BAB 47👠

13.6K 752 29
                                    



PUAN DAYANA setia menggosok belakang badan menantunya dengan senyuman tipis. Sedari tadi Eryna memeluknya erat. Wanita itu menangis terhinjut-hinjut dalam dakapan Puan Dayana.

"Mama.. i love my mom and dad.. i miss them so much but they.. they.. they hate me.." adu Eryna dengan esakan. Puan Dayana senyum. Dielus kepala menantunya.

"It's okay.. Eryna anak yang baik.. mama yakin mom dan dad Eryna pun sayangkan Eryna juga.. mungkin mereka masih dengan ego mereka kerana itulah mereka masih menunjukkan reaksi benci pada Eryna..

...namun mama tahu. Jauh dari sudut hati mereka, pasti mereka juga merindui anak tunggalnya ini.. tapi biasalah.. manusia menangkan sangat ego mereka sehingga hubungan terputus.."

Eryna tersebik mendengar itu. "Mama.. Eryna pun ego juga ke? Sebab.. Eryna tak pernah cari ibubapa Eryna.. Eryna.. anak derhaka ke?" Tanyanya dengan sebik.

Puan Dayana panggung kepala kearah Dylan. Dylan hanya senyum tipis sahaja. Dia hanya perhatikan sahaja isterinya yang sedang menggogoi pada Puan Dayana.

"Tak.. Eryna bukan anak derhaka.. Eryna beritahu mama yang Eryna dah cuba berjumpa mom dan dad kan? Tapi.. mereka halau Eryna kan?"

Eryna mengangguk sahaja. Puan Dayana senyum. "Ia bermakna Eryna dah cuba sehabis baik untuk mengeratkan silaturrahim bersama ibubapa Eryna.. bukan salah Eryna dalam hal ini.."

Eryna menarik hingusnya. "Betul? Jadi.. Eryna tak jahat la kan?" Dylan senyum mendengar itu. Comel sahaja si diva ni.. macam budak-budak pula hakhak.

Puan Dayana senyum. Dielus pipi Eryna. "Ya sayang.. Eryna anak paling baik.. mama pun dah jatuh sayang dah pada Eryna.. itu yang mama hairan. Macam mana orang lain boleh bencikan Eryna sedangkan Eryna ni baik.. cantik pula tu.."

Eryna senyum lebar mendengar itu. Puan Dayana pula hanya mengelus rambut Eryna. Haih. Tak pernah ada anak perempuan.. itu yang jatuh sayang sangat pada Eryna tu..

"Dah.. Eryna pergi la rehat dalam bilik sebelum balik.. Elsa pun dah tidur dah dalam bilik dia.. kalau Eryna nak tidur dengan Elsa, pergi la masuk bilik sebelah kiri nombor 3.. bilik tu memang khas untuk Elsa.."

Eryna senyum lalu mengangguk. Dia melepaskan pelukannya bersama mertuanya. Puan Dayana senyum. Diseka air mata di pipi Eryna.

"Comot dah menantu mama ni.. dah macam Elsa pula waktu dia merajuk dengan daddy dia.." Eryna tergelak mendengar itu.

"Eryna comel kan?" Tanya Eryna manja. Saja.. nak bermanja dengan Puan Dayana. Dengan siapa lagi dia nak bermanja seumpama anak emas jikalau bukan dengan mertua sendiri kan?

Dylan dan Puan Dayana ketawa kecil mendengar itu. "Ya.. Eryna comel dan cantik sangat.." puji Puan Dayana seraya mengusap pipi Eryna. Eryna senyum lebar mendengar itu.

Dylan yang melangkah menghampiri Eryna. Digenggam tangan Eryna lalu ditarik isterinya itu. Eryna akur. Dia bangun dari duduknya.

"Dylan bawa Eryna naik dulu mama.." ujar Dylan perlahan. Puan Dayana mengangguk. Namun seketika dahinya berkerut.

"Ehh kejap.. mama nak berbincang sesuatu dengan Dylan.." Eryna mengangguk. "Ok.. you pergi la bercakap dulu dengan mama.. i boleh naik sorang.."

Dylan menoleh ke arah Eryna. "Sure? I bimbang you jatuh la sayang.." Eryna tergelak lalu dipukul perlahan dada suaminya.

"Ishh.. you ingat i lemah sangat ke? I boleh la.. you berbincang la dulu dengan mama. I pergi bilik Elsa.." Dylan senyum lalu mengangguk.

"Alright then. Hati-hati." Bisik Dylan lalu dikucup sekilas ubun-ubun isterinya. Eryna senyum. Dilepaskan pegangan mereka lalu dia terus melangkah menaiki tangga.

DYLAN : RICH OF LOVE [C]Where stories live. Discover now