BAB 59👠

10.6K 645 47
                                    



TIDAK terkelip mata Eryna memandang Puan Elena dan Tuan Eric yang sedang bermain aumcak pada bayi lelakinya yang sudah mencelik mata.

Bayi itu hanya terkedip-kedip melihat dua orang tua yang sedang sengih dan bermain dengannya. Sesekali bayi itu sengih jika dia terhibur. Kedua tangan pula elok sahaja dikepal kuat di tepi kepalanya.

"Oloo.. comelnya cucu nenek ni.. muka macam Eryna waktu kecil.." bisik Puan Elena perlahan. Tuan Eric mengangguk.

"Betul.. pipi pula putih-putih merah. Sebiji anak kita.."

Eryna hanya perhatikan sahaja kedua ibubapanya itu. Lebar senyuman kedua orang tuanya itu tatkala menyambut cucu mereka yang baru sahaja dilahirkan itu.

Sekarang Dylan keluar untuk membeli makanan serta mengambil makanan berpantang di rumah Puan Dayana.

Jadi, Dylan tinggalkan Eryna bersama Tuan Eric dan Puan Elena ketika ini. Jangan risau, sudah ada dua bodyguard Mr Edward yang berjaga di pintu wad.

Mana mungkin Mr Edward akan membiarkan Eryna bersendirian sahaja. Mr Edward amat sayang cucunya itu. Semestinyalah dia akan mengukuhkan kawalan sementara dia berada di Malaysia.

Pada awalnya Eryna merengek pada Dylan agar lelaki itu tidak meninggalkannya bersama kedua ibuabapanya.

Kekok la kan? Sudah bertahun-tahun tidak berjumpa ibubapanya sendiri.. itu yang dia tidak berapa selesa tu..

Namun setelah dipujuk Dylan, Eryna hanya akur sahaja. Yang sebenarnya Dylan ingin memberi ruang kepada Tuan Eric dan Puan Elena untuk merapatkan lagi hubungan mereka bertiga ketika ini.

Dylan yakin ibubapa mertuanya sememangnya sudah menyesal dengan apa yang mereka lakukan. Sepanjang Eryna mengandung, Tuan Eric sentiasa menelefon Dylan untuk bertanya khabar.

Apabila Tuan Eric mengetahui Eryna cepat penat, loya tekak dan pening, cepat-cepat dia mencari cara untuk melegakan kesakitan anaknya itu.

Dia menghantar segala peralatan serta makanan kepada Eryna melalui Dylan.

Dan.. Dylan sudah menceritakan segalanya kepada Eryna semalam sebelum masuk tidur. Sekarang Eryna sudah tahu bahawa ibubapanya juga turut menjaganya dalam diam sewaktu dia mengandung.

"Terima kasih.. sebab jaga i dalam diam." terkalih mata Tuan Eric serta Puan Elena ke arah anak perempuan mereka tatkala Eryna mengatakan itu.

Tersungging senyuman di bibir Puan Elena ketika ini. Walaupun Eryna langsung tidak memandang mereka ketika mengatakan itu, namun mereka yakin Eryna masih menyayangi mereka.

"Sama-sama.. dulu tiada sesiapa yang menjaga Eryna waktu mengandung dan berpantang.. sebab tu la sekarang dad dan mom jaga Eryna sehabis baik untuk menebus kesalahan kami.."

Eryna mengangguk. Dia menunduk sambil bermain jarinya diatas riba. Matanya mula berkaca. Bibirnya mula tersebik ketika ini. Bahunya mula terhinjut-hinjut menahan esakan.

Berkerut dahi Puan Elena melihat itu. Dia terus meletakkan cucu lelakinya ke katil bayi sebelum kaki mengorak langkah mendekati Eryna.

Tuan Eric juga turut mengikuti langkah isterinya itu. Risau juga dia melihat anaknya menangis dengan tiba-tiba seperti ini.

"Eryna.. kenapa ni? Ada sakit dekat mana-mana ke?" Tanya Puan Elena dengan riak risau. Takut juga jika Dylan menganggap dia menyakiti hati Eryna sehingga Eryna menangis ni..

Eryna menggeleng. "I miss my mom and dad so much..." ujar Eryna perlahan. Tersentak Tuan Eric dan Puan Elena mendengar itu. Puan Elena mula sebik mendengar luahan hati si anak.

DYLAN : RICH OF LOVE [C]Where stories live. Discover now