BAB 30👠

17.8K 824 42
                                    



"I'M sorry Dylan.. i tiada jawapan untuk itu." Terdiam Dylan mendengar jawapan itu. Dadanya sedikit sesak. Umpama menelan hempedu. Perasaan sedih bukan kepalang meruntun jiwanya apabila dia ditolak mentah-mentah dihadapan umum.

Pengunjung juga diam. Mereka sedih melihat wajah mendung Dylan ketika ini. Tangan Dylan yang sedang memegang baldu merah itu perlahan-lahan menurun.

Eryna berdehem. "Tiada jawapan yang i mahu dalam pilihan yang you berikan." Berkerut dahi Dylan. Dia panggung kepala kearah Eryna lalu menjungkit kening.

Eryna mengemam bibir. "Semua pilihan jawapan you bukan jawapan yang i inginkan.." terkedip-kedip mata Dylan. "Maksud you?"

Eryna berdehem lalu senyum tipis. "Mana jawapan yay? Kenapa tiada dalam option yang you berikan?"

Terkebil-kebil mata Dylan. Namun terbit senyuman lebar dibibirnya apabila memahami maksud Eryna. "You mean.. you..." Eryna senyum seraya menggigit bibirnya.

Dia menunduk selari bermain jarinya. "Tanyalah sekali lagi.. tapi.. pastikan masukkan pilihan yang i nak.." gumam Eryna. Makin lebar senyuman Dylan.

Dia berdehem kejap lalu mengangguk. "Eryna Estelle binti Eric.. will you marry me? Yes.. or yay?" Tanya Dylan lagi.

Eryna panggung kepala dengan senyuman lebar. Ditayangkan sebaris gigi putihnya lalu mengangguk laju dengan linangan air mata bahagia.

"Yay!! My answer is yay!!" Jawab Eryna lalu mendepa tangan bahagia kearah Dylan. Dylan senyum lebar. Dia mengerling pengunjung yang hanya berdiam diri tidak faham. Dia berdehem kejap.

"She said yay.." ujarnya. Berkerut pengunjung disitu tidak memahami. Dylan gelak perlahan. "It's mean yes!!" Jerit Dylan keriangan.

"Whoaaaa pewwitttttt!" Bergema kawasan itu dengan teriakan para pengunjung. Mereka menepuk tangan keriangan dengan jawapan yang diberi Eryna. Siulan mula kedengaran di kawasan itu.

Dylan senyum. Dia kembali menoleh kearah Eryna dengan senyuman bahagia. Eryna hanya membalas senyuman Dylan. Dylan mengambil cincin lalu disarungkan ke jari manis Eryna.

Sekali lagi bergema sorakan para pengunjung disitu. Dylan senyum. Dicium lama tangan Eryna lalu dia bangun dari melutut. Dia terus memeluk erat badan Eryna. Eryna terdongak. Namun dia tetap melilitkan tangan ke leher Dylan.

"Thank you sayang.. thank you beri i peluang kedua.." bisik Dylan seraya mencium lama kepala Eryna. Eryna senyum. Diramas lembut rambut tebal Dylan.

"And thank you juga sebab you sabar menunggu i.. dan you juga mempunyai kesabaran yang tinggi memujuk i di England ni. Thank you so much Dylan kerana kembali memujuk i.." bisik Eryna lalu mencium lama tepi kepala Dylan.

Dylan senyum. Dipeluk erat badan gebu wanita itu. "You don't know how much i love you Eryna.. i sanggup cari you dimerata tempat asalkan you terima i kembali.." bisik Dylan perlahan.

Eryna senyum mendengar itu. Mereka berpelukan bahagia ditengah bandar dikelilingi para pengunjung yang bersorak bahagia melihat mereka. Dan.. mereka berjanji bahawa mereka akan meneruskan hubungan yang terjalin itu demi diri mereka sendiri..

*:・゚✧*:・゚✧

MR EDWARD senyum lebar mendengar khabar bahagia daripada cucunya. Dielus kepala cucunya itu. "Good. I'm happy for you my sweetie.." bisik Mr Edward lalu mencium lama kepala Eryna. Eryna senyum. Dibalas pelukan atuknya itu.

"Nanti grandpa jadi wali i tau? I only have you.." bisik Eryna manja. Mr Edward senyum lalu mengangguk. "Sure. Nanti i pergi ke Malaysia and jadi wa.. apa tu? Wali?"

DYLAN : RICH OF LOVE [C]Where stories live. Discover now