Bab 30

62 5 0
                                    


Langsir biliknya yang beberapa hari ini
tertutup terus sahaja terbuka lebar sehingga lenanya terganggu. Embun bergerak-gerak di sebalik selimut tebalnya. Cahaya yang masuk mengenai mata membuatkan dia memejamkan mata seketika.

"Jom sayang kita turun makan, teman umi dekat bawah sebab abah hari ni baru gerak pergi Sabah. Umi sorang aje kat bawah tu." Hajah Yasmin menyelak selimut yang menutupi keseluruhan badan gadis itu.

Rambut yang menutupi separuh muka Embun, dikuak ke tepi. Resah hati tuanya melihat wajah tidak bermaya itu.

Embun gagahkan diri untuk bangun kerana tangannya ditarik oleh Hajah Yasmin. Nak tak nak dia terpaksa turuti walhal niatnya hanya ingin terus tidur.

Mereka menuruni tangga. Seketika matanya melihat kelibat tubuh Faid sedang duduk di meja makan. Mata mereka bertembung namun, cepat sahaja dia melarikan pandangan.

"Lah tak dengar pula bunyi kereta kamu. Bila sampai?" soal Hajah Yasmin sekadar berbasa-basi. Kerusi untuk Embun ditarik sebelum menyuruh gadis itu duduk.

"Baru aje. Kebetulan nak jumpa klien sekejap lagi dekat area sini so Juna singgah lah sarapan. Jimat duit makan dari makan dekat luar," ujar Faid dengan senyuman di bibir.

Wajah pucat Embun direnung dalam. Penampilan gadis itu sedikit serabut. Dengan rambut seperti tidak disisir rapi. Walaupun dia tahu, gadis itu jarang sekali bersolek namun, tidaklah selekeh begini.

"Umi ada buat sup sayur untuk Embun. Elok ni makan untuk orang sakit." Mangkuk kaca kecil diletakkan depan gadis itu.

Embun merenung kosong makanan itu. Dia tidak hiraukan perbualan mereka. Sepertinya dia dalam dunianya sendiri.

Hajah Yasmin mengambil sudu dan

meletakkan di tapak tangan Embun. Sempat matanya memandang anaknya.

"Embun tak lapar umi... Embun cuma nak tidur aje."

Ting! Sudu besi ditangan terjatuh di lantai. Berdenting dek kerana berlaga dengan permukaan jubin lantai.

Embun tidak berniat ingin mengutip kembali. Dia bergerak ingin ke tangga dengan mengabaikan tatapan yang terarah kepadanya. Jiwanya kosong. Dia tidak dapat berfikir dengan baik sekarang. Maka, dia perlu tidur supaya dirinya yang lama kembali semula.

Mungkin? Hatinya mengejek diri sendiri.

Faid hanya melihat uminya mengutip sudu di bawah. Lalu tubuh itu bergerak ke dapur. Dia bingkas bangun mengejar langkah gadis itu. Lengan Embun disambar laju.

Tubuh Embun terpusing sehingga dahi menghentam dada kekar Faid. Berkerut dahinya seketika kemudian mimik wajahnya bertukar kosong semula.

"Sorry aku tak sengaja... sakit ke?" soal Faid serba salah. Tertarik kuat sangatlah pula. Pantas dia melepaskan cengkaman di lengan itu. Wajah gadis itu diamati dalam.

"Makanlah sikit. Pucat dah tu muka kau.

Lepas kau makan nanti baru aku lepaskan kau tidur," ujarnya lagi tatkala tiada balasan yang diterima. Macam cakap dengan tunggul.

"Tak nak..." nafasnya ditarik apabila

merasakan dadanya tiba-tiba merasa payah untuk bernafas.

"Kenapa sekarang ni aku tengok kau selalu tidur aje? Kau sakit? Kalau sakit bagitahu aku. Remember, aku selalu ada dekat sisi kau."

Mata mereka bertaut lama. Faid cuba mencari apa yang disembunyikan di sebalik mata indah itu.

"Sleep is great because it's like being dead without hurting anyone."

Penawar Untuk EmbunWhere stories live. Discover now