BAB 16👠

14.8K 848 25
                                    



"I terima jika you pengantinnya.." terasa seperti darah menyerbu ke seluruh muka Eryna tika ini. Mata hanya terkedip-kedip dihadapan wajah Dylan. Dadanya juga mengepam dengan begitu laju seumpama tiada hari esok. Berdebar juga dia ketika ini.

Bayangkanlah.. Eryna direnung dengan renungan yang redup oleh Dylan didalam kereta yang malap. Hanya cahaya luar sahaja yang menerangi mereka ketika ini. Sudahlah wajah serta badan Dylan amat rapat dengannya sekarang.

Bauan Dylan.. suara garau Dylan.. hembusan nafas hangat Dylan.. semuanya.. membuatkan jantungnya hampir gugur.

Eryna gelak buat-buat. Dikibas kejap wajahnya yang panas dengan kata-kata Dylan tadi. "You bergurau ni.. kan?" Tanya Eryna selari ingin merungkaikan pegangan Dylan di lehernya.

Dylan menggeleng laju. Tangannya menaik ke pipi Eryna lalu ditekup kedua pipi gebu yang mulus itu agar Eryna tidak memandang kearah lain.

"Look into my eyes.. find something that will makes you trust of my words.." bisik Dylan sensual selari dahi dilekapkan ke dahi Eryna. Eryna menggigit bibir menahan debaran.

Mata Dylan.. amat rapat dengannya.. hidung Dylan sudah berlaga dengan hidungnya.. bibir Dylan pula.. hampir menyentuh bibir munggilnya.

Eryna cuba untuk menyusun nafasnya yang tidak teratur. Liur ditelan berkali-kali. Berdebar. Takut. Risau. Malu. Semua ada dalam dirinya tika ini.

"You... lamar i?" Tanya Eryna dengan suara halusnya. Dylan senyum lalu melagakan hidung mereka berdua. Terpejam kejap mata Eryna apabila hidungnya dilenyek hidung Dylan.

"You terima?"

Eryna menggigit bibirnya. Dia hanya merenung mata Dylan. Tak betah dia berfikir apa yang bakal terjadi nanti jika mereka duduk rapat begini.

Dylan senyum. Matanya menurun ke pipi Eryna.. dia menyengetkan wajahnya lalu bibir maju menyentuh pipi lembut Eryna. Terpejam mata Eryna apabila Dylan mencium pipinya dengan ciuman dalam. Tenggelam hidung serta bibir Dylan ke pipinya ketika ini.

"Kalau you terima, i akan teruskan ke next stage.." bisik Dylan lalu bibirnya mula merayap ke telinga Eryna. Eryna hanya diam menahan debaran didada. Badannya hanya kaku. Bibirnya seumpama dizip oleh aura Dylan.

"I akan terima you masuk ke dalam hidup i jika you nak.." bisik Dylan perlahan lalu menggigit halus telinga Eryna. Deruan nafas Eryna mula tidak teratur. Badannya amat terangsang dengan ciuman hangat Dylan di telinganya tadi.

Bibir Dylan mula meliar ke pipi Eryna semula. Mata Dylan mula merenung bibir merah milik Eryna. Bibir tipis itu mula berinjak ke situ. Hampir sahaja bibirnya ingin melekap di bibir munggil yang indah itu..

"Daddy? Mummy? What are you doing?" Tanya Elsa yang sedang menggosok matanya. Dia terjaga dari tidurnya kerana kereta berhenti dengan begitu lama. Fikirnya dia ditinggalkan seorang diri didalam kereta sebab itulah dia bangun.

Tercelik mata Eryna mendengar suara kecil itu. Dia terus kalut menolak dada Dylan menjauh. Dylan pula berdehem lalu membetulkan bajunya yang sedikit berkedut. Dia berpaling kearah anaknya lalu senyum.

"Takde apa.. ada habuk masuk dalam mata mummy tadi.." jawab Dylan seraya memandang nakal kearah Eryna. Namun Eryna hanya menunduk malu. Eryna berdehem lalu mengambil begnya. Dia memusingkan tubuh kearah Elsa lalu senyum.

"Mummy balik dulu tau.. nanti kita jumpa lagi.. mummy love you." Ujar Eryna lalu mengambil tangan Elsa lalu dicium sekilas tangan kecil itu. Elsa senyum dengan mata tertutup. Ditarik tangan Eryna lalu dicium kejap tangan mummynya itu.

"Bye mummy..love you.." ujar Elsa dengan mata terpejam. Eryna senyum. Dia menoleh semula kearah Dylan. Dylan menjungkit kening.

"I? Taknak cium tangan i?" Tanya Dylan dengan senyuman senget dibibir. Eryna mendengus. Baru sahaja dia ingin memusingkan tubuh ingin keluar dari kereta, namun ada satu tangan kasar yang menggenggam lembut tangannya.

Dylan merendahkan kepala lalu mencium lama tangan lembut Eryna. Dada Eryna mula berderau tidak tentu arah. Jantungnya umpama hampir pecah ketika ini melihat bibir hangat Dylan menyentuh kulit tangannya.

Dylan melepaskan ciuman lalu panggung kepala. Senyuman tipis diukirkan. "Bye mummy.. kita jumpa untuk meeting seterusnya." Ujar Dylan lalu mengenyit mata.

Eryna memuncung mendengar itu. Dia menarik tangan Dylan lalu mencium kejap tangan Dylan. Terjungkit kening Dylan. Wahh.. dia balas ek?

"Bye daddy.. kalau taknak jumpa pun takpa. Tak kisah." Selorohnya lalu melepaskan tangan Dylan. Tergelak Dylan mendengar itu. Dia menongkat kepala memandang Eryna yang sedang keluar dari kereta.

Eryna menutup pintu kereta lalu melambai kejap kearah Dylan. "Bye.. balik lah.. bosan i tengok muka you.."

Dylan gelak. Digelengkan kepala. "Masuk la dulu.. nanti i balik. I tak bosan lagi tengok muka you."

Eryna mencebik. Ceh. Manis betul ayat tu. Hampir kena potong kaki pula kita mendengarnya.

Eryna memusingkan tubuh lalu melangkah memasuki apartmentnya. Dylan hanya perhatikan sahaja langkah Eryna sehingga Eryna hilang dari pandangannya.

Dylan senyum tipis lalu menaikkan kembali tingkap keretanya. Dia berpaling semula ke belakang. Tersenyum dia melihat anaknya yang kembali tidur lena.

"I will seduce your mummy until she obsess with me.. daddy will do it for our future.. you bakal ada mummy.. dan daddy bakal ada permaisuri dihati daddy.."

Bisik Dylan perlahan dengan senyuman yang tak lekang dibibirnya.

*:・゚✧*:・゚✧

ERYNA masuk ke dalam biliknya lalu menghempas badannya ke katil secara meniarap. Kaki digoyangkan. Kedua tangannya pula menekup kedua telinganya. Jeritan kecil kedengaran disebalik tekupan wajah ke katilnya.

Eryna mengeluh lalu memusingkan tubuhnya. Terkedip-kedip mata itu merenung siling diatas sana. Bibir menguntum senyuman seraya kedua tangan menekup kedua pipinya menahan kehangatan yang terbit dalam badannya.

"Kenapa.. kenapa dia macam tu? Kenapa.. dia seksi sangat? Arghh! Tak keruan aku!" Jerit Eryna selari menyepak kaki secara terawang-awangan. Cramp pipinya apabila senyuman mekar di bibir munggil itu.

Dia menyentuh pipi kanannya. Eryna senyum sipu. "Bibir dia.. melekap dekat sini tadi.. lepas tu.." tangan Eryna menyentuh telinganya yang sudah memerah. "...bibir dia meliar ke telinga aku.. and then..."

Tangannya menyentuh bibirnya pula. Eryna kulum senyum. Dia menekup mukanya lalu menjerit disebalik tekupan itu. Badan bergolek-golek diatas katil meluahkan kebahagiaannya.

"Dia.. hampir kiss aku!! Eiii! Dasar duda hot gatal.. sudahlah nak cium depan anak pula tu.. maluu.." bisik Eryna perlahan. Bibir masih menguntum senyuman lebar.

Dia.. tidak tahu apakah maksud perasaan ini. Gembira? Malu? Gementar? Ci-cinta? Dia tak tahu.. yang penting, hatinya gembira. Jiwanya bergelora. Jantung mengepam laju. Masih terasa bibir hangat yang menyentuh wajahnya tadi.

Masih.. terasa bibir hangat itu melekap di tangannya sebentar tadi.

"Elsa.. daddy awak gatal la.. boleh pula goda mummy macam tu.. dia ingat dia hensem ke buat macam tu? Tapi memang hensem pun. Hehe."

Entahlah. Dah gila gamaknya Eryna ni. Bercakap sendirian. Senyum sendirian. Gelekek sendirian. Ni kalau Delisha nampak, harus dia bawa cik puan dia ke hospital sakit jiwa ni.

TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

DYLAN : RICH OF LOVE [C]Where stories live. Discover now