Bab 22

68 6 0
                                    


Melly tersenyum sedikit tetapi fokusnya masih ke arah gambar di depan. "I ada nampak you datang dengan Faid. Tak tahu pula selama ni dia ada buah hati."

"Saya dengan Faid cuma kawan saja," tukasnya halus. Ya, dia kenal siapa yang berada di sebelahnya ini. Melly. Model terkenal yang selalu terpampang di iklan.

Meskipun Embun tidak mengikuti sangat perkembangan semasa, tapi adalah juga dia ternampak muka itu semasa melayari media sosial.

"Okey. So, I Melly. You?" tanya Melly
dengan menghulurkan tangan.

Embun terpinga-pinga. Teragak-agak dia menyambut huluran itu. "Embun."

Alis Melly terangkat. Lantas meleraikan tangan mereka. "Jarang dah sekarang ada nama klasik macam you." Wajah putih bersih itu direnung dalam. Sedikit sebanyak hatinya merasa sesuatu aneh. Mata itu... persis mata lelaki itu.

Entahkan itu pujian atau perlian, Embun tidak tahu mahu memberi reaksi apa. Kekok. Sudahlah dia bukan peramah. Dalam hati berdoa semoga Faid cepat-cepat habis bergambar.

Bibir dikemam rapat.

"Kau nampakkan apa yang aku nampak?" Izz menyoal di sebelah Faid. Matanya memanah ke arah Melly dan Embun yang sedikit jauh dari kedudukan mereka.

"Nampak." Ringkas Faid membalas. Sedari tadi mata tidak lepas merenung ke arah mereka. Dia perasan bahasa tubuh Embun menunjukkan dia tidak selesa. Namun dia mahu membiarkan mereka berborak sedikit lama.

"Aku tak yakinlah dengan apa yang mak Maria cakap." Luahnya kepada Izz. Takut keputusannya salah.

Izz memeluk bahu rakannya.

"Sebenarnya aku pun tak yakin. Tapi kita cuba dulu. Tak rugi apa pun." Pujuk Izz walhal hatinya juga jelas menolak untuk percaya.

"Kau dah cari maklumat diri dia?"

Dia melepaskan pelukannya. Lalu tangan kanan menepuk dada. "Ini Izz lah! Hujung jari aje! Aku dah bagi kau dekat e-mail rasmi kau sebelum aku gerak ke hotel ni lagi. Kau saja yang tak cek."

"Yang kau hantar kat e-mail kerja aku dah kenapa? Payahlah aku nak cari nama kau! Kau fikir kau sorang saja e-mail aku!" bentak Faid keras.

"Amboi cakap macam riak aje!"

"Bukan riak tapi fakta okey! Ramai yang e-mail aku nak tempah order!"

"Banyak bunyilah kau. Aku dah tolong tu terima kasih pun tak ada." Nada Izz kedengaran seperti kecil hati. Terus dia menjarakkan tubuhnya menjauh. Tangan berpeluk tubuh. Merajuk!

"Kau merajuk ke? Buruk weh muka kau
serupa macam beruk!"

"Ah kau!"

Sejurus itu mereka ketawa bersama. Lantas setelah beberapa minit, Faid akhiri perbualan mereka. Kakinya perlahan menuju ke arah Embun. Pada waktu itu, terlihat Melly juga menapak pergi.

"Borak apa dengan model tu?" soalnya berbasi-basi setelah dia sampai di hadapan gadis itu.

Mata Embun terus memanah tepat ke arah Faid. Lantas kepalanya menggeleng beberapa kali.

"Borak kosong aje," ujarnya bernada biasa. Bersamaan itu, dia melihat wanita itu sedang memeluk tubuh seorang gadis yang nampak lebih muda darinya. Mesra sahaja raut muka. Mungkin itu anaknya.

Faid diam. Matanya cuba menganalisis riak wajah gadis di depannya. "Dia tak ada cakap benda yang pelik-pelik kan?"

Embun berkerut hairan. Matanya membalas tatapan itu. "Cakap benda pelik apa?" soalnya kembali.

Tengkuk diusap. Bibirnya tersengih. "Tak adalah. Mana tahu dia ada tanya kau apa -apa ke." Nampak macam rancak sangat tadi.

Keluhan dilepaskan. Anak rambut diselitkan ke tepi telinga. Pandangannya dibuang ke tepi. "Dia cuma tanya aku ni siapa aje. Dia fikirkan aku ni kekasih hati kau. Kenapa? Takut ke kalau ada orang lain tahu fasal aku?" tanyanya mendatar.

Tiba-tiba hatinya sakit.

Faid tercengang. Aku ada salah cakap ke? Rasanya aku tanya soalan tu aje? Terkebil-kebil matanya.

"Buat apa aku nak takut pula... baguslah tu kau berbual berdua dengan dia. Tak adalah kau sunyi." Berhati-hati Faid menyusun ayat.

Embun merengus. Dia memutarkan mata ke atas. Kemudian, pandangan dipasakkan semula ke wajah polos itu.

"Manalah tahu kau tengah jaga hati seseorang ke?" ejeknya sinis. Namun hatinya pula makin bertambah rasa sakit. Sendiri cari pasal, sendiri yang rasa sakit. Embun kepal tangannya kuat.

Faid ketawa halus. Baru dia dapat tangkap dengan reaksi gadis itu.

"Aku nak jaga hati siapa lagi selain kau. Rasanya dah jelas aku pernah kata aku suka kau. Kalau hati aku memilih untuk nak kan kau, that's mean it will forever."

Deg! Dadanya dirasakan berdetak kencang. Laju matanya dilarikan. Pipi mula membahang malu. "Bila kita nak balik?" soal Embun laju menukar topik untuk keluar dari kejanggalan.

Tidak pula Faid ingin mengusik. Malah dia rasakan lucu pula melihat wajah itu yang sudah kemerahan.

"Kenapa? Kau dah penat ke?"

"Sikitlah. Lagipun aku tak biasa sangat majlis macam ni." Tekak berdehem sambil mengusap lengannya.

Alis terangkat. Kemudian jam di pergelangan tangan dijeling sekilas.

"Aku rasa sekarang pun dah boleh balik. Lagipun majlis ni pun dah nak tamat. Jom, aku nak sapa tuan Donz dulu baru kita gerak balik."

"Siapa tuan Donz?"

Kakinya yang baru sahaja ingin melangkah terus terhenti. "Tuan Donz tu pemilik hotel ni. Tadi lelaki yang berucap dekat pentas itulah dia." Seperti biasa, Faid akan selalu menjelaskan dengan nada lembut.

"Jomlah. Atau kau nak tunggu sini aje?"

"Aku ikut kaulah." Bimbang jika dia berseorangan di sini nanti makin ramai pula yang menegurnya. Langkah selamat adalah dengan mengikuti lelaki itu.

"Tuan Donz..." panggil Faid penuh hormat.

Donzello di kala itu sedang berbual terus terhenti apabila namanya di seru. Lantas dia memandang Faid yang berdiri tidak jauh darinya. Bersama dengan seorang gadis di belakang lelaki itu.

"Yes Faid?"

"I'm sorry to bother you, tuan Donz, sekali lagi saya mahu berterima kasih sangat kepada pihak, tuan Donz untuk beri saya peluang merasai kolaborasi ini. Forgive me, jika dari pihak saya ada sebarang kekurangan."

"Nah it's okay. Kau sangat hebat hari ini. Karya lukisan kau dapat pujian dari mereka semua." Donzello menepuk -nepuk bahu pemuda itu.

"Sekali lagi, terima kasih. Saya minta diri
dulu. Sorry I can't join the dinner tonight." Wajahnya serba salah. Sudahlah orang lain berpusu-pusu ingin makan semeja dengan ahli korporat ini, namun dia pula yang menolak.

"Tak apa. Mungkin kau ada hal penting nak diuruskan. Pihak kami faham." Donzello berkata dengan senyuman nipis. Kadangkala ada juga dia
memandang gadis di belakang Faid.

Embun sudah melilaukan mata. Tidak selesa bila acap kali bertentangan mata dengan Donz.

"Siapa di belakang kau ni? Your wife?"

Lekas Faid memusingkan kepala. Dia menarik lengan berlapik Embun supaya berdiri sebelahnya.

"Kenalkan ni bakal isteri saya. Embun
Adawiyah."

Membulat sedikit matanya. Rasa hendak saja dia menyiku Faid!

Donzello diam. Mata tunak memerhati wajah itu. Terimbau kembali ingatannya tentang seseorang. "Bakal isteri kau ada seiras dengan kenalan aku dulu," tukasnya.

Lantaran itu, matanya beralih ke arah seraut wajah jelita Melly.

Penawar Untuk EmbunWhere stories live. Discover now