Bab 3

81 8 0
                                    


"Lewat kau bangun?" soal Arriyan tatkala matanya dapat menangkap tubuh tidak berbaju Faid baru keluar dari bilik. Rambut pula serabai sahaja.

Faid menjeling sekilas ke arah Arriyan yang sedang duduk bermain telefon. Dia bergerak ke dapur ingin mengambil air lalu kembali semula duduk di sebelah rakannya.

"Malam tadi aku balik lambat," balasnya ringkas. Air tin dibuka dan di teguk laju.

Arriyan menggeleng saja apabila melihat lelaki itu meneguk air gas. Bangun-bangun terus minum air gas. Haih.

"Seingat aku, kau orang pertama yang balik dulu dari Neo snooker semalam."

Leher diregangkan tatkala merasa lenguh. "Aku hantar kawan aku balik rumah dia dulu," ujarnya.

Dia tidak tipu. Memang dia hantar Embun pulang selepas gadis itu sudah tenang. Namun tiada satu pun yang keluar dari mulut gadis itu.

"Siapa?"

"Adalah." Acuh tak acuh nada Faid. Rambutnya yang terjuntai di dahi diselak ke belakang. Rimas dibuatnya.

"Jangan lupa hari ni jumpa Kayla." Sempat diingatkan Arriyan. Bimbang rakannya lupa.

"Apa lagi dia nak? Semalam bukan dah jumpa ke." Faid melentok kepala ke bahu Arriyan. Matanya dipejam erat. Masih merasa mengantuk.

"Adalah tu benda yang nak dibincangkan lagi. Pergi jelah, customer VVIP tu." Seketika suasana kembali jeda. Arriyan membiarkan Faid di bahunya manakala dia fokus bermain telefon.

Faid teringat akan Embun. Sebelum tidur, ada juga dia mencari punca utama seseorang ingin membunuh diri. Dia terjumpa pula tentang isu kesihatan mental. Gadis itu menghidapi masalah mental ke?

"Aku nak tanya kau. Apa pendapat kau dengan orang yang lukakan diri sendiri. Contoh yang selalu kita nampak, toreh tangan."

Dahi Arriyan sedikit berkerut mendengar soalan itu yang terpacul di bibir lelaki itu. Dia menjeling sisi wajah Faid yang sedang termenung sebelum kembali menumpukan ke telefon.

"Entah, maybe they want attention. Kita ni orang Islam, dah tahu benda macam tu berdosa lagi nak buat. Kalau ada masalah sikit terus nak self harming. Bagi aku mereka cuma tak boleh fikir panjang." Pendapatnya diluahkan.

Mendadak Faid mengangkat kepala. Lantas pandangan tajam diberikan kepada Arriyan. Rasa tidak gemar dengan kata-kata itu.

"Kita tak tahu apa yang mereka lalui sampai sanggup self harming. Mungkin hidup mereka tak seindah macam hidup kita."

"Allah takkan uji hambanya diluar kemampuan hambanya. So, kemampuan mereka belum sampai limit lagi lah tu," bidas Arriyan tak nak kalah. Pelik pula bila melihat raut wajah Faid berubah tegang.

Apa? Dia ada salah cakap ke?

"Duduk kat tempat dorang dulu Riyan, baru kau berani nak cakap semua ni." Faid mendengus. Badannya bingkas bangun meninggalkan Arriyan berseorangan.






HARI cuti pun, Embun tetap bangun. Ingin mencari kerja yang memberi gaji hari. Dia memakai baju lengan panjang untuk menutup parut di lengan. Pagar rumah ditutup. Sedikit kehairan dia melihat seorang lelaki sedang duduk atas superbike berwarna hitam di depan rumah ini.

Tidak mahu mengambil kisah, dia menapak kaki ke arah station bus. Jam ditangan dikerling sekilas.

Faid sudah menggaru topi keledarnya. Dia teragak-agak ingin memanggil apabila gadis itu cuma melihatnya sepintas lalu. Tanpa menghidupkan enjin, Faid tolak superbike dengan kaki.

Penawar Untuk EmbunWhere stories live. Discover now