Bab 18

54 6 0
                                    


Matahari nun jauh direnung dengan pandangan datar. Bayu angin pantai menampar lembut kulit wajahnya membuatkan mata terpejam erat.

Tenang...

Itulah yang dirasakannya semenjak dia mula mengambil keputusan untuk jejak kaki ke sini. Tidak sia-sia keputusannya.

"Hello sir, can you take our picture?"

Lantas matanya tercelik tatkala di ganggu dengan satu suara perempuan. Dia memalingkan kepala ingin melihat gerangan itu. Ah! Pelancong minah saleh sahaja! Mata diputar memandang
sekeliling. Memang wajarlah pelancong itu meminta tolongnya dek kerana kawasan pantai ini lenggang. Sekarang sudah waktu senja memang tak ramai yang ada.

"Can you help me, sir?"

Lekas-lekas kepalanya mengangguk. Telefon bertukar tangan. Beberapa gambar diambil. Dekat 15 minit barulah mereka puas hati. Nafas kelegaan muncul.

"Thank you so much mr...?"

"Arriyan."

"Alright mr. Arriyan. Thanks for taking our picture. See you again."

Pemergian suami isteri itu dipandang dengan senyuman tipis. Lalu pandangannya dilencongkan kembali ke arah pantai yang terbentang luas di

depannya. Arriyan mendepakan kedua tangan luas. Udara segar dihirup dalam.

"Aku dah mula rindu nak tengok lukisan Faid," ujarnya berseorangan.

BANGUNAN yang sudah berlumut dan terlihat usang dipandang lama. Topi dibuka apabila dirasakan kepalanya sudah tidak selesa dengan peluh. Manakan tidak. Cuaca di sini panas terik.

"Sinilah kedainya. Tapi macam aku cakap, kedai ni dah lama kosong." Sebelah tangan dipaut ke bahu Faid untuk menampung badannya. Menyandar ke tubuh itu untuk melepaskan lelah.

"So, kita nak buat apa sekarang?" tanyanya serius. Sabar dia menanti jawapan Faid.

"Aku nak jumpa pemilik kedai ni," tukas Faid mendatar.

Membuntang biji mata. "Kau gila ke? Macam mana kita nak cari?!" nadanya sedikit meninggi.

Lama Faid diam memikirkan sesuatu. Lantas kedai-kedai yang masih beroperasi dilihat. "Kita tanyalah mana -mana kedai yang ada dekat sini. Mungkin dia orang tahu siapa owner kedai menjahit tu dulu."

Baru sahaja Izz ingin memberontak, tubuhnya secara tiba-tiba tidak seimbang. Sikit saja lagi dia ingin mencium jalan, nasib baik tiang batu di

sebelah sempat dipaut. Bibir merengus sebal. Kecil besar matanya memandang belakang tubuh itu yang sudah berjalan ke depan. Sampai hati main jalan gitu je!

Sepasang matanya meliar ke seluruh ruangan kedai makan di depan. Mencari seseorang yang merupakan pemilik kedai ini.

"Kau cari apa?"

Faid menjeling sekilas ke arah Izz sebelum dia kembali memandang depan. "Cari bos kedai ni." Acuh tak nadanya.

"Kau agak-agaklah sikit! Kau pun baru

pertama kali jejak dekat kedai makan ni. Takkan kau terus tahu siapa tuan kedai ni."

"Jangan jadi benak lah, pergi tanya kat

kaunter tu," ujar Izz mendatar. Ini kalau tak ditegur sampai ke sudah berdiri dekat sini.

Faid ketawa kecil.

"Aku tak boleh ada dekat dengan kau.

Automatik kebodohan kau terkena dekat aku sekali," tukasnya selamba badak. Lalu kakinya dibawa menuju kaunter.

Penawar Untuk EmbunWhere stories live. Discover now