BAB 8👠

15.1K 857 59
                                    



ERYNA keluar dari bilik air seraya mengesat rambutnya yang basah. Dia sememangnya bangun awal dipagi hari walaupun ianya hari cuti sekalipun. Dia sudah dididik dari awal lagi untuk bangun selepas azan Subuh.

Kring kring!

Terjungkit kening Eryna mendengar deringan telefonnya yang berada diatas mejanya. Eryna mengeluh perlahan. "Siapa yang ganggu aku ni? Harap-harap bukan Delisha.. aku nak rest je hariniii. Please! Pleaseeee jangan ada meeting mendadak please!"

Rayu Eryna seraya mendongak keatas. Ditarik nafas lalu hembus perlahan. Kaki mengorak langkah kearah katil lalu dihenyakkan punggung disitu. Sempat dia membaiki sedikit bathrobe nya yang terdedah.

Dia memanjangkan tangan mengambil telefonnya lalu mengerutkan dahi apabila ada nombor telefon yang tidak dikenali menelefonnya. Siap video call pula tu!

"Who is this?" Bisiknya perlahan. Dia menutup kamera hadapan telefonnya lalu menjawab panggilan itu.

"Mummy! Morning!"

Terbeliak mata Eryna apabila retina matanya dipenuhi wajah seorang anak kecil didalam skrin telefon. Dia terus mengalihkan jemarinya yang menutupi kamera tadi.

"Heyy my bunny.. morning darling. Awalnya you bangun?" Tanya Eryna selari mengesat rambutnya. Tergelak dia melihat wajah Elsa yang amat rapat dengan skrin telefon. Sampai penuh skrin itu dengan wajah gadis kecil itu

"Hehhhehe you promised me that we will go shopping today right? Sebab tu Elsa bangun awal.. tapi tu la.. daddy pula yang tak bangun lagi.." ujar Elsa dengan bibir tersebik. Eryna tergelak.

Memang la tak bangun lagi.. sekarang baru je pukul 5:30 a.m. Mall pun belum bukak lagi cik adik manis oii.

"Elsa ada dekat mana tu?" Tanya Eryna selari menyandarkan badan ke kepala katil. Elsa sengih. "Sekejap mummy.." Elsa mengangkat tinggi telefon yang dipegang.

Eryna mengembungkan pipi menahan gelak apabila melihat Dylan yang masih nyenyak dalam tidurnya. Elsa terkekeh ketawa.

"Elsa ada dalam bilik daddy.. lepas je Elsa bangun dari bilik Elsa, Elsa terus ke bilik daddy untuk kejut. Tapi daddy asyik cakap 5 minutes.. 10 minutes more.. dari tadi lagi Elsa tunggu daddy bangun.."

Eryna tergelak kecil. Digelengkan kepala melihat Dylan yang masih terbongkang tidur. Dah macam budak-budak pula.. tapi takpa.. tetap nampak kacak dimata Eryna. Wuuuuu..

"Ala takpa.. nanti daddy bangun la tu. Masih awal lagi ni Elsa. Nanti pukul 9, Elsa kejutlah daddy.. kita berjumpa di mall pukul 10. Alright?"

Elsa mengangguk dengan sengihan. Tersenyum Eryna melihat rambut Elsa yang sedikit kusut. Ermmm ni konfirm lepas bangun tidur terus video call dia hakhak.

"Mummy.. boleh tak mummy kejut daddy? Daddy langsung tak bangun walaupun Elsa kejut berkali-kali. Apa kata mummy datang rumah Elsa lepas tu kejut daddy? Can you?"

Eryna berdehem mendengar itu. Whot? Pergi kerumah Dylan? Waktu macam ni? Fuhh. Meremang bulu roma.. kan si Dylan ngap dia macam mana? Sudahlah jejaka itu dah lama menduda.. takut pula kalau Eryna jadi mangsa dia kang..

"Tak boleh sayang.. tak manis la kalau mummy pergi rumah Elsa sekarang." Elsa memuncung.

"Kalau macam tu, mummy kahwin la dengan daddy. Mesti daddy and mummy can sleep together kan? And will be happy family forever.." ujar Elsa sambil mendepa tangan dengan wajah gembiranya.

Eryna menggigit bibir kejap. Gulp. Dah dua kali Elsa melamar dia ni.. Elsa betul-betul nak dia kahwin dengan Dylan ke apa?

"Elsa? Girl? Bercakap dengan siapa?" Tanya Dylan dengan suara serak basahnya. Mata masih terkenyit-kenyit dihadapan skrin telefon Elsa yang sangat cerah.

DYLAN : RICH OF LOVE [C]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon