BAB 56👠

10.6K 636 25
                                    



TERPEJAM mata Eryna tatkala sang suami menyuapnya buah mangga ketika ini. Dikunyah buah itu dengan senyuman lebar.

"Ermm sedapnya biyy.." Dylan senyum mendengar itu. Dia hanya perhatikan sahaja isterinya yang sedang menikmati buah itu.

Yang sebenarnya, buah itu daripada Puan Elena. Puan Elena pernah mengandung, dan dia yakin Eryna pasti ingin makan buah masam-masam manis untuk menghilangkan loya tekak.

Bagi Puan Elena, tidak mengapalah jika Eryna tidak mahu bertemunya buat masa ini. Menjaga dari jauh pun Puan Elena sanggup asalkan dia boleh menebus kesalahannya sebelum ini.

Dylan mengusap bibir comot isterinya lalu dijilat jarinya itu. Eryna senyum sahaja dilayani begini oleh suaminya.

"I pun ada asam juga.. kalau you rasa loya, makan la asam ni." Dylan mengeluarkan plastik asam yang beraneka rasa.

Bersinar mata Eryna melihat itu. "Takpe ke i makan? Tak sakit perut?"

Dylan menggeleng. "Makan waktu loya je.. jangan makan setiap masa. You want it?" Dylan menghulurkan asam kepada Eryna. Eryna terus menyambut huluran suaminya dengan mata terpejam.

"Sedapnya biy.."

Dylan senyum. Asam ini Tuan Eric yang beli untuk anaknya. Dia pernah muntah dan loya tekak sewaktu Puan Elena mengandungkan Eryna dulu.

Jadi, dia yakin Eryna memerlukan makanan masam seperti ini. Kerana itulah dia memberikan asam ini kepada menantunya supaya Dylan memberikan makanan itu kepada Eryna.

Puan Elena dan Tuan Eric sama-sama rasa bersalah. Oleh itu, dia hanya menjaga Eryna dari jarak jauh sahaja.

"Biy.. macam mana you tahu i perlukan mangga dan asam ni?"

Dylan meneguk liur. Dia sudah berpeluh tatkala isterinya mula bertanya soal itu.

"Err i kan pernah jaga mama Elsa waktu dia mengandung dulu.. jadi, i tahu serba sedikit tentang tu."

Eryna mengangguk. "Ooo waktu i mengandung anak pertama i dulu, i takde muntah-muntah.. i sihat je. Tapi tu lah.. suami takde waktu tu. Emosi ibu mengandung tak stabil. Nak juga dibelai dan dijaga sepertimana you jaga mama Elsa dulu..

...tapi nak buat macam mana? Bekas suami i langsung tak ambil peduli.. hidup i kontang kanting sendiri.."

Dylan mengeluh perlahan mendengar itu. Dia bangun dari duduknya lalu mendekati isterinya. Didongakkan wajah Eryna agar isterinya itu memandangnya.

"It's okay.. i kan ada? I akan jaga you sepanjang you mengandung. Nope, bukan waktu mengandung je, tapi setiap masa i akan jaga isteri. Don't thinking too much okay? Ingat satu perkara sahaja. I adalah i. I takkan jadi seperti masa lalu you tu. Just trust me, can you?"

Eryna mengangguk. Dipeluk tubuh suaminya lalu digeselkan wajahnya ke perut sang suami.

"Thank you so much, Dylan. I dah ada tempat bermanja selepas you hadir dalam hidup i.. i ada tempat mengadu dan tempat bercerita.. i selesa dengan you, biy." Eryna mendongak memandang sang suami.

Dylan senyum. Direndahkan badannya lalu dicium dahi sang isteri. Bibir nakal merayap ke seluruh wajahnya serta bibir sang isteri. Diturunkan lagi wajahnya lalu bibirnya meliar ke batang leher isterinya.

"Same goes to me, sayang." Bisik Dylan perlahan. Eryna senyum. Dibelai rambut tebal suaminya itu. Dicium lama kepala sang suami. Dibiarkan sahaja bibir suaminya meliar ke leher jinjangnya.

Sesekali dia tergelak tatkala lidah Dylan menyentuh lehernya. "Heheheh biy.. geliiii." Rengek Eryna sambil memukul perlahan bahu suaminya.

Dylan senyum. Dia sengaja lakukan itu agar Eryna kembali ketawa seperti sebelum ini. Dia tidak mahu Eryna teringat kisah silam lagi.

Dylan juga ada kisah silam yang menyakitkan. Namun lama-kelamaan, dia lupakan kisah itu dan teruskan kehidupannya bersama Eryna dan anak-anaknya nanti.

Because she's the one.. the only one for Dylan..

*:・゚✧*:・゚

DYLAN menggigit kukunya sambil mata tertancap ke skrin komputer di bilik kerjanya. Sekarang sudah masuk jam 10 malam namun Dylan masih lagi berada disini untuk menyelesaikan tugasannya.

Maklum lah, sudah banyak hari bekerja separuh masa demi menjaga isterinya itu. Kandungan Eryna pula sudah masuk 4 bulan saat ini.

Perut Eryna sudah semakin kelihatan bentuknya. Badan Eryna juga sudah naik. Nampak tembam sahaja diva itu heheh.

Selama ini badan langsing dan kurus. Sekarang semua sudah tembam. Pipi la yang paling ketara kerana Dylan sentiasa memberi apa yang Eryna ingini.

Memang la Dylan kawal pemakanan Eryna, namun jika Eryna merengek inginkan sesuatu, dia pun berikan sahajalah.. tak tahan juga dengar rengekan isteri manjanya itu.

Tapi Dylan sudah bijak. Dia terhadkan pemakanan Eryna agar Eryna tidak makan berlebihan. Manis takpa, jangan berlebih. Begitu juga dengan masam dan masin.

Sedang-sedang sahaja..

"Biy.." Dylan menoleh ke arah suara serak itu. Tersenyum dia melihat isterinya melangkah ke arahnya dengan bibir tersebik. Sudahlah tangan itu menggosok mata, rambut pula berselerak.

Aihh.. ni mesti terjaga kerana suami tiada ditepi ni.. tadi Eryna mengantuk awal. Jadi, Dylan mendodoi la isteri manjanya itu. Tak sangka pula Eryna tidur pukul 9. Awal betul mak buyung ni tidur..

Sekarang terjaga sebab suaminya tiada la tu..

"Yes sayang? What are you doing here?" Dylan memusingkan kerusinya menghadap Eryna.

Eryna terkedek-kedek ke arah suaminya dengan baju baggynya itu. Dia terus melingkarkan tangan ke leher Dylan lalu duduk diatas riba Dylan.

Automatik tangan Dylan melingkar ke pinggang sang isteri. Dylan senyum. Disisir rambut isterinya yang menghalang pandangan.

"I mengantukk.. tapi i lapar.." rengek Eryna. Kepala elok sahaja berlabuh di dada bidang suaminya. "Lapar?"

Eryna mengangguk. "Hm.. i rasa nak makan nasi goreng yang you pernah buat dulu la.. boleh tak you masakkan untuk i?"

Berkerit dahi Dylan. "Nasi goreng? Malam-malam macam ni?"

Eryna mendongak dengan bibir tersebik. Tangan naik mengusap rahang suaminya.

"Please hubby? Sikit pun jadi la.. i mimpi nasi goreng you tadi." Dylan senyum. Dicium kejap dahi isterinya.

Mata mengerling melihat carta kerja di dalam komputer yang masih belum siap. Nafas dihela perlahan.

Tak apa la. Antara kerja dengan isteri, dia harus lebihkan isteri apatah lagi isterinya sedang mengandung anaknya ketika ini.

Jadi, alamatnya Dylan tutup komputernya. Sambung esok.

Kena masak untuk baby manja dia dulu.. nak dodoi lagi.. banyak kerja pula ni.

"Alright then, jom." Dylan mencempung isterinya lalu bangun dari duduknya. Eryna terkekeh suka. Tangan melilit leher sang suami.

"Thank you biy.. love you." Eryna mencium leher suaminya bertalu-talu. Dylan senyum mendengar itu.

"Jangan berterima kasih pada i.. sepatutnya i berterima kasih pada you kerana sanggup mengandungkan anak untuk i walaupun ia memenatkan badan you.. so, setakat masak untuk you di malam hari ni, kacang je la bagi i.."

Eryna terkekeh ketawa. Tangan hinggap ke dada Dylan. "Eiii daddy ngadeee.."

Dylan tergelak kuat mendengar itu. Sesekali bibirnya nakal mencium wajah sang isteri. Eryna pula hanya membiarkan sahaja.

Dah tahu sangat sikap gatal si Dylan tu..

TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

DYLAN : RICH OF LOVE [C]Where stories live. Discover now