Bab 25

66 4 0
                                    


Aplikasi Instagram dibuka tatkala merasa bosan dengan suasana di dalam kereta. Sunyi sepi sahaja. Arriyan bergerak ke arah pencarian. Tanpa disangka lalu satu artikel dari akaun wartawan online. Berita itu benar-benar menarik perhatiannya untuk membaca.

Lantas jarinya menekan. Tergamam dia membaca tajuk besar yang tertera. Jantungnya berhenti berdegup sesaat.

MODEL TERKENAL MEMPUNYAI

SEORANG ANAK PEREMPUAN LUAR

NIKAH?

Disertakan sekali sekeping gambar Melly yang dikaburkan di bahagian muka. Namun, cepat sahaja dia dapat tahu kerana gambar itu pernah dilihatnya.

Lalu matanya menjeling Faid di sebelah yang sedang tenang memandu. Mereka sekarang sedang dalam perjalanan untuk ke rumah umi dan abah.

Sabar Arriyan menunggu kereta ini berhenti di waktu lampu isyarat bertukar merah. Dengan lafaz bismillah, telefon dihulurkan kepada lelaki di sebelahnya.

"Aku rasa kau patut tengok ni," ujarnya serius.

"Apa? Nantilah tunjuk dekat rumah umi.

Sekarangkan aku tengah drive." Faid kelihatan tidak berminat. Langsung kepalanya tidak menoleh. Tumpuan hanya difokuskan ke depan. Jarinya mengetuk-ngetuk stereng kereta.

Arriyan mendengus.

"Aku tak kira, kau kena tengok benda ni sekarang juga sebelum kau terlambat," katanya keras. Telefon terus diletakkan ke atas peha Faid.

Faid mendecit halus. Sempat dia menjeling tajam ke arah rakannya lalu bebola mata dihala ke arah skrin. Riak wajah berubah tegang setelah membaca keseluruhan berita itu.

"Kau rasa siapa yang bocorkan hal ni? Aku tak rasa Izz." Wajah tegang Faid dilihat. Semalaman Arriyan tidak tidur setelah rakannya itu menceritakan semua yang terjadi.

Tiada tinggal satu pun. Bermula dari lelaki yang menjaga Embun menjual gadis itu. Terkedu juga dia selepas mendengar. Walaupun tidak pernah jumpa dengan Embun, namun dalam diam Arriyan merasa gadis itu pasti sosok yang kuat.

Nafas ditarik. Faid memulangkan semula telefon. "Memang bukan Izz. Aku kenal Izz macam mana. Dia takkan khianat aku," balasnya sedikit dingin.

Ring!

Telefon milik Faid berbunyi lantang. Tanpa kata, laju sahaja dia mengangkat panggilan itu setelah melihat nama si pemanggil.

"Faid! Ni bukan kerja aku! Sumpah aku tak bocorkan dekat mana-mana wartawan." Bersungguh-sungguh Izz menjelaskan dalam talian. Sudahlah dia baru bangun tidur. Terkejut juga membaca artikel itu. Bimbang sungguh jika Faid ingat dia yang bocorkan.

Maka dengan langkah selamat, lebih baik Izz telefon rakannya itu.

"Aku tahu," kata Faid ringkas sekaligus mematikan panggilan.

Jujur kepalanya agak berserabut sekarang. Dia mengeluh panjang lantas memulakan perjalanan setelah lampu isyarat bertukar hijau.

Semoga Embun baik-baik sahaja selepas dia mengetahui tentang ini.

EMBUN terangguk-angguk beberapa kali setelah matanya membaca isi surat paterniti yang diberi Faid. Lantas dia mendongakkan kepala memandang

Penawar Untuk EmbunUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum