Bab 7

68 7 0
                                    


Suis lampu dibuka. Bilik yang tadinya gelap gelita menjadi terang benderang. Embun pandang sekeliling biliknya yang sempit, namun di sinilah menjadi saksi  bagaimana dia sedaya upaya menahan kepahitan hidupnya.

Senyuman tawar diukir. Lalu beg sandangnya diletakkan atas katil. Telefon dikeluarkan. Banyak panggilan tidak berjawab dari pak ciknya. Lantas keluhan di bibir terlepas. Baru saja dia ingin meletakkan kembali telefon itu, ada satu panggilan masuk. Tubuhnya terenjat sedikit.

Faid.

Lantas jarinya menggesek menerima
panggilan itu. Telefonnya ditekap ke telinga.

"Keluar sekejap, aku dekat depan rumah kau ni. Ada nak bagi barang." Faid mematikan panggilan.

Bibirnya tercebik tanpa sedar. Tetapi
kakinya tetap melangkah keluar bilik Pintu rumah dibuka malas, terkaku terus dia.

Dia melihat, Aufiya penyewa dalam rumah ini juga sedang berbual berdua dengan Faid. Ramah sahaja mereka. Embun teragak-agak ingin keluar. Dia
mengambil keputusan untuk masuk kembali.

"Embun Adawiyah!" panggil Faid sedikit
kuat tatkala matanya dapat menangkap tubuh itu.

Bibirnya diketap kuat. Embun menggerutu marah. Sejak lelaki itu tahu nama panjangnya, memang gemar betul namanya disebut berulang-ulang kali.
Lantas kakinya menyarung selipar dan berjalan mendekati mereka. Sempat matanya menangkap mata Aufiya yang turut memandangnya dengan tatapan sukar ditafsir.

"Kawan Embun ke?" soalan itu terpacul di bibir Aufiya. Silih berganti dia memandang Faid serta Embun.

Embun tidak menjawab. Dia berdiri kaku.

Faid tersengih janggal. "Ha'ah Faid kawan Embun, datang sini pun nak jumpa dia."

Kepala Aufiya jatuh beberapa kali.

"Boleh tinggalkan kami berdua tak?" pintanya selamba.

Aufiya sedikit tersentak. "Dah malam ni, tak elok pula kalau berduaan macam ni. Tak apa lah saya tunggu sini sekali," balasnya lembut.

Embun berkerut sedikit tapi bibirnya tetap terkunci.

"Kalau macam tu, tunggu jauh sikit boleh? Faid nak bercakap hal privasi dengan Embun."

Pada mulanya, Aufiya seperti berat saja ingin melangkah, tetapi tetap juga dia berjalan ke depan. Jauh sedikit kedudukan mereka.

Mata Faid terus dialihkan ke wajah beku Embun. Dia menghulurkan beg kertas berwarna coklat cair di depan gadis itu.

"Apa ni?"

"Tengoklah sendiri."

Embun merengus perlahan. Dia mengambil beg kertas itu dengan kasar. Lantas isi di dalamnya dilihat. Buku lukisan, palette, berus serta poster
colour.

"Buat apa kau bagi aku benda ni semua? Aku tak ada masa nak warna-warna ni," ujarnya kosong.

"Aku tahu kau takde masa nak beli semua ni, so aku tolong belikan. Ingat pesan aku, kalau kau nak cari ketenangan, terus conteng aje isi hati kau dalam buku lukisan tu. Okey?" Faid berkata dengan nada lembut. Wajah Embun ditenung dengan pelbagai perasaan. Waktu malam begini memang wajah itu seperti bercahaya.

"Terima kasih."

"Cuba senyum sikit," arahnya.

"Malas."

"Sikit je, please Embun Adawiyah..."

Laju senyuman tidak ikhlas dipamerkan ke bibir. "Dah puas? Jangan sebut lagi nama penuh aku. Aku tak suka," ucapnya keras. Kecil besar saja dia melihat Faid yang tersengih bak kerrang busuk.

Penawar Untuk EmbunWhere stories live. Discover now