BAB 15👠

15K 873 64
                                    



ERYNA senyum tipis kearah Puan Dayana yang sedang membawa dulang air kepadanya. Diletakkan air itu keatas meja ruang tamu.

"Terima kasih mama.." Puan Dayana senyum lalu mengangguk. Dihenyak punggung diatas sofa selari mata memandang wajah Eryna.

Pada awalnya dia tidak kenal akan Eryna sewaktu Dylan membawa Eryna kesini. Namun setelah diteliti balik, benarlah Eryna ini adalah Eryna yang dulu.. mungkin dulu Eryna sedikit selekeh. Kerana itulah Puan Dayana tidak cam.

"Mana Dylan?" Tanya Eryna menghapuskan kesunyian mereka.

"Ada dekat atas.. dalam bilik Elsa.." Eryna mengangguk sahaja.

"Maaf kalau mama bertanya.. tapi.. Eryna ada kata Eryna duduk di England kan? Eryna.. menetap dengan ibubapa Eryna ke?"

Eryna senyum kelat lalu menggeleng. "Tak.. Eryna duduk dengan grandpa.. ibubapa Eryna menetap di Malaysia.."

Puan Dayana mengangguk faham. "Kenapa.. Eryna tak menetap dengan ibubapa Eryna?" Eryna menggigit bibir mendengar soalan itu. Dia menunduk bermain jemarinya.

Puan Dayana senyum. Faham la dia gemelut yang melanda diri Eryna. "Takpa.. tak perlu jawab jika ia membebankan.. mama saja je tanya tentang kehidupan Eryna.."

Eryna panggung kepala lalu senyum sahaja. "Jemputlah minum sebelum balik.. nanti tak perlu berhenti mana-mana dah.." Eryna mengangguk lalu mengambil gelas yang diisi air itu. Rasa kekok sahaja kedudukannya sekarang huhu.

Puan Dayana hanya perhatikan Eryna. Takpa.. nanti dia tanya Dylan soal Eryna.. dia yakin Dylan tahu..

"Eryna duduk dengan siapa di Malaysia ni?" Eryna meletakkan semula gelas itu keatas meja. Sempat dia mengelap kejap bibir basahnya.

"Eryna duk sorang-sorang je mama.." Puan Dayana. "Sua..mi?" Tanya Puan Dayana takut-takut. Eryna senyum kelat lalu menggeleng.

"Eryna tak berkahwin selepas diceraikan dulu.. Eryna dah serik." Puan Dayana mengangguk.

"Alah takpa.. hidup seorang pun best juga.. boleh buat semua benda tanpa halangan. Kan?" Ujar Puan Dayana menenangkan Eryna. Eryna senyum lalu mengangguk.

Puan Dayana mengeluh. "Eryna sama la dengan Dylan tu.. mama dah suruh Dylan kahwin lain. Yela, Dylan ada seorang anak.. dia pun tak sempat jaga anak dia tu.. kalau dia ada isteri, boleh la mereka jaga sama-sama.. Elsa pun akan dapat kasih sayang ibu secukupnya.. betul tak?"

Eryna menggigit bibir lalu mengangguk sahaja. Takut la pula bila Puan Dayana masuk ke dalam topik ini..

"Tapi.. sekarang mama tengok Elsa macam makin ceria je.. dan mama yakin itu semua kerana kedatangan Eryna. Betul?"

Eryna senyum lalu mengangguk. "Mungkin juga.." jawab Eryna perlahan. Puan Dayana senyum. Dia bangun dari duduk lalu melangkah kearah Eryna. Puan Dayana menghenyak punggung ditepi Eryna lalu menggenggam kedua tangan Eryna.

Eryna pula memusingkan tubuh menghadap Puan Dayana. "Eryna.. kalau Eryna rasa sunyi.. atau keseorangan, Eryna datang la rumah mama.. Eryna boleh juga pickup Elsa untuk bermain dirumah mama.. mama okay je..

...walaupun mama tak tahu kisah hidup Eryna, tapi mama yakin Eryna pasti rasa sunyi juga bila hidup berseorangan. Am i right?"

Eryna menunduk. Diangguk kepalanya mengiyakan semuanya. Sunyi. Ya. Itu sudah sebati dalam kehidupannya. Tipu la jika dia kata dia bahagia dengan hidupnya sekarang.. namun.. kehidupan harus diteruskan.. kan?

Puan Dayana senyum. Dielus rambut ikal mayang wanita itu. "Tadi mama ada bercakap dengan Dylan.. dan Dylan ada beritahu mama yang Eryna menetap di Malaysia hanya sekejap saja.. kerana Eryna akan balik semula ke England.. betul?"

DYLAN : RICH OF LOVE [C]Where stories live. Discover now