Bab 21

52 6 0
                                    


Nafas ditarik lalu bibir menarik senyuman. "Tak mak. Saya Faid. Yang sebelah ni Izz, kami berdua datang cuma nak bertanya sesuatu. Bolehkan?"

Mak Maria hanya mengangguk sekali. Matanya menjeling Izz yang turut memandangnya.

"Macam ni mak, dulu mak ada medai menjahit baju kan?" soalnya dengan nada rendah. Matanya membalas pandang dengan mata lesu itu.

Sekali lagi, wanita itu mengangguk.

"Okey, kedai tu ada CCTV kan?"

"Ada..."

"Mak pernah ingat tak dulu masa 21 tahun, ada seorang perempuan terakam dalam CCTV dekat ledai mak. Perempuan tu buang baby dalam tong sampah?"

Mak Maria berdiam diri seperti sedang berfikir. Matanya melihat wajah penuh berharap milik pemuda itu. Perlahan -lahan dia menggeleng. "Mak tak ingat. Lama sangat dah 21 tahun tu. Mak pula makin lupa banyak perkara." Lemah nada mak Maria mengutarakan ayat.

Bahu Faid mengendur. Riak wajahnya kecewa. namun pantas saja dikawal. Dia mengangguk kecil. "Tak apalah mak."

"Kenapa? Penting sangat ke perkara tu?"

Anak mak Maria menegur dengan melangkah menghampiri mereka dengan menatang dulang.

Izz cepat-cepat menolong meletakkan dulang itu atas lantai. Sedari tadi dia hanya menjadi pendengar setia. Mahu menyampuk, dia bukanlah orang yang berhak masuk campur.

"Penting untuk kawan saya kak. Dia tengah cari mak ayah dia. Tapi satu hint pun tak ada sekarang." Luahnya sedikit tertekan. Pelipis diurut.

"Oh, jadi kenapa kamu berdua cari mak akak?"

"Sebab orang yang ambil dan jaga kawan saya ada cakap tentang kedai jahit mak Maria. Dia kata, dia jumpa kawan saya dalam tong sampah dan dari situ kami cuba cari mak Maria untuk tanya fasal hal ni."

Dia mengangguk faham. Lalu dia berdiri menuju ke dalam bilik. Meninggalkan mereka berdua dalam kebingungan.

Izz mengangkat kedua kening ke arah Faid. Manakala Faid hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Izz meletakkan kembali cawan ditangan tatkala melihat anak mak Maria baru saja kelua bilik dengan memegang sebuah buku yang sedikit usang warnanya.

"Minum ajelah, jangan malu-malu." Tegurnya lalu melabuhkan punggung kembali di hadapan mereka.

Dahi digaru. Izz tersengih malu.

"Ini diari mak. Sebenarnya apa yang kamu cakapkan tu, akak ada terbaca dekat satu muka surat dalam diari ni yang mak tulis waktu muda-muda dulu," ujarnya sambil menghulurkan buku yang sudah terbuka di satu muka surat ke arah Faid.

Matanya membulat sedikit sebelum tangan tangkas mengambil buku itu. Halaman itu dibacanya.

Pada 11 Julai,

Aku ternampak satu tubuh seorang perempuan muda dalam keadaan yang berlumuran darah sedang berjalan kaki menuju ke tong sampah.

Dia seperti sedang memegang sesuatu di dalam dakapannya. Tetapi aku tidak dapat mengecam apakah itu. Aku melihat perempuan muda itu melemparkan benda yang berbalut kain putih ke arah tong sampah. Jujur aku hairan, apakah itu?
Namun aku kuburkan niat ingin mengambil tahu lebih dalam kerana di waktu itu ada pelanggan masuk ke dalam kedaiku.

Faid terkedu. Tidak tergamak rasanya ingin membaca lebih lanjut. Pilu hatinya. Kejam. Satu perkataan itu sajalah yang timbul di benak fikiran.

Penawar Untuk EmbunWhere stories live. Discover now