BAB 28👠

16K 826 64
                                    



"WHAT the hell are you doing here?!! Balik! I taknak tengok muka you lagi!" Jerit Eryna terhadap Dylan. Tersentak kejap Dylan apabila dijerkah begitu.

"Eryna.."

"WHAT?!! Buat apa you tunjukkan muka you depan i?! I dah cakap kan? Kali terakhir kita berjumpa adalah sewaktu you hina dan caci i! Dan i dah berjanji pada you yang i nak jauhkan diri dari you! Tapi sekarang kenapa?! Kenapa you tercegat depan mata i pula?!!"

"Sweetie.." tegur Mr Edward apabila kelihatan cucunya tidak boleh menahan amarah. Berkerut halus dahinya melihat Eryna seumpama dirasuk.

Eryna bernafas tercungap-cungap memandang Dylan yang masih merenungnya dengan pandangan redup.

"Bodyguards! Kick him out from this house! He's not a guest but he is my enemy!" Jerit Eryna lagi.

Dan sekali lagi Bodyguards memacu pistol kepada Dylan tanpa ragu-ragu. Dylan pula hanya fokus pada Eryna sahaja sekarang ini. Dia langsung tidak endahkan pistol yang sedang mengelilinginya.

"Sayang.. i'm sorry.." ujar Dylan dengan riak bersalah. Eryna menggeleng. "Balik Dylan. I taknak lagi jumpa you. Balik ke Malaysia dan hidup la disana seperti biasa! Anggap sahajalah bahawa kita tak pernah berjumpa!" Jerit Eryna dengan esakan.

Dylan menggeleng dengan mata berkaca. Dia melangkah menghampiri Eryna.

"STOP!" Jerit bodyguard disitu. "Just shoot me. I don't care. I just want see her face.. i cuma nak hilangkan rindu i pada dia.. itu sahaja.." ujar Dylan dengan linangan air mata. Mata masih merenung wajah basah Eryna.

Mr Edward mengangkat tangan ke arah bodyguardnya tanda berhenti mengacu pistol kepada Dylan. Bodyguard tersebut mengeluh.

"But mister.. madam.."

Mr Edward menggeleng. Diletakkan jari dibibir sebagai tanda diam. mereka akur. Diturunkan senjata mereka buat kali ke berapa pun entah.

Eryna mendongak memandang Dylan yang sedang menunduk kearahnya. Dylan senyum tipis. Diusap pipi basah Eryna ketika ini.

"Please give me second chance.. i janji i akan jaga you sehabis baik selepas ini.. i.. akan percayakan you sahaja.. i cuma inginkan you, Eryna.." bisik Dylan perlahan.

Eryna menggeleng. "Tapi i taknak.. i dah serik. You kata you cintakan i.. tapi you tak percayakan i.. antara cinta dan percaya, i lebih utamakan kepercayaan. Jika tiada kepercayaan dalam percintaan, maka hancurlah hubungan itu. And yes. You dah hancurkan hubungan kita...

...dan hati i dah hancur berkecai umpama kaca yang retak.. sekarang, hati i dah dirobek oleh orang yang i sayang.. oleh orang yang i anggap harapan i.. kaca yang dah pecah sudah tidak boleh dicantumkan kembali... i harap you faham maksudnya itu."

Ujar Eryna lalu mengesat kasar air matanya. Dia melanggar bahu Dylan lalu ingin melangkah menaiki tangga namun Dylan menarik perlahan tangannya.

Terhenti langkah Eryna. Dylan menarik nafas dan hembus perlahan. "Kita kahwin.. i janji i akan percayakan you je.. i minta maaf dengan kata-kata i sebelum ni.. salah i sebab i percayakan video tu berbanding you.."

Eryna menggeleng. Direntap kasar pegangan Dylan. "You bayangkan, ada orang hantar video tu selepas kita dah berkahwin. Dan you percaya bulat-bulat video tu berbanding dengan keterangan dari i. Apa akan jadi pada i? You nak ceraikan i? You nak i jadi janda balik? Macam tu?"

Dylan menggeleng. "Tak sayang.. of course i akan ajak berbincang.." rayu Dylan lagi. Eryna gelak sinis. Diseka air mata dipipi.

"Jangan membohong la.. sekarang you boleh la kata macam tu. Tapi jika ia betul-betul berlaku lagi macam mana? You terlalu ikutkan amarah you sehingga you langsung tak percayakan kata-kata i. And now, i give up. I takkan libatkan diri i dalam perkahwinan atau percintaan lagi. I penat. I nak keluar dari dunia cinta."

DYLAN : RICH OF LOVE [C]Where stories live. Discover now