BAB 26👠

14.7K 830 39
                                    



ERYNA mengetap bibir menahan geram. Kejap-kejap dia memusingkan tubuh ke kanan. Kejap-kejap ke kiri. Entah mengapa dia tidak boleh lena malam ini. Seumpama bakal terjadi sesuatu pula keesokan harinya nanti.

Dia mendengus lalu bangun duduk dari baringnya. Dikusutkan rambutnya seraya mata memandang jam di dinding.

12.45 a.m.

"Dah pukul 12.45 pagi dekat sini.. ia bermaksud sekarang dah pukul 4.45 petang di Malaysia.. agak-agaknya Elsa buat apa ya sekarang?" Gumamnya sendirian.

Dia menggigit bibir. Dipanjangkan tangan mengambil telefon pintarnya lalu dibuka. Terkenyit-kenyit matanya apabila cahaya telefon menerobos ke dalam retina matanya.

Ditekan nombor Elsa lalu ditekan punat hijau. Eryna mengemaskan sedikit rambutnya yang agak kusut. Dia tak boleh tidur.. jadi, adalah sebaiknya jika dia bercakap dengan Elsa..

Manakala di Malaysia pula....

"Elsa! Mummy Elsa call ni. Cepat-cepat jawab.." ujar Puan Dayana seraya memberikan telefon kepada Elsa. Bukan main bahagia lagi Puan Dayana apabila nama Eryna tertera di skrin telefon cucunya.

Dia sudah sedia maklum bahawa anaknya dalam penerbangan ke England untuk memujuk serta masuk meminang Eryna. Namun Elsa tidak tahu akan hal itu.

Puan Dayana bimbang jika Elsa memberitahu Eryna perihal ini. Dia takut jika Eryna melarikan diri dari Dylan pula nanti.

Elsa sengih. Diambil telefonnya lalu diletakkan telefon diatas meja. Dijawab panggilan mummynya itu.

"Mummy!" Jerit Elsa dengan wajah gembira. Puan Dayana senyum melihat itu. Dia hanya duduk di tepi Elsa sahaja. Dia tidak mahu Eryna tahu kehadirannya. Takut Eryna rasa tak selesa pula nanti.

"Hye bunny.. what are you doing?" Elsa sengih menayangkan gigi yang tersusun rapi. Dia mengangkat buku melukisnya dan ditunjukkan kepada Eryna.

"I'm really bored because mummy not here.. so Elsa pun melukis dan mewarna je la.. nak ajak mummy shopping tapi mummy tak ade.." adu Elsa dengan riak sebik. Eryna ketawa kecil melihat itu.

"Pergi la shopping dengan daddy.." jawab Eryna dengan riak yang agak.. mendung apabila menyebut nama Dylan..

Elsa memuncung. Digeleng kepalanya. "Daddy takde.. daddy oustation untuk beberapa hari ni.. jadi Elsa duduk dengan tokmama dan tokpapa je.."

Eryna mengangguk faham. Sedikit sebanyak dia agak kecewa. Lupakah Dylan terhadapnya? Fikirnya Dylan akan cari cara untuk mencarinya namun dia silap.. lelaki itu langsung tidak mencarinya. Malah, lelaki itu lebih fokus melakukan kerja seperti biasa berbanding memujuknya.

Faham la dia bahawa Dylan amat bencikan dia ketika ini..

"By the way mummy, why you duduk dalam gelap?" Tanya Elsa seraya menelengkan wajahnya melihat Eryna yang sedang berada didalam gelap.

Eryna senyum. "Dekat sini dah lewat malam.. dah pukul 12 pagi. Sebab tu gelap.." Elsa mengangguk faham.

"Dekat sini petang, mummy.. sebab tu Elsa melukis je ni.." Eryna mengangguk. "Tokpapa and tokmama sihat?"

Terbit senyuman di bibir Puan Dayana apabila Eryna masih mengambil berat tentangnya. Elsa mengangguk laju.

"They're fine! Elsa pun sihat! Tapi daddy tak sihat.. muka daddy asyik monyok je sekarang.. kadang-kadang daddy telan panadol setiap kali nak masuk tidur.." ujar Elsa dengan riak sebik.

Dia pelik akan bapanya. Sering sahaja menelan ubat kerana tidak boleh tidur. Padahal Dylan tidak pernah begitu. Mungkin.. daddy terlalu penat dan tak boleh tidur kot? Sebab tu daddy telan ubat.. itu yang difikir Elsa.

DYLAN : RICH OF LOVE [C]Where stories live. Discover now