Bab 34

34 5 0
                                    

Hari kedua berada di sini tiada apa yang
menarik perhatiannya. Cuma saja
tangannya yang sudah terlepas bebas.
Namun pergerakan pula terbatas. Embun dikurung dengan pesakit mental lain di satu wad. Pagar besi sentiasa kekal terkunci dengan seorang guard
perempuan sedang menjaga.

Dia membuka mulut di waktu jururawat ingin menyuapkannya ubat. Ditelan. Lalu mulutnya kembali terbuka.

“Okey.” Setelah jururawat itu bergerak pergi, barulah dia menutup semula mulutnya. Memang begitu selalunya. Untuk memastikan para pesakit
menelan ubat mereka.

Niatnya ingin baring semula, tetapi dia dapat melihat dua raut wajah yang sangat dikenalinya sedang berdiri di depan pagar. Hajah Yasmin dan Faid! Embun malu dengan mereka kerana merasakan kehadirannya dalam hidup mereka menyusahkan keluarga itu. Apa reaksi mereka setelah mendapat tahu akan penyakit mentalnya? Pasti mereka akan mencemuh.

Pandangan dialihkan laju. Selimut ditarik ingin menutupi badan namun terasa ada satu mata memerhatikannya dari jauh sehingga bulu roma nya meremang naik.

“Embun… ada keluarga Embun datang nak melawat tu.” Bahunya terasa disentuh.

Embun berdehem. Bersamaan itu, matanya menjeling ke arah mereka. Lidahnya terasa kelu. Lagi-lagi dengan pandangan mendalam Faid.

Drastik kepalanya digeleng laju. Badannya dibaringkan sepenuhnya ke atas katil. Selimut ditarik menutupi seluruh badan.

“Tak nak jumpa sekejap ke? Kesian—"

“Tak nak!” Tengkingnya kuat.

Terdengar keluhan yang meniti di bibir penjaga bilik ini sebelum telinga mendengar tapak kaki menjauh.

Embun kemam bibir rapat. Tidak sengaja. Yang penting, dia benar-benar
tidak mahu bertemu mereka buat masa sekarang ini.

Dari jauh, Faid melihat tubuh Embun yang terbaring mengiring membelakanginya. Tahulah dia
gadis itu tidak mahu berjumpa mereka.

“Tak apalah umi, lain kali kita jumpa Embun. Mungkin dia tak sedia lagi.” Bahu uminya diusap lembut seraya nafas dihela perlahan. Dia rindu gadis itu. Namun siapalah Faid mahu memaksa.

Perlahan-lahan Embun mengangkat
kepalanya. Luar pagar dilihat. Tiada kelibat mereka. Lalu keluhan panjang dilepaskan. Terus mata dipejam dengan rasa hati yang memberat.

CINCIN di dalam kotak baldu berwarna biru dilihat dengan pandangan kosong. Cincin bertakhta kan permata itu sudah dibeli namun jari yang layak tersarung cincin ini sedang berada di hospital.

Rancangannya ingin melamar sang gadis itu setelah berjaya menemukan mereka sekeluarga. Namun kuasa Allah mengatasi segalanya. Dia hanya mampu merancang bahkan Allah itu merupakan sebaik-baik perancang.

Faid akur lantas menunggu masa yang tepat untuk melamar Embun. Cincin disimpan dalam laci meja.

“Nah aku ada beli makanan sikit untuk kau. Alang-alang aku nak ke sini tu yang teringat kau. Umi kata dah berapa hari kau tak makan," ujar Arriyan yang muncul di muka pintu tidak berkunci itu. Bungkusan makanan diletakkan di depan Faid.

Kerusi kosong diambil. Tunak mata merenung wajah sugul lelaki itu.

“Aku rasa Embun yang sakit. Bukan kau.
Kenapa sekarang aku tengok muka kau pula pucat semacam.”

Faid tidak membalas lantas pensil HB diambil lalu sketchbook di capai. Niatnya ingin melukis sesuatu. Rasanya sudah berhabuk buku ini kerana jarang sekali
dia mahu melukis sejak dua menjak ini.

“Makanlah. Kesihatan kau juga kena jaga. Macam mana kau nak jaga Embun kalau diri kau sendiri sakit?” Sakit hati pula apabila diabaikan begitu. Berbuih sudah mulutnya menasihati. Seperti masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri.

