BAB 6👠

16.3K 901 48
                                    



DYLAN dan Eryna merenung antara satu sama lain di meja makan ketika ini. Bukan renungan dengan penuh cinta, namun renungan dengan penuh rasa geram.

"You know what Dylan? I baru sahaja mendarat di Malaysia pukul 6 petang tadi. I tak sempat nak jamah makanan lagi semata-mata untuk pertemuan kita ni. You takde rasa nak minta maaf ke pada i?" Tanya Eryna selari menyisir rambut Elsa yang duduk ditepinya.

Elsa tu merengek nak duduk dengan Eryna.. maklumlah, budak tu kurang kasih sayang ibu.. itu yang melekat dengan ibu susuan dia tu.

Dylan gelak sinis. Diletakkan kedua sudu dan garfu diatas pinggan lalu diambil tisu kemudian di lap ke bibirnya. Dia berdehem kejap lalu menongkat dagu diatas meja makan. Diperhatikan sahaja Elsa dan Eryna dihadapannya ketika ini.

Berkerut kejap dahinya. Mengapa.. dia rasa muka Elsa ni seakan-akan Eryna ya? Perangai pun sebijik..

"Siapa suruh you tak jamah makanan?" Terlopong Eryna mendengar itu. Dia mendengus lalu berpeluk tubuh. Senyuman sinis ditayangkan.

"Oh really? Nak i beritahu secara details sebab apa i tak sempat makan? Alright then. Pukul 6 petang i baru sahaja sampai ke airport. And then i naik kereta. And you know what? Jalan jammed. Good. Tch."

Tergelak Dylan mendengar keluhan Eryna. Elsa pula hanya menikmati makan malamnya. Malas nak masuk campur urusan daddy dan mummy expressnya.

Eryna menilik kukunya. "Pukul 6:43 petang baru i sampai ke apartment i. And i tak sempat nak baring tau?! I kena paksa oleh Delisha untuk mandi dan bersiap semata-mata untuk berjumpa dengan you! Congrats! I bahagiaaaaaa sangat dapat jumpa dengan you dengan perut berkeroncong i ni."

Eryna menepuk kuat perut kempisnya. Dylan senyum senget. Macam... peel si Elsa sungguh.. suka sangat ingat kesalahan dia. Muahahahha.

Dylan mengangguk. "Alright? Dah habis kan? Ke ada penambahan cerita lagi? Go on. I mendengar."

Eryna menjuling matanya. "That's it." Dylan senyum. "You cakap je you nak makan apa. Tonight my treat. I belanja dari awal sehingga akhir sempena birthday Elsa. You nak makan apa?"

Eryna menolak isian pipinya dengan lidah. Dia menjengah sedikit makanan yang dimakan oleh Dylan. Berkerut dahi Dylan. Dia menunduk kearah makanan di pinggannya.

"Lamb chop? You nak lamb chop ke?" Eryna berdehem kejap lalu mengangguk. Dylan mencebik lalu mengangguk.

"Alright. Sekejap i orderkan. Waitr--"

"No! Tak.. tak perlu order.." berkerut dahi Dylan. Dia berpaling semula kearah Eryna. "Habis tu?"

Eryna menggigit bibir kejap. Bibir dimuncungkan ke pinggan Dylan. "Kalau i makan yang you punya je boleh? I tak biasa makan banyak-banyak sangat. I nak rasa sikit-sikit je sebab i tak boleh telan makanan yang sama dengan kuantiti banyak."

"Huh? Apa maksud you? I tak faham."

Eryna berdehem. Dia membetulkan sedikit dressnya. "Biasanya makanan luar negara sikit je untuk satu hidangan. Contohnya fries, lamb chop, pancake.. semuanya diberikan dalam kuantiti yang sikit. So, i dah biasa makan macam tu sehingga perut i tak boleh terima kuantiti yang terlalu banyak."

Dylan mengangguk faham. Dia lupa akan itu. "Okay then. So, you nak kongsi makanan dengan i la ni hm?" Tanya Dylan dengan senyuman senget. Eryna menjeling.

"Bukan kongsi. Tapi cuma nak rasa sahaja. Berkongsi tu dah macam lovers pulak.." gumam Eryna dengan riak jijik. Dylan tergelak kuat mendengar itu. Dia menunduk ke pinggannya lalu memotong daging itu.

Eryna meneguk liur melihat itu. Wahh. Meleleh air liur melihat betapa empuknya daging yang telah dipotong oleh Dylan ketika ini. Sudahlah tangan kekar Dylan nampak hensem ketika memotong. Hakhak! Ehhh? Silap tengok ni Eryna..

DYLAN : RICH OF LOVE [C]Where stories live. Discover now