Bab 26

73 4 0
                                    


Satu lagi berita baru keluar yang berada di talian dibaca dengan teliti. Kali ini lebih membuatkan Faid naik darah. Kes ini semakin lama semakin menarik perhatian masyarakat. Yang membuatkan dia marah kerana gambar Embun juga tersebar luas!

Meskipun dari arah tepi tetap sahaja dia apat mengecam dengan baik. Bila masa gambar Embun diambil senyap-senyap?

Nombor Kayla banyak kali didail. Namun satu pun tidak berangkat. Dia hampir sahaja ingin mengeluarkan carutan. Namun sehabis baik ditahan.

"Lah kalau nak tangkap gambar aku bagitahu dulu. Boleh aku bersiap juga. Ini tak, gambar tak sedia juga diambil. Tak apalah boleh juga merasa terkenal sekejap."

Tercelik terus matanya. Lantas Faid terburu-buru memandang ke belakang. Di mana ada Embun yang sedang berdiri dengan wajah kosong saja.

"Hah?"

Embun muncungkan mulut ke arah skrin
telefon itu yang masih terpampang luas berita mengenai dirinya.

Laju saja Faid mengikuti arah yang ditunjuk gadis itu. Terpejam terus mata apabila baru sahaja menyedari. Lekas -lekas telefon dimatikan. Menjadikan skrn bertukar gelap.

"Tak payahlah nak fikir pasal ni. Tahulah aku nak uruskan. Sekarang kau duduk aje dekat rumah. Jangan keluar sesuka hati. Orang sekarang ni bahaya sikit. Kau kena lebih berhati-hati lepas ni," ujarnya menasihati.

Embun menganggukkan kepala.

"Kalau aku keluar, aku nak pergi mana? Sedangkan sekarang pun aku tengah bekerja dengan umi," balas Embun bernada biasa.

Faid merenung wajah itu. Sedikit sembap. Pasti gadis itu banyak menangis. Disebabkan terlalu risau apa-apa terjadi dengan Embun, maka dia ambil keputusan untuk tidur di sini selama tiga hari. Sekarang pula sudah masuk hari kedua. Mahu berlama-lama, namun tuntutan kerja menghalangnya.

Seketika dia teringat sesuatu.

"Boleh aku tengok lengan kau?" Pintanya berhati-hati. Sebelum ni agak susah sikit kerana gadis itu terperuk saja dalam bilik.

Memikirkan itu, muncul fikiran negatif. Jika Embun selalu berada di bilik. Maka kemungkinan besar gadis itu akan melukakan diri sendiri.

Embun tergelak kecil. "Aku okeylah. Aku tak tambah parut baru pun."

Melihat riak tidak percaya Faid, membuatkan dia mengeluh. Lantas dia menyingsing lengan baju hingga ke siku.

"Hah. Tengoklah ni, tak ada kan. Ni pun parut lama. Kalau aku tambah parut lagi, lengan aku jadi buruk."

Faid meneliti tajam. Lega dia tatkala tiada luka di lengan itu.

"Jangan cederakan diri sendiri sebab masalah ni. Allah tak suka." Lembut tegurannya.

"Terima kasih sebab tak tinggalkan parut baru. Aku harap kau takkan cederakan lagi diri kau sampai bila-bila," sambung Faid semula.

Embun diam. Tiada reaksi darinya. Kata-kata lelaki itu tidak diambil endah. Entahlah. Hatinya yang menolak untuk mendengar. Lengan baju diturunkan kembali.

"Aku nak siapkan tempahan kuih. Ada yang nak ambil petang ni," ujarnya datar.

"Okey. Pergilah. Jangan terlalu paksa diri kau untuk siapkan tempahan tu. Kalau kau rasa badan kau, mental kau dan diri kau perlukan rehat. Pergi je rehat." Nasihat Faid secara lembut.

Nasihat itu perlahan meresap masuk ke dalam hati. Embun mengulas senyuman ringkas. Dia tidak tipu, hatinya cukup tenang mendengar kata-kata Faid.

Kakinya ingin melangkah ke dapur, namun ditahan. Spontan kening diangkat tinggi. "Kenapa?" soalnya kepada Faid.

Penawar Untuk EmbunWhere stories live. Discover now