Bab 32

120 6 0
                                    


Meskipun tidak dibenarkan melawat Embun. Namun Faid tetap saban hari datang dan hanya duduk di salah satu kerusi yang tersedia di hospital ini. Tidak tahu kenapa, dia risau sekiranya apa-apa yang terjadi kepada gadis itu dan dia tidak ada.

"Penjaga cik Embun?"

Mendengar sebaris nama itu, lantas sahaja tubuhnya berdiri. Dia memandang wajah yang ada di depannya.

"Saya..."

"Boleh ikut saya ke pejabat sekejap? Saya ada benda nak dibincangkan tentang cik Embun. Oh, lupa nak kenalkan. Saya doktor Qazi. Doktor bahagian psikiatri yang merawat cik Embun."

"Mari ikut saya."

Lalu Faid mengekori langkah doktor Qazi. Tidak jauh dari tempat duduknya, akhirnya mereka sampai di hadapan pejabat. Faid melabuhkan punggungnya di kerusi setelah di pelawa doktor Qazi.

"Tentang cik Embun—"

"Kenapa?"

Doktor Qazi terdiam lantas dia tertawa halus.

"Sabar, bagi saya habiskan ayat dulu."

Sedar salahnya, Faid menekur malu.

"Selama ni cik Embun tak ada menerima
rawatan kesihatan mental dari mana-mana klinik atau hospital ke?"

Kepalanya digeleng menidakkan. Mungkin. Sebab tidak pernah nampak gadis itu keluar hendak pergi ke klinik.

"Setelah kami diagnosis, cik Embun menghidapi amnesia dissociative dan depression."

"Depression adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan tiada tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Perkara ni berlarutan sekurang-kurangnya 2 minggu."

Iya... ciri-ciri itu ada pada Embun. Mereka fikirkan gadis itu cuma mahu masa. Jadi, mereka biarkan Embun bersendirian.

"Amnesia dissosictive adalah salah satu daripada kumpulan kecelaruan disosiatif di mana seseorang tidak dapat mengingati maklumat penting tentang kehidupan mereka. Sifat pelupa ini mungkin terhad kepada kawasan tertentu atau mungkin termasuk sebahagian besar sejarah hidup atau identity seseorang."

"Sekejap... saya tak faham kenapa dia boleh ada amnesia dissosictive ni." Mungkin jika Embun ada depresi, dia faham. Tapi penyakit yang satu lagi ini baginya tidak logik.

Doktor Qazi tersenyum sedikit. Lalu jarinya menekan papan kekunci komputer. Lantas skrin dipusing.

"Dari hasil rakaman yang direkod, cik Embun seperti tidak mengingati kejadian sewaktu dia ingin bunuh diri. Bila saya cuba push dan secara tiba-tiba dia dapat ingat." Terangnya.

Mata Faid tidak lepas memandang skrin komputer yang memaparkan wajah Embun. Seketika dia baru teringat sesuatu. Kejadian di mana gadis itu juga lupa sewaktu dia cuba terjun jambatan! Membulat matanya.

"Doktor saya ingat! Embun pernah lupa waktu dia cuba bunuh diri kali pertama."

Raut wajah doktor Qazi berubah serius.

"Jadi ini cubaan kedua cik Embun bunuh diri?"

Faid angguk. "Saya bodoh. Tak sedar selama ni dengan penyakit dia. Saya tak bawa dia ke hospital sebab saya tengok dia baik-baik saja."

"Memang macam tu. Pesakit mental yang belum menyedari tentang penyakit mereka akan sorok atau pendam masalah mereka. Kebanyakkan pesakit itu tidak sedar mereka mula menunjukkan banyak perubahan sikap. Dalam hal ni, bantuan orang terdekat amat diperlukan."

"Doktor boleh bagitahu lebih dalam lagi tentang penyakit mental ni? Macam mana cara saya nak bercakap dengan Embun. Atau saya kena jarakkan diri dari dia?"

Penawar Untuk EmbunWhere stories live. Discover now