Bab 31

154 9 0
                                    

"Amboi Juna, sejak dua menjak ni umi tengok bukan main lagi kamu rajin balik ke sini ya. Dulu kalau umi suruh balik ada aje banyak alasan yang Juna bagi."

Perliaan itu membuatkan bibir Faid tersengih tidak bersalah. Jarinya menguis-nguis manja bahu wanita itu.

"Kalau boleh Juna nak tinggal terus dekat sini tapi—!"

"Sabar, ada tapi..." meleret suaranya
menahan cubitan ketam uminya.

"Tapi tunggu Juna dengan Embun halal lah," katanya selamba.

"Isy. Anak siapa ni gatal sangat?" membulat mata Hajah Yasmin.

Faid ketawa terbahak-bahak.

Secara tiba-tiba Hajah Yasmin mengeluh. Bahunya mengendur. Lantas mata meliar memandang halaman rumahnya.

"Kenapa umi? Panjang sangat mengeluh tu." Tegur Faid lembut. Wajah uminya diamati dalam.

"Umi makin risau dengan Embun. Sekarang ni umi rasa Embun kena pergi jumpa psikiatri. Umi rasa macam ada yang tak kena dengan dia. Overdose
tidur. Tak nak makan. Tak nak bercakap."

Lantaran itu, ingatan Faid terus ke arah Embun. Kali terakhir dia melihat gadis itu waktu dia memberi surat dari Donzello. Seperti biasa tiada riak yang terpasang.

Pelik, umi kata terlebih tidur tapi bawah mata Embun seperti orang tidak cukup tidur sahaja. Berkerut-kerut dahinya.

"Juna pun rasa macam tu tapi kita kena tanya tuan punya badan dulu." Faid turut bersetuju. Namun perihal gadis itu yang pernah lukakan diri sendiri, tidak pernah lagi dia menceritakan kepada wanita itu.

Tiba-tiba fikirannya melayang sewaktu dia pernah menyelamatkan Embun dari bunuh diri. Berderau darahnya. Tubuhnya terus menegak.

Bunuh diri...

Kenapa dia tak pernah fikirkan hal itu? Gila! Kenapa dia terlepas pandang! Hatinya diserbu perasaan risau.

"Hey Juna nak pergi mana?!" membuntang biji mata Hajah Yasmin melihat anaknya tergesa-gesa masuk ke dalam rumah.

Dia tidak duduk diam. Lantaran itu, kakinya menapak masuk sekali.

Faid mengabaikan pertanyaan itu. Lebar langkahnya menaiki anak tangga. Bilik Embun dihampiri lantas pintu itu diketuk kuat bagai hendak dirobohkan.

"Embun! Embun! Buka pintu ni!" lagi sekali permukaan pintu itu diketuk keras. Mimik wajahnya bertukar tegang.

Matanya dipejam sesaat aabila tidak mendapat respon dari dalam. Laju sahaja dia memulas tombol pintu. Berkunci!

"Umi mana kunci bilik Embun?!" soal Faid setelah perasan kelibat uminya di belakang. Wajahnya sudah cemas sekaligus nada suara sedikit bergetar.

"Dekat laci... sekejap umi carikan." Tergesa-gesa Hajah Yasmin menyelongkar laci yang tidak jauh dari mereka. Dia yang masih kebingungan turut sekali merasai cemas.

"Embun kau dengar tak? Aku nak kau buka pintu ni," laungnya lantang.

"Embun Adawiyah! Kau jangan buat kerja gila dalam tu! Apapun yang ada dalam fikiran kau sekarang, aku mohon... cuba lawan." Jarinya mula menggigil halus. Sedaya upaya bayangan negatif cuba diusir.

"Cepat umi!"

"Nah... kenapa ni? Umi tak faham?" cemas nada Hajah Yasmin bertanya. Riak gusar anaknya dipandang dengan penuh persoalan.

Faid tidak menjawab dek kerana terlalu kalut. Sampai terjatuh gugusan kunci kerana jarinya tidak dapat menggenggam dengan kuat. Nafas ditarik menenangkan hati. Gugusan kunci dikutip.

Penawar Untuk EmbunWhere stories live. Discover now