Bab 6

70 7 0
                                    


"Kau nak bawa aku pergi mana ni? Aku nak kerjalah!" menderam marah suara tatkala Faid menariknya berjalan setelah mereka berdua turun dari motosikal.

"Alah sekarang waktu kau rehat kan. Ada banyak masa lagi. Aku nak bawa kau pergi studio kawan aku." Faid cengkam lengan berlapik Embun. Dia berjalan laju dengan kaki panjangnya hingga terkial -kial Embun ingin mengejar.

"Perlahanlah sikit! Kau fikir kaki aku panjang macam kaki kau?" bentaknya kasar.

Mendengar itu, Faid bertindak memperlahankan langkahnya. Faid tergelak kecil. Namun dia masih kekal menarik gadis itu berjalan. Sampai sahaja di depan sebuah kedai yang terletak sediki tersorok, tangannya bergerak menolak pintu kaca.

Mata melilau ke sekeliling arah mencari kelibat seseorang.

"Izz budak-budak yang kau ajar dah balik kan?" Faid terus bertanya tanpa sapaan. Lagak seperti terburu-buru saja.

Embun cuma melihat seorang lelaki yang
dipanggil nama Izz dengan tatapan kosong. Mata mereka sempat bertembung sebelum dia sendiri melarikan pandangan.

Kekok.

"Dah, bilik tu kosong takde pelajar aku. Kau nak guna kan?"

"Ha'ah. Tak lama pun dalam sejam macam tu," balasnya sambil menilik jam di pergelangan tangan.

Izz hanya mengangguk lalu sepasang mata beralih ke sebelah rakannya, melihat seorang gadis berketinggian separa dada mereka. Manakala ketinggian Izz dan Faid hampir setara cumanya rakannya lebih tinggi sedikit.

"Kau bawa siapa ni?" soalnya terus terang.

"Embun. Kawan aku."

"Just a friend?" Izz menekan nadanya sambil kening terjongket ke arah Faid. Matanya banyak kali menjeling pegangan tangan yang masih tidak lepas sedari tadi di lengan gadis itu.

Laju Embun merentap lengannya. Dia
melilaukan mata tidak mahu menentang mata dengan Izz. Embun melihat sekeliling. Sepertinya ini bukan kedai biasa kerana ada banyak lukisan-lukisan yang tergantung. Semuanya berseni. Lantas matanya jatuh ke arah ukiran burung yang menerbangkan sayapnya.

Dia dapat menyimpulkan di sini merupakan studio seni. Melihat Izz juga memakai apron kulit dan ada sedikit tercalit warna air di serata tangannya.

"Saya Izz." Izz menghulurkan tangan ke
arah Embun.

Terus tumpuannya terarah pada tangan
lelaki itu. Dia terdiam lama. Kaku.

"Okeylah kami nak masuk dulu. Pastikan tak ada siapa yang masuk." Lekas Faid menyambut huluran itu dengan selamba. Dia menepuk bahu Izz lalu menarik tangan Embun mengikutinya.

Izz mencebik.

"Jangan buat benda bukan-bukan pula dalam tu!" laungnya sedikit kuat.

Faid cuma beriak biasa seakan tidak terkesan.

"Kita buat apa masuk sini?" Embun
membuka mulut setelah lama dia berdiam diri.

Pintu dibiarkan terbuka luas tanpa ditutup. Faid menarik Embun duduk di satu kerusi. Di depannya pula terdapat kanvas besar yang diletakkan di pine wood easel stand berukuran 150cm. Dia memakaikan Embun apron kulit.

"Kenapa kena pakai ni, aku bukan nak
memasak pun." Getusnya kepada lelaki itu yang sedang lincah mengikat tali apron.

"Nanti cat minyak tu kena baju kerja kau," ujar Faid lembut. Selesai mengikat, dia juga memakai apron ke tubuhnya. Lantas kerusi kayu ditarik merapati Embun.

"Just use oil paint colors here. Draw what you want." Katanya. Cat minyak bersaiz kecil yang berada di bawah ditunjuk.

"Aku tak tahu."

Penawar Untuk EmbunWhere stories live. Discover now