Bab 11

55 6 0
                                    


Bangku yang menghadap tasik, menjadi tempat untuk mereka melepaskan lelah. Namun, Embun berseorangan sekarang kerana menunggu Faid menyelesaikan solat isya'.

Ais krim yang berada di kedua tangannya dipegang erat. Kepekatan malam dilihat dengan kedua matanya. Embun suka malam. Bila malam saja, dia boleh melepaskan tangisan yang ditahan siang hari. Pada waktu malam tiada yang akan curi-curi dengar tangisannya. Dia suka.

Lantas bebola matanya beralih memandang kelibat Faid dari jauh yang sedang melambainya.

Faid Qashaf Arjuna.

Lelaki yang tidak pernah Embun harap untuk datang dalam hidupnya. Dia dan Faid bagaikan dua watak yang berbeza. Hidupnya kelam manakala hidup Faid seperti cahaya terang.

Lelaki itu datang dalam hidupnya membawa sedikit cahaya. Dia langsung tidak menolak kerana dari dulu Embun sangat dahagakan 'cahaya' itu.

"Sekejap! Aku nak tolong..." laung Faid. Di akhir ayat tidak disambung, hanya jarinya menunjuk seorang nenek tua sedang melintas jalan dengan tubuh terbongkok-bongkok.

Embun angguk faham.

"Kenapa kau tolong nenek tu?" soalan pertamanya setelah Faid sampai.

Faid bingkas duduk di ruangan sebelah. Ais krim diambil. "Kau kenal Booker T.Washington?"

Kepala Embun tergeleng beberapa kali. Macam pernah dengar.

"The happiest people are those who do the most for others."

"Apa kena mengena dengan Booker T. Washington?"

"Tadi tu ayat dia. Aku cuma terinspirasi saja," ujar Faid lembut. Ais krim yang sedikit cair, dijilat laju.

Embun mengangguk faham lantas pandangan mereka berdua terarah ke tasik.

"Terima kasih."

Kepala Faid menoleh lama ke sebelah. Tunak matanya memandang wajah Embun. "Untuk?"

"Untuk semuanya." Embun tidak menoleh. Dia tahu ada mata yang sedang melihatnya.

Faid mengulas senyuman nipis.

"Sama-sama. Hari ni kau nampak happy. Aku suka tengok kau macam ni." Ikhlas suaranya berkata. Acap kali matanya melihat wajah Embun sewaktu mereka mencuba pelbagai permainan.

Mimik muka yang selalunya beku, bertukar riang.

Lantas Embun menoleh. Mata mereka bertentangan. "You heal my inner child," bisiknya rendah.

Dia tidak pernah merasa bermain seperti ini waktu zaman kecilnya kerana pada masa itu, Embun selalu mengikuti mak cik nya menjual tisu.

Tidak betah bertentangan lama, Embun pasakkan pandangan ke arah bunga api yang meletus baru sahaja tadi. Percikan-percikan bunga api memancar ke langit menambahkan kecantikan malam.

Tanpa sedar, matanya membulat memerhati dengan teruja.

Sedikitpun Faid tidak mengalihkan pandangan. Matanya bagai digam untuk terus merenung Embun. Percikan api yang terbias di bebola mata itu membuatkan hatinya tidak berhenti memuji kecantikan gadis itu.

"Cantiknya..." puji Embun ke arah bunga api.

"Like you..." ujar Faid.

Badannya kejung. Malu menerpa diri. Cepat-cepat perasaan pelik dibuang menjauh. Pujian itu dianggap biasa sahaja.








PINTU kereta ditutup setelah mengambil beberapa minit mencari kekuatan untuk keluar. Kemeja putih yang tersarung ditubuh diperkemaskan sebaik mungkin agar tampak sempurna. Setiap langkahnya membawa satu debaran kuat di dada.

Penawar Untuk EmbunWhere stories live. Discover now