Bab 1

203 13 0
                                    


Bibirnya menghirup kuah maggi kari di cup sehingga licin. Kuah yang tertumpah mengenai dagunya di lap dengan hujung apron yang tersarung ditubuh. Selesai, Embun angkat tubuh untuk membuang bekas yang sudah kosong itu.

Dia berjalan masuk ke pintu bahagian dapur tempat kerjanya. Baru beberapa tapak, telefon pintarnya berdering minta diangkat. Mata merenung nama si pemanggil. Nafas ditarik sebelum dia menerima panggilan itu.

"Embun tak gaji lagi pak cik..." seperti tahu saja apabila lelaki itu tiba-tiba menelefon.

"Duit dalam tangan Embun cukup-cukup nak bayar sewa bilik. Kalau pak cik ambil macam mana Embun nak bayar sewa bulan ni?"

Terketap bibir Embun menahan suara agar tidak ditinggikan. Tertekan jiwanya melayan.

"Pak cik kalau nak duit banyak tu pergi lah kerja sana!" laju panggilan dimatikan.

Dia menyelak anak rambutnya ke belakang. Baru saja kakinya ingin melangkah masuk, ada getaran di telefonnya menandakan satu mesej masuk. Embun berdiri statik dengan jarinya lincah membuka isi mesej itu.

Aku tak kira, malam ni aku nak juga duit! Kau tak bagi aku cari kau sampai depan rumah kau!

Menggelegak hatinya. Erat tangan menggenggam gajet leper itu seperti ingin menghancurkan saja. Tidak dapat menahan gelojak dihati, Embun mengangkat tinggi, tangannya berura-ura ingin melemparkan telefon ke dinding. Biarkan gajet itu hancur berkecai.

"Kalau iya pun tengah marah tak payah lah sampai nak baling telefon tak bersalah tu..."

Terhenti tingkahnya. Wajah dipaling ke suara garau yang menegur. Terlihat satu tubuh sedang menyandar badan di dinding sedang melihatnya dengan pandangan kosong.

"Jangan nak semak urusan orang boleh tak!" suaranya melengking tinggi.

Lelaki itu kelihatan tersentak sedikit. Mungkin tidak menyangka akan dijerkah begitu. Jarinya yang mengepit rokok di bawa ke bibir. Rokok disedut dalam sebelum asap dilepaskan ke udara.

"Ini kan kawasan orang awam, suara kau yang ganggu ketenteraman aku," ujarnya bersahaja.

Embun ketap bibir menahan geram. Mata memandang sinis ke arah rokok yang berada di celah jari lelaki itu.

"Kawasan awam ni tak dibenarkan merokok." Bidasnya. Lantas tanpa mendengar lagi balasan, kakinya laju berjalan masuk ke pintu belakang.

Bebola matanya perlahan jatuh ke arah rokoknya. Dia berdehem sedikit kuat lalu dibuang putung rokok itu ke bawah.

"Takpe bukan sengaja. Aku tak nampak signboard," bisiknya sendiri.








USAI sahaja kaki menuruni bas, tali beg yang melorot jatuh dibetulkan. Tangan kirinya mengusap-usap tengkuk yang terasa lenguh. Meskipun tenaganya makin berkurangan dek kerana bekerja dari pagi hingga ke malam, dia tetap meneruskan perjalanan untuk sampai ke rumah sewa.

Lorong yang gelap dilalui dengan fikiran yang kosong. Anjing-anjing yang menyalak tidak langsung mengganggu perjalanannya.

"Argh!" mulutnya ditekup oleh satu tangan besar dari arah belakang. Membuntang biji matanya.

" Shh... diamlah ni aku! Jangan jerit!" bisik Adham celah gigi. Makin kuat dia menekup mulut Embun apabila gadis itu meronta kuat.

Dada Embun sesak. Lekas-lekas dia menepuk kuat tangan besar Adham lantaran tidak dapat bernafas dengan betul.

"Pak cik...pak cik nak apa?"

"Dah kalau aku datang jumpa kau sebab apa lagi? Sebab aku nak duit lah! Soalan bodoh apa yang kau tanya ni. Mana duit yang aku minta petang tadi?" merengus geram Adham.

Penawar Untuk EmbunWhere stories live. Discover now