BAB 2👠

16.5K 928 58
                                    



ERYNA melangkah longlai ke hospital setelah mengebumikan anaknya tadi. Dia tiada sesiapa. Ibubapanya sudah membuangnya dari keluarga.

Ibubapanya tidak menerima Eryna berkahwin dengan Ariel iaitu bekas suami Eryna. Mereka menolak perkahwinan itu kerana mereka tidak mahu Ariel menjadi sebahagian dari keluarga mereka. Lagi pula Eryna baru sahaja berumur 21 tahun ketika itu. Masih mentah lagi.

Ariel itu sejenis yang tikam belakang. Dia hanya berkahwin dengan Eryna untuk mendapatkan harta sahaja kerana ibubapa Eryna dari keturunan kaya. Dan Eryna ni pula seorang yang polos..

Dia sejenis lurus bendul sehingga dia mempercayai semua kata-kata Ariel. Dan dia sanggup bergaduh dengan ibubapa sendiri semata-mata demi Ariel.

Namun sekarang dia menyesal kerana tidak mengikuti kata-kata ibubapanya dulu. Kalau la dia tahu ini berlaku, sudah semestinya dia tidak akan berkahwin dengan lelaki penipu itu.

Eryna duduk di bangku hospital selari menyentuh buah dadanya yang agak sakit. Berdesis Eryna ketika ini apabila merasakan dadanya begitu membengkak. Serasa hampir pecah pula dadanya ketika ini.

"Awww.. sakit.." gumam Eryna perlahan dengan dahi berkerut. Dia mencelik mata. Terbeliak matanya melihat ada kebocoran disebalik baju tshirt yang dipakainya. Berdesis Eryna ketika ini.

"Puan? Puan okay ke?" Tanya seorang nurse yang kebetulan lalu disitu. Eryna menggeleng. "Buah dada i.. rasa macam nak pecah.. sakit sangat.. tolong i.. please." Rayu Eryna dengan dahi berkerut.

Nurse itu mengerdip mata. "Puan.. baru lepas beranak ya?" Eryna mengangguk laju. "Mana anak puan?"

Eryna mengetap bibir menahan air mata. "Meninggal." Jawabnya ringkas dengan hati yang perit. Nurse itu terkesima kejap. "Mungkin puan mengalami bengkak susu.. mari ikut saya ke wad. Saya bantu puan legakan dada puan."

Eryna mengangguk. Dia bangun perlahan-lahan lalu mengikuti langkah nurse yang sedang memapahnya ketika ini.

*:・゚*:・゚

DYLAN mengeluh melihat anaknya yang masih menangis kelaparan. Dia baru sahaja pulang dari perkuburan isterinya tadi. Namun dia terlupa bahawa anaknya memerlukan susu badan ketika ini.

"Dylan.. buatlah sesuatu. Kesian cucu mama asyik menangis je ni.." ujar Puan Dayana yang sedang mendodoi cucunya didukungannya.

Dylan mengeluh. "Kejap Dylan beli susu formula." Puan Dayana menggeleng. "Tak boleh. Tak sesuai untuk bayi yang baru lahir.. dia kena hisap susu badan juga.."

Dylan mengeluh. Diraup kasar wajahnya. Serabut! Serabut dengan anaknya yang sedang menangis lagi! Serabut dengan pemergian isterinya lagi! Semuanya menyakitkan kepalanya! Nak sahaja dia menjerit ketika ini..

Biasanya perempuan meroyan. Ni kang ada kang lelaki yang meroyan kang haa..

"Macam mana mama?! Macam mana?! Ayu baru je meninggal tadi! Takkan la Dylan nak gali balik kubur Ayu untuk suruh dia menyusu Elsa?!"

"Dylan! Cuba bawak mengucap sikit.. ya Allah dia ni.." keluh Tuan Aldin dengan gelengan apabila anaknya mula merapu. Dylan mendengus. Dia mencekak pinggang sambil mendongak. Serabut sahaja pakaian yang dipakainya sekarang.

"Tumpang lalu.." ujar doktor yang sedang memapah Eryna. Puan Dayana senyum tipis lalu bergerak ke tepi sikit untuk memberi ruang kepada Eryna yang sedang berjalan perlahan-lahan ke wad.

Terkedip-kedip mata Puan Dayana melihat wajah mendung Eryna ketika ini.

Eryna berdesis sambil menyentuh dadanya. "Sakit doktor.. i dah tak tahan.. rasa pedih sangat ni.." ujar Eryna dengan titisan airmata. Berkerut kejap dahi Puan Dayana. Dia masih lagi menenangkan cucunya yang masih menangis.

DYLAN : RICH OF LOVE [C]Where stories live. Discover now