BAB 32👠

17.8K 876 35
                                    



SUDAH tidak hairan angin malam menerpa badan mereka ketika ini. Ketika orang lain merasakan dingin angin malam, mereka berdua pula hanya merasakan kepanasan asmara sahaja.

Mata masih merenung antara satu sama lain tika ini. Disalurkan rasa cinta yang membuak-buak melalui renungan yang redup. Mata Dylan mula tertancap ke bibir kemerahan Eryna. Dia menyengetkan kepala lalu meragut nafas wanita itu tanpa bersuara.

Eryna memejam mata erat. Dia membalas ciuman sensual suaminya itu. Kaki dijinjit untuk menyamai ketinggian suaminya. Kasihan juga Dylan kerana lelaki itu terpaksa membongkok ketika menciumnya.

Dylan makin membuas. Ciumannya makin dalam sehingga Eryna terpukau dengan ciuman hangatnya itu. Berona merah pipi Eryna ketika ini. Rasa malu menikam diri padahal sebelum ini dia juga yang memulakan sikap nakalnya itu.

Eryna makin mengeratkan pelukan. Dia memerlukan Dylan untuk menahan badan dari terjelumpuk jatuh kerana lutut Eryna sudah lemah longlai dengan sentuhan hangat Dylan.

Dylan melepaskan ciuman lalu melekapkan dahi mereka berdua. Eryna dan Dylan bernafas tercungap-cungap seraya mata memandang antara satu sama lain.

Dylan senyum tipis. Diperhatikan sahaja bibir basah Eryna ketika ini. "You okay?" Tanyanya perlahan. Eryna menggigit bibir lalu mengangguk. Ditarik kembali kepala suaminya lalu dilekapkan bibir mereka kembali.

Dylan mencium rakus isterinya itu. Kedua tangannya mula mengangkat kedua paha Eryna. Eryna yang faham akan itu terus melilitkan kedua kakinya ke pinggang Dylan. Tautan bibir mereka masih diteruskan.

Dylan melangkah ke katil mereka. Kedua-duanya sedang dalam mabuk asmara. Langsung tidak hairan akan hal lain. Sekarang ini mereka hanya fokus dengan diri mereka sahaja.

Dylan membaringkan Eryna perlahan-lahan diatas katil lalu dia naik menindih Eryna. Eryna melepaskan ciuman lama mereka lalu mengusap leher Dylan. Dylan senyum melihat wajah kemerahan Eryna tika ini.

"Your lips so sweet.. and i love it when your lips be so wet like this.." bisik Dylan seraya mengusap bibir Eryna. Eryna meneguk liur mendengar bisikan sensual itu.

Dylan merendahkan badannya. Kedua tangannya ditongkatkan ke tepi telinga Eryna agar dia tidak menindih penuh badan Eryna. Bibirnya mula mencari leher jinjang wanita ini. Dilekapkan bibirnya ke leher Eryna sehingga badan Eryna mula meliuk.

Kedua tangan Eryna menyentuh lengan sasa suaminya. Kadang-kadang dia mencengkam sedikit lengan Dylan apabila merasakan gigi Dylan bergesel ke leher putihnya.

Dylan senyum. Dicium lama bahu terdedah Eryna. Terpejam mata Eryna tatkala merasakan kumis Dylan menyentuh bahunya.

Dylan mengangkat kepalanya. Dicium kejap bibir terbuka Eryna. Tangan mengusap lembut lengan isterinya sebagai tanda bertenang.

Tok tok!

"Mummy! Daddy! Elsa nak sleep dengan mummy dan daddy!"

Terhenti ciuman Dylan di badan Eryna apabila mendengar suara kecil itu disebalik pintu bilik mereka. Eryna menyusun nafas. Dia menunduk memandang Dylan yang sedang menayangkan riak pasrah.

Eryna tergelak. Diusap pipi suaminya itu tanda memujuk. "Why sayang? Kenapa Elsa ganggu i sewaktu i sedang nikmati you?" Tanya Dylan dengan riak monyok. Eryna tergelak perlahan. Dibelai rambut lelaki yang sedang menindihnya ketika ini.

"Takpa.. kita masih ada masa lain.. mungkin Elsa nak tidur dengan i tu.. dia dah lama nak tidur dengan i kan?" Dylan mengeluh. Disandarkan dahinya ke tengah dada Eryna yang terdedah.

"But i wanna sleep with you too.. just you and me.. alone.." gumam Dylan didada Eryna. Tercetus tawa Eryna apabila merasakan hembusan nafas Dylan didadanya.

Ditepuk perlahan belakang badan Dylan. "Dah.. bangun. Kesian Elsa tunggu kita tu.." bisik Eryna. Dylan mengeluh redha. Dia bangun dari baringnya lalu menatap wajah Eryna. Eryna hanya menayangkan senyuman sahaja.

Dylan senyum. Dicium sekilas leher Eryna. Dipakai kembali tali gown yang terlorot tadi. Diusap dan disisir rambut isterinya yang agak kusut.

"Kejap i bukakan pintu.." bisik Dylan lalu bangun dan melangkah ke pintu. Eryna bangun dari baringnya lalu bersandar di kepala katil. Tersenyum dia melihat langkah longlai Dylan membuka pintu.

Eryna menggeleng kepala sahaja. Dylan tu nakal betul.. tak menyempat betul nak buat semua benda..

*:・✧*:・゚✧

TERSENYUM Eryna melihat wajah suaminya yang langsung tidak manis dihadapannya tika ini. Masam mencuka wajah lelaki itu. Langsung tidak senyum ke arahnya malah lelaki itu hanya menayangkan riak cemberut sahaja.

Mengapa? Kerana mereka terpisah diatas katil. Elsa merengek nak tidur ditengah-tengah ibubapa dia. Jadi, Elsa telah menolak Dylan menjauh dari Eryna. Dylan apa lagi? Cemberut la dia bila dia berjauhan dengan bantal peluk dia..

Eryna tidur mengiring kekanan iaitu mengadap Elsa dan Dylan. Diperhatikan sahaja wajah suaminya yang masam itu. Dylan mengeluh. "Kenapa tengok i macam tu?" Tanyanya perlahan agar suaranya tidak menganggu lena Elsa.

Eryna senyum. Walaupun suara lelaki itu mendatar, namun dia tahu suaminya sedang merajuk dan menahan geram ketika ini.

"Comellah biy you buat muka macam tu.. nampak kiut.."

Dylan menjulingkan mata lalu berpeluk tubuh. Dia terus menukar posisi tidurnya. Dia tidur dengan wajah mengadap siling. Eryna hanya menggeleng sahaja. Tangan setia menepuk punggung Elsa agar budak kecil itu lena.

TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

DYLAN : RICH OF LOVE [C]Onde as histórias ganham vida. Descobre agora