." Dylan panggung kepala dengan dahi berkerut. "Grandpa.. pandai bahasa melayu?"

Mr Edward senyum. "Of course.. dah menantu i orang melayu, jadi i kena lah belajar bahasa malay. But.. you know lah. Ada juga bahasa yang i tak faham. I cuma faham bahasa asas sahaja.."

Dylan senyum lebar lalu mengangguk. "Terkejut juga Dylan tadi sebab muka grandpa 100% macam orang England tapi grandpa pandai berbahasa melayu."

Mr Edward senyum lebar. Well. Dia memang murah dengan senyuman..

"Cucu i keturunan melayu. Nak taknak, i kena belajar juga bahasa dia untuk fahami apa yang dia leteri.." Dylan tergelak. Dia yakin pasti Eryna suka membebel ni..

Mr Edward mengeluh seketika. "You datang sini sebagai kawan rapat Eryna ya?" Dylan senyum tipis lalu menggeleng. "Bukan.."

Berkerut dahi Mr Edward. "Habis tu sebab apa? You jangan kata.. you datang sini nak serang Eryna disebabkan fitnah yang berleluasa tu pula.." tanya Mr Edward seraya memincingkan mata ke arah Dylan.

Para bodyguards yang nampak akan itu terus memacu pistol ke arah Dylan. Terbeliak mata Dylan. Dia terus mengangkat tangan tanda beralah. Fuh.. mengerikan..

Dylan menggeleng laju. "No.. bukan macam tu grandpa.. Dylan datang sini.. untuk.." Mr Edward menjungkit kening. Dylan menggigit bibir lalu berdehem.

"..masuk meminang.. cucu grandpa.. boleh?" Tanyanya gugup. Berkerut kejap dahi Mr Edward. Mata terkedip-kedip kearah Dylan. Dylan menggigit bibir melihat wajah terpinga-pinga Mr Edward.

"Me..meminang? What is that?" Tanya Mr Edward dengan slang omputehnya. Dylan senyum kecil. Dia lupa pula Mr Edward tidak memahami kesemua bahasanya.

"I mean.. Dylan datang sini untuk meminta restu dari grandpa untuk.. merestukan perkahwinan Dylan dan.. Eryna.."

Terbeliak mata Mr Edward mendengar itu. "What? Kahwin? Dengan cucu i tu?" Dylan menggigit bibir. Dianggukkan kepalanya.

Mr Edward mengangguk. Dia menunjukkan signal kepada bodyguards. Mereka terus menurunkan senjata apabila menerima arahan itu. Dylan menghela nafas lega. Fuh.. nasib baik.. hampir tak bernyawa tadi.

DYLAN : RICH OF LOVE [C]Where stories live. Discover now