Bab 24

82 6 0
                                    


Gemuruh dirinya yang berada di sebelah Melly. Sesekali matanya menjeling ke arah wanita itu yang sedang memejam mata. Ketika ini, mereka berada di saloon rambut terkenal. Dia yang mengajak wanita itu. Namun bil semuanya dibayar oleh Faid.

Kayla hanya mengikuti rancangan lelaki itu saja asalkan kalau apa-apa yang terjadi, namanya takkan terlibat.

Pekerja yang mengambil tugas mencuci rambut Melly menjeling ke arah Kayla. Seperti mengisyaratkan sesuatu.

Kayla angguk sekilas.

"Apa yang merasuk you tiba-tiba aje nak
belanja I dekat saloon ni."

Kata-kata Melly menyentakkan mereka.
Lantas gunting besi berdenting jatuh. Kayla membulatkan matanya. Bibirnya digigit seriau.

"Err...I'm sorry Mrs...saya minta izin nak
tukar gunting sekejap." Tergesa-gesa pekerja itu berlalu pergi.

"I rasa I dah cakap cuma nak cuci rambut I aje. Tak adalah pula nak potong rambut," tukas Melly senada.

Kayla terbatuk-batuk perlahan. Jarinya yang menggigil disorokkan.

"I rasa dia terbawa kut," ujarnya perlahan.

"Aunty Mell, I nak pergi tandas sekejap." Tubuhnya bingkas bangun dari kerusi. Lalu tanpa menunggu balasan, Kayla laju sahaja menapak ke arah tandas.

Pintu tandas dibuka laju. Matanya bertembung dengan sepasang mata pekerja itu. Terlihat wajahnya sedikit pucat.

"Mana?!" nadanya ditekan mendalam. Jantungnya tak usah dikata, berdegup laju.

"I...ini cik Kayla." Zip lock plastic bag
berukuran kecil diserahkan kepada Kayla.

"Good. Ini upah you. Ingat apa yang I cakap! Jangan sesekali buka mulut tentang hal ni! Nahas you kalau you berani bagitahu sesiapa!"

Sampul coklat berisi duit dihulur. Pekerja itu mengangguk kepala banyak kali lantas tergesa-gesa berjalan keluar.

Plastik ditangan diangkat separa mata. Lalu helaian rambut yang berada di dalamnya dilihat. Lekas-lekas Kayla menyimpan ke dalam beg tangannya apabila mendengar pintu dibuka. Nafas
ditarik sebelum kakinya menapak ke luar.

"JOM keluar sekejap." Terhenti tangannya yang sedang menguli tepung. Kepala diangkat merenung wajah Faid di sebelah. Tegang sahaja riak itu.

"Keluar pergi mana? Nantilah aku ada kerja sikit ni." Acuh tak acuh Embun melayan. Tumpuannya difokuskan kembali.

"Sekarang," ujar Faid sedikit keras.

Embun diam. Matanya kembali merenung wajah lelaki itu. Dia diterjah rasa pelik. Kenapa mimik wajah itu serius benar? Ada sesuatu berlaku ke? Berkerut dahinya berfikir.

"Okey." Embun memutuskan untuk ikut. Malas ingin berbalah. Bukan selalu Faid berperangai begini. Selalu tenang saja lelaki itu.

Tangan dibasuh bersih ke sinki sebelum kaki mengikuti langkah Faid tanpa banyak bunyi. Baju pun dia tidak tukar lagi. Dia memandang baju yang tersarung. Okeylah ni. Tidaklah terlalu buruk.

Lelaki itu memasuki kereta, dia tetap diam tanpa membantah. Hanya mengekori sahaja. Pintu kereta ditutup. Akhirnya kereta bergerak membelah jalan raya. Masing-masing diam dari membuka mulut.

Embun boleh merasai suasana ini agak tegang. Matanya menjeling sekilas ke sebelah. Lihat saja dari tangan lelaki itu yang mencengkam kuat stereng kereta hingga timbul urat-urat.

Kereta berhenti di hadapan taman tasik yang dipenuhi orang. Tidak terlalu jauh dari rumah umi. Faid keluar dari perut kereta. Kening terangkat tinggi. Nafas dihela sebelum pintu kereta dibuka.

Penawar Untuk EmbunOnde histórias criam vida. Descubra agora