Bab 35

65 7 0
                                    


Matanya melilau melihat sekeliling hospital yang pernah diinapi hampir sebulan lamanya. Spontan, bibir tersenyum kecil. Embun menjinjit beg pakaian seraya menapak keluar hospital. Sempat dia melontarkan senyuman manis ke arah jururawat yang lalu lalang.

Helaian rambut yang jatuh diselitkan ke tepi telinga. Kepalanya menoleh ke kiri mencari kelibat seseorang namun tatkala itu, matanya terpandang batang tubuh Faid sedang menapak laju ke arahnya.

Jantung mula berdegup laju melihat wajah itu tegang. Drastik langkahnya mundur ke belakang untuk melarikan diri namun lengannya dicekup menyebabkan tubuhnya hampir tersembam ke depan.

"Sakitlah!"

Faid tarik nafas dalam. Perlahan lengan Embun dilepas. Beg pakaian gadis itu cuba digapai.

"Jom balik," katanya serius.

Laju Embun mengelak. Beg pakaiannya disorok ke belakang. Air liur ditelan apabila panahan mata tajam Faid tuju ke arahnya.

"Jomlah. Kenapa? Ada barang tertinggal ke? Kalau ada jom ambil sekarang." Faid berura-ura ingin menapak masuk ke dalam bangunan hospital.

"Faid..." seru Embun perlahan. Bibir diketap. Reaksi lelaki itu seolah-olah tidak tahu apa-apa padahal dia yakin, umi sudah memberitahu lelaki itu.

"Umi mesti dah beritahu kau pasal perkara ni. Aku—"

"Kau beritahu umi tapi tak beritahu aku! Kenapa? Kenapa kau suka sangat buat keputusan terburu-buru macam ni?!" Jerkah Faid tanpa sengaja. Urat-urat di dahi mula kelihatan menandakan lelaki itu sedang dalam emosi tidak baik.

Embun terkaku. Bebola mata mula berlingas ke kiri kanan.

Faid raup muka setelah sedar akan kesilapannya. Tangan bercekak pinggang sebelum menatap semula ke arah gadis itu. "Sorry..." Kepala menunduk lalu diangkat kembali.

"Waktu umi beritahu aku yang kau dah tak nak tinggal di rumah kami, hanya Allah sahaja tahu macam mana kecewanya hati aku... Kenapa Embun? Kenapa kau nak tinggalkan kami. Kenapa... Kenapa kau nak tinggalkan aku?" Nadanya kedengaran bergetar. Wajah Embun dipandang cuba meraih penjelasan.

Tali beg digenggam kuat untuk membina kekuatan. Pandangan dibuang ke tepi. Tidak sanggup melihat wajah sugul Faid. Takut hatinya rasa tidak sanggup untuk meneruskan keputusannya.

"Pandang aku. Pandang aku dan cakap kenapa kau nak tinggalkan aku." Desak Faid.

"Aku nak cari diri aku sendiri."

"Kau nak cari untuk apa? Kau ialah kau. Kau dah jadi diri sendiri. Apa lagi tak cukup."

Nafas dihela panjang. Embun pandang Faid dengan pandangan mendalam. Wajah itu direnung sepuasnya. Bibir menarik senyuman tawar.

"Ini bukan diri aku Faid... Aku mohon. Bagi aku masa untuk baiki diri aku," ujarnya penuh kesayuan. Kata siapa dia kuat tatkala membuat keputusan begini? Dia juga menangis kerana akan berjauhan dengan mereka.

"Tolonglah. Aku tak nak jadi Embun yang sekarang ni. Aku dah muak. Aku penat," sambungnya lagi.

Faid seperti ingin berkata namun akhirnya mulutnya terkunci. Hanya mata sahaja menjelaskan betapa terlukanya dia dengan keputusan gadis itu. Mata dipejam sesaat sebelum menyeluk sesuatu di dalam kocek seluar. Tangan kiri Embun diambil lalu cincin disarung pada jari manis itu.

"Pergilah. Cari diri kau sendiri dan selepas kau dapat diri kau... Aku harap kau datang semula pada aku sebab kau masih ada hutang dengan aku. Hutang yang akan aku pegang sampai bila-bila," tuturnya dengan hati yang berat.

Embun hanya melihat jarinya disarung cincin tanpa menolak. Bibir digigit kuat sebelum tangannya ditarik dari pegangan lelaki itu. Buat kali terakhir, wajah Faid dipandang lama.

"Dan aku harap... Kau dapat tunggu aku untuk aku langsaikan hutang aku..." senyuman manis dihadiahkan buat Faid sebelum kakinya menapak ke arah kereta Axia tidak jauh dari situ. Pintu kereta dibuka namun tubuhnya bagai berat ingin memasuki kereta itu.

Kejung tubuhnya berdiri membelakangi Faid. Matanya mula kabur dengan air mata.

Faid maju setapak ingin mendapatkan Embun tetapi gadis itu terus sahaja masuk ke dalam perut kereta. Matanya hanya melihat kereta Axia itu bergerak pergi.

Tanpa dapat ditahan, Embun mula teresak menangis. Cermin sisi dipandang untuk melihat kelibat Faid yang masih berdiri tegak di tempat tadi. Wajah lelaki itu sangat terluka dengannya.

"Maaf... Aku minta maaf Faid..." mulut ditekup kuat.

"Embun... Nak kita berhenti ke?"

"Jangan Fiya! Jangan... Embun takut nanti Embun akan kalah dengan perasaan."

Aufiya terdiam. Tumpah rasa kasihan melihat gadis di sebelahnya menangis. Stereng digenggam kuat lalu matanya hanya fokus di jalan. Telinganya sahaja mendengar esak tangis Embun.

SUASANA pagi yang hening, membuatkan perasaan sebak mencengkam di dada. Sudah lama rasanya diri ini tidak sujud pada penciptanya. Rasa tenang membuatkan Embun tidak mahu berganjak dari sejadah.

Tangannya diangkat menadah doa. Belum lagi mulutnya terbuka, esakannya keluar. Nyaring. Hingga tersedu-sedu. Dia malu ingin menghadap Allah.

Namun dicekalkan hatinya. Bibirnya mula bergerak-gerak.

"Muka macam aku ni percaya Tuhan ke?"

Longlai tangannya terjatuh semula ke riba. Terimbas semula tentang katanya dulu membuatkan dia makin rasa tidak layak untuk berdoa. Esakan makin kuat terhambur. Embun malu dengan kejahilannya yang megah tanpa sekelumit pun mahu menyembah Allah. Lantas dia menekup mulutnya.

"Allah... Allah... Allah..."

"Asyhadu an laa ilaaha illallaahu, wa
asyhaduanna muhammadar rasulullah." Dua kalimah syahadah itu diucap dengan hati yang benar-benar ingin kembali kepada Allah.

"Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah..."
Nafasnya cuba ditarik apabila dirasakan sukar hendak bernafas dek kerana hingusnya. Basah sudah telekung dengan air matanya. Namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk mengucap kalimah syahadah.

"Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah."

"Allahuakbar... Ampunkan aku ya
Allah... Ampunkan segala dosa-dosaku..." rintihnya perlahan dengan air mata penuh penyesalan.

Terkadang manusia terlampau sombong untuk bersujud sehinggalah mereka ditimpa kesakitan yang tidak terperi. Dari situlah mereka mula kembali untuk mengadu pada yang maha esa.

"Aku terlalu sombong sampai tidak mahu bersujud pada-mu. Aku hamba yang tersangat hina..."

Di keheningan pagi itu, seorang hamba Allah sedang teresak-esak menangis akan dosa yang dia lakukan. Dengan penuh rendah diri, dia meminta
keampuan dari-Nya.

Aufiya dari luar pintu ikut menangis sekali. Dia bercadang mahu mengejutkan gadis itu untuk menunaikan solat subuh. Namun tidak disangka akan menyaksikan perkara yang meruntun hatinya.

"Alhamdulillah..."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 23 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Penawar Untuk EmbunWhere stories live. Discover now