Bab 20

59 6 0
                                    


Jujurlah, memang semenjak menerima tawaran berkolaborasi dengan DZ hotel, masanya sangat padat. Mahu rehatkan diri pun terhad kerana lukisan-lukisan yang perlu dia siapkan sebelum pameran di galeri hotel itu di buka. Kerana itulah, Faid tidak sempat ingin pulang ke rumah keluarganya.

Tetapi selalu juga dia menelefon abah untuk bertanya khabar seisi rumah. Jika dia menelefon uminya, risau kena paksa pulang. Bukanlah dia tidak mahu, tetapi tunggu kerja-kerjanya siap dulu barulah dia boleh bernafas lega. Ditambah lagi sekarang dia sedang sibuk mencari ibu bapa Embun.

"Yow, sibuk nampak sampai aku buka pintu pun kau tak dengar."

Pantas kepalanya terangkat. Dia terpana melihat tubuh Arriyan berdiri tegak di
depannya sedang tersengih busuk. Bingkas tubuhnya bangun dari kerusi untuk mendapatkan rakannya.

"Bro! Kau pergi mana sampai hilang lama sangat? Aku call tak angkat. Mesej apa semua tak balas. Aku siap e-mail kau lagi tahu tak! Aku cari kau dekat rumah keluarga kau tapi mama papa kau pun tak tahu kau pergi mana. Aku—"

"Shh... meh sini baby Juna peluk abang Riyan. Alololo kenapa monyok sangat muka ni?" kepala Faid ditekan rapat ke dada. Dilabuhkan ciuman beberapa kali di kepala itu.

"Ya! baby rindu abang Riyan sangat -sangat. Sampai hati tinggalkan baby!" Suara dikepitkan. Lalu dada berlapik Arriyan di cium. Laju sahaja Arriyan menolak kuat kepala rakannya menjauh. Mimik muka bertukar geli.

"Jijiklah setan! Serupa gay aje suara kau tu!" semburnya kuat.

Faid ketawa terbahak-bahak. Punggungnya disandarkan ke bucu meja.

"Okey kali ni serius aku tanya. Kau pergi
mana selama ni?" soalnya serius setelah
menghabiskan sisa tawa.

Arriyan meletakkan begnya ke sofa. Lantas dia berjalan perlahan ke arah kanvas-kanvas yang tergantung. Baginya gambar ini seperti baru lagi.

"Adalah. Tenangkan fikiran sekejap," jawabnya ringkas sambil berpeluk tubuh. Ditenung dalam lukisan di depan. Lukisan ini baginya sungguh pelik. Seperti bukan karya Faid kerana dia kenal sungguh hasil tangan lelaki itu. Kebanyakkan rakannya banyak melukis bangunan-bangunan sama ada di dalam negara ini ataupun di luar negara.

"Kau ada masalah ke sampai nak bawa diri lama sangat."

Soalan itu diabaikan. Malah dia makin

mendekatkan wajah ke arah lukisan itu.

"Kau ke yang buat ni?"

"Hm?"

Mata Faid beralih ke satu lukisan yang di tunjuk Arriyan. Kepalanya terjengul sedikit dek kerana tubuh lelaki itu menghalangnya.

"Bukan."

Jawapan itu membuatkan dahi Arriyan

berkerut. Lantas tubuhnya kembali ditegakkan. Pandangan dilemparkan ke arah rakannya.

"Habis tu siapa?"

"Manusia."

"Aku tahulah manusia, takkan iblis pula. Tapi nama dia siapa?" jengkel pula dengan wajah tidak bersalah itu.

"Cuba teka. Kalau betul aku belanja coki-coki."

"Tak payah! Dah tak ada hati pula aku nak tahu."

"Hm lemah. Macam ni nak jadi suami

orang?" Faid masih galak mengusik. Wajah tegang Arriyan di pandang.

"Tak ada kena mengena mat antara lukisan dengan suami orang," ujarnya keras.

Penawar Untuk EmbunWhere stories live. Discover now