Selalunya Faid bukan keras kepala begini.

“Nantilah." Datar nada Faid. Kepalanya tidak diangkat. Sepasang matanya yang kosong hanya tertumpu pada buku lukisan.

Malas ingin berbalah tentang hal makanan, Arriyan memilih untuk senyap sahaja. Matanya saja memerhati gerak geri rakannya itu tanpa lepas.

“Aku tak pernah tengok kau sayang
perempuan macam ni sekali. You really love her, right?” soalnya sekadar memecahkan kesunyian. Bibirnya tersenyum nipis tatkala melihat lakaran tubuh seorang gadis sedang memerhati bulan di jambatan.

Tangan Faid terhenti sebelum dapat dilihat senyuman lebar terukir di dua ulas bibir pucat itu. "Falling in love was never in my plan, until one day I just realized that I love this person too much…”

Arriyan tidak merasa Faid menipu kerana dapat dilihat keikhlasan dari raut wajah tampan lelaki itu.

Maka, dia akui kata-kata ini.

Ketika kamu berhasil membuat seorang
pelukis jatuh hati, maka bersiaplah abadi dalam sebuah karya-karyanya

MASUK hari keempat, Embun menerima lagi kunjungan dari Hajah Yasmin. Tapi kali ni cuma wanita itu sahaja yang ada. Kelibat Faid tidak ada. Hatinya merasa sedikit hampa namun cepat sahaja dibuang perasaan itu.

“Kalau Embun nak makan apa-apa, bagitahu umi, nanti umi boleh masak," ujar Hajah Yasmin lembut di sebalik pagar besi. Sepasang matanya melihat penuh kasih sayang raut wajah berseri Embun. Dalam hati memanjatkan rasa syukur kerana dilihat gadis itu sudah seperti sedia kala.

Embun geleng kepala. "Tak ada umi. Embun tak terasa nak makan apa-apa. Makanan dari hospital pun dah kenyang.”

“Umi akan sentiasa ada di belakang Embun. Umi takkan jemu nak sokong kamu. Abah pun kirim salam. Dia tak dapat datang sebab kena pergi Perak
pula. Banyak pula kursus yang dia join.”

Bebelan umi didengari dengan rasa sebak yang hadir. Terkadang rasa bersalah kerana tidak pernah menghargai sokongan dari keluarga itu. Bibirnya mengukir senyuman tawar. Wajah manis umi direnung buat kali terakhir.

“Umi…”

Terhenti bebelan wanita itu.

“Embun nak ucap terima kasih sebab dah jaga Embun selama ni. Bagi Embun rasa kasih sayang umi dan abah. Terima kasih sebab dah ajar Embun buat banyak kuih. Embun hargai dan Embun harap kasih
sayang umi tetap berterusan walaupun Embun dah tak tinggal dekat rumah umi lagi.” Sebak di dada makin mencengkam. Matanya mula memanas.

Bebola mata Hajah Yasmin bergetaran.
Seperti wanita itu sekali merasai kesedihannya.

“Embun nak tinggalkan umi?” Lirih suaranya.

Embun menggeleng bersamaan air mata yang ingin menitis. “Tak... Embun bukan nak tinggalkan umi. Embun cuma nak cari diri sendiri. Dah sampai masanya
Embun kena berubah. Perbaiki diri... Please umi..."

Tatkala itu, air mata Hajah Yasmin berjuraian. Mata dipejam sesaat sebelum dibuka kembali. Wajah gadis di hadapannya yang sudah dianggap anak sendiri dipandang.

“Pergilah sayang. Umi izinkan. Tapi tolong jenguk umi dan abah selalu. Ingat perkara ni baik-baik. Kami tetap
bangga dengan apa yang Embun buat. Embun dapat lalui semua dugaan ini, kami sangat bangga. Teruskan. Jangan pernah mengalah untuk hidup…”

“Kalau Embun rasa keseorangan dalam dunia ni. Ingat... Umi, abah dan Faid ada.”

Tatkala nama Faid terpacul di dua ulas bibir umi, air mata yang ditahan Embun terus sahaja menitis deras. Bibir diketap kuat.

Penawar Untuk EmbunWhere stories live. Discover